sabda

Showing posts with label buku resepi penulis. Show all posts
Showing posts with label buku resepi penulis. Show all posts

Sunday, September 18, 2011

Cuma coretan biasa : masak tanpa aji.

Salam syawal untuk pengunjung, kawan-kawan, saudara saudari muslim sekalian.

Hampir ke penghujung syawal. Nampaknya saya masih belum berkesempatan untuk menulis cerita raya atau lain-lain post yang saya rasakan menarik. Terasa sangat terhimpit dengan perjanjian [tugasan], tempahan [masih ada yang belum terhantar!], disamping tugasan rutin yang lain.

okeyh.
Berkenaan dengan tajuk, atas permintaan saya cuba juga untuk tulih pasal aji ni.
menulis dengan wayar yang berselirat saya masih berharap agar penulisan ini tidak mengecewakan pihak-pihak tertentu.

Memasak tanpa aji bukanlah perkara asing bagi saya.
Tambahan pula jika ramuan kita mengandungi kicap, sos , belacan,  atau lain-lain perisa tambahan selain garam, maka agak kejam juga lah kita jika masih menambah aji.

kenapa saya tak gunakan aji??
kerana selalu juga kita dimaklumkan perisa tambahan aji tak bagus untuk kesihatan..
saya agak 'kalah' dengan aji... jika makan makanan ringan yang kaya dengan perisa juga.. saya akan pening-pening, loya... rasa terawang-awang... rambut gugur...

adakah saya memang tak gunakan aji??
Ada juga masakan yang saya letak aji. contohnya pada masakan yang saya rasa.. 'mcm tak lengkap rasanya' seperti... sup tulang. Sup tulang kalau tak 'kaw' apalah artinya... kan?!
lagi.... untuk tetamu.....(bergantung pada menu juga) entah le, takut tetamu x puas ati... jadinya... tetamu kalau tak mau aji bagi tau awal-awal yea.... :)

contoh masakan yang tak perlu aji yang biasanya orang letak aji??
sambal. bagi saya lada tu dah sedap... kena dengan ramuan yang mencukupi seperti bilis, garam, bawang... maka aji tak perlu dalam sambal saya.
Saya pernah buat sambal 3 rasa tanpa menggunakan sos! saya kisar sendiri tomato untuk gantikan sos tomato.. ditambah dengan hirisan nanas, lobak merah... owh, fikir-fikirkan supaya kita juga kreatif di dapur...

lagi, antara yang tidak memerlukan 'aji' ialah, rendang, masak lemak, sayur, kari, sup ayam, gulai masam.... banyak lagi.

Untuk sup ayam tu, kalau kita cukup penumis yang awal-awal masuk dlam minyak panas, diikuti dengan bahan-bahan tumis yang lain, ada pula lobak merah, kentang... daun sup, daun bawang... garam secukupnya dah cukup beri rasa sedap pada sup..

lagi... macam kari tu... cukup bahan-bahannya seperti lengkuas, halia, tomato dan lain-lainnya... pun begitu... cukup memberi kesan 'rasa' yang lengkap...

Untuk santapan orang-orang yang kita sayang saya akan cuba elakkan penggunaan 'aji' dalam masakan..
begitu juga dengan gula.. kalau boleh elakkan, elakkan!

Bersama-samalah kita menjaga kesihatan keluarga kita..  :D

~ harap dapat menulis isu ini dengan lebih terperinci lagi pada masa akan datang, sekian Assalamualaikum.

Monday, July 04, 2011

Kacang Hijau ~Taugeh.

24/06/11 (malam)
sebenarnya saya rendam kacang hijau (lebih kurang 2 gengam tangan saya) dimalam hari untuk buat kuih kasturi hidangan sarapan pagi.. Tiba belah pagi saya dah sediakan sarapan lain... tengok kacang hijau masih belum ada kelapa nak lengkapi resepi kasturi... kacang dah berendam semalaman. saya pun tapis kacang letak atas avon.

Buat kerja rumah macam biasa, terlupakan kacang.... hahah...
bila petang tengok semuanya dah nak bertunas... fikir balik... macam ni buat taugeh lagi bagus.. heh heh...
apa lagi... google cara2 buat taugeh.
apa yang saya baca... kena alas dan tutup kacang tu dengan kain lembab...  tengok kain tuala kecil yang ada, rasa sayang pulak... akeke~
saya rasa x de halnya kalau alas dan tutup guna surat khabar basah..

26/06/11 masa ni kira kacang ni dah terperap 2 malam..
(semalaman berendam air, satu malam lagi dengan surat khabar basah)
masa ni dah dapat buang akar taugeh jadi bahan bihun sarapan pagi.

masih banyak yang ketot.. ;)

pembantu setia, lepas buang akar taugeh terus masuk mulut... x de taugeh yang masuk mangkuk. tak ada dari tangan mereka. :)

perap lagi

masuk hari keempat dia jadi macam ni...
panjang-panjang kurus... akeke... akar dia berserabut... mungkin kerana saya x simpan di tempat yang berselindung... simpan dalam avon dekat dapur ni dia dapat cahaya yang cukup... membesar bagai nak jadi anak pokok pulak... akeke... tapi masih rasa taugeh sejati... siap buang akar saya jadikan inti popia.. alhamdulillah.

Kawan-kawan yang lain boleh cuba menternak taugeh dengan lebih baik lagi.. selamat mencuba.

Friday, February 18, 2011

Asam Pedas Terengganu

(ayat yang tulus)
Resepi kali ini saya  minta dengan roommate saya semasa zaman kolej dulu.
Percaya atau tidak satu-satu resepi tu kadang-kadang bawa aura pada jiwa kita. Contohnya resepi dibawah ini dengan memory.
Kenangan saya ke Terengganu nak ambik adik saya sempena cuti semester. Masa tu saya dan ayah dari Adela naik kereta saga. Ayah hantar saya dan yah kerumah kam sebab saya dah janji nak bermalam dirumah kam. Ayah tido di hotel murah Kuala Terengganu.

Paling indah, masa mandi perigi... saya rasa bagai lembu-lembu semua nak tengok saya mandi. Hariah ketawa dari tingkap bilik.

Tengah hari, mama kam masak, saya tidak boleh lupa asam pedas ini berulam tembikai merah. Ayah datang ambik kami, kami makan sama-sama. Kemudian kami pulang. !_!



Bahan-bahan:
Ikan
Timun, bawang besar - potong-potong.
Lada kering, bawang putih, bawang kecil, halia, serai (kisar)
cuka, garam, perisa, gula.

Cara memasak:
tumis bahan kisar hingga pecah minyak, masukkan air,
tunggu didih masukkan ikan dan bahan-bahan yang lain.

sedia untuk dihidang.

Thursday, February 10, 2011

Jantung pisang goreng

Kebiasaannya pagi sabtu kami akan mengunjungi pasar tani Larkin (dekat dengan stadim larkin). Masa tersebut saya kan manfaatkan sepenuhnya untuk memborong barang-barang basah. Sayur yang susah nak jumpa pun ada kat sini. Antaranya jantung pisang yang tak de belakang rumah saya.


Macammana kalian masak sayur ni? Terlebih dahulu suka saya ulangi... bahawa saya bukanlah jaguh dapur... saya still belajar, dan internet adalah peyumbang ilmu yang besar buat saya. Manfaat kemudahan ini sebaik-baiiknya, tepuk dada tanya selera! (risau pengguna yang tak meluaskan langkah di internet dengan baik... wahai generasiku~)

Okeh, julia ni sangat suka membebel nampaknya!

Cara saya membuat sayur jantung ni sangat mudah.

  • Rebus jantung pisang dan toskan.
  • tumis lada, bawang putih dan merah, ikan bilis yang dikisar.
  • campurkan sesudu sos tiram, belacan dan garam.
  • Masukkan jantung pisang yang ditos tadi. Masak sebentar dan hidangkan.
Errr... begitu ja lakan??? ada cara lain ka???

Sekian, selamat menjamu selera dengan produk kampung... Yummmy!!!! (bak kata Dzul Azem!)


Saturday, February 05, 2011

Seri Kaya

Terlebih dahulu saya ingin maklumkan bahawa saya belom 'master' buat sekaya ni. Dimaklumkan juga saya telah membuat kaya sebanyak dua kali. Kedua-duanya resepi yang berbeza dan teknik juga rasa yang berbeza.
Post kali ini buat teman-teman yang bertanyakan resepi serikaya dan sesiapa sahaja yang mahu mencuba. Mari kita kongsi resepi...

Berikut adalah cubaan pertama saya membuat seri kaya. Oleh kerana saya tidak teliti semasa membuat gula hangus, kaya saya terasa pahit-pahit gula hangus. Tapi, saya rasa resepi yang ini sedap jika buat betul-betul dan teliti berbanding resepi no 2.

masih panas (berwap)

Bahan-bahan:
1/2 biji santan kelapa (3 cawan)
1 cawan gula pasir - dibuat gula hangus
4 biji kuning telur
3 sudu tepung jagung (resepi asal guna tepung kastard) - bancuh dengan sedikit air
2 helai daun pandan disimpol

cara-cara membuat:
  • Masak dan sejukkan gula hangus.
  • masak santan dan kuning telur (kacau rata sambil masak dengan api perlahan) + daun pandan.
  • masukkan gula hangus dan tepung jagung bila santan mendidih
  • kacau hingga pekat, sedia dimakan.

Untuk resepi kedua, ini hasilnya


saya suka mentega + butter disapu pada roti


Komen saya untuk resepi ini, oleh kerana menggunakan telur putih dan kuning, terasa bau-bau telur.... dan jus dan hampas halus pandan yang pekat juga seperti menjejaskan rasanya... kalau dibakar, jadi kuih bakar... bahan-bahannya sama.... hihi...

Bahan-bahan:
4 biji telur
1/2 biji santan (3cawan)
1 cawan gula pasir
1/2 cawan jus pandan (3 helai daun pandan dikisar dan ditapis)
1 sudu tepung jagung (tak de dalam senarai resepi asal)

Okey, cara membuatnya saya buat sesuka hati.

cara membuat:
  • pukul telur hingga kembang, masukkan gula, tepung, jus pandan dan santan
  • gaul rata kesemua bahan-bahan
  • masak atas api perlahan hingga pekat 
  • sejukkan dan sedia dimakan/disimpan
Melalui pemerhatian saya, anak saya sukakan resepi kedua ini. Untuk resepi pertama saya tinggalkan kesemuanya dirumah kakak saya, manakala resepi kedua saya tinggalkan dirumah ibu saya... Saya akan cuba membuat seri kaya yang lebih mantap :)

sekian, selamat mencuba.

Friday, January 28, 2011

DODOL DURIAN

Kengkawan fb semua sedia maklum kisah saya membuat dodol ni bukanlah kisah baru. Berbulan sudah berlalu.
Di sini saya nak kongsi kisah dan pengalaman saya membuat dodol.
Kerana teringin sangat nak buat dodol..bukan teringin nak makan yea... kalau teringin nak makan beli ja kat larkin ke...ada banyak... Oleh kerana hajat itu saya google resepi dodol. Kekdahnya tidak pula saya baca cara-cara membuat dodol, saya cuma tengok bahan2nya sahaja.

Dengan memanfaatkan bahan-bahan yang ada dalam rumah (tidak ikut resepi yang ada) maka saya himpunkan:

2biji santan (kelapa parut)
2 kotak santan (200ml sekotak)
satu botol kecil lempok (isi durian yang telah dimasak hingga pekat)
sekampit tepung pulut
satu kilo gula merah
1/3 cawan minyak masak

Berikut adalah kisah saya membuat dodol, bolehlah ditiru jika sukakannya... haha... sungguh bercanggah dengan cara-cara membuat dodol yang sebenar.

Pertama, saya tuang tepung dalam periuk, saya masukkan santan dari sebiji kelapa dan 2 kotak santan (santan kotak). Kemudian kacau rata, letak pula gula merah dan lempok.  Kacau rata... setelah rata saya tambah minyak masak supaya senang saya nak mengacaunya bila dah berat nanti...hahah... Kemudian, barulah saya letak atas api. Dengan api perlahan saya kacau hingga 45 minit.

Apabila bahan-bahan tadi semakin berat saya padam api. Angkat periuk ke atas lantai dan kacau rata.
Okeh, babak pertama berhenti disitu. Apabila dodol yang belum jadi tadi sejuk, saya tutup periuk berkenaan.

Selang sehari selepas itu..(menunggu masa lapang dan bekalan santan)
Saya tambah sebiji kelapa (santan) kedalam periuk. Kacau rata dan pindahkan kesemua bancuhan kedalam kuali yang agak besar tapi masih boleh diletak atas dapur gas. Masak dengan api perlahan sehingga pekat. Bila kuali mula berkerak saya pindahkan dodol ke dalam periuk. Okeh, berenti disitu untuk babak kedua. Kira-kira sejam untuk babak kedua ini.

Esok pagi (masuk hari ke4)
Ya, en.suami tengok mcm tak kompiden ja dengan aku ni ha....
Tak pa.... saya teruskan eksperimen saya....
Mengacau dodol dalam periuk bagi saya lebih mudah dan senang dikawal. kali ini saya mengacau selama 2 jam. Bila periuk berkerak saya pindah kekuali semula. Hasilnya adalah seperti gambar dibawah.



Banyak juga, saya dapat bagi sepupu saya banyak juga, bagi kak lin (jiran depan rumah) simpan sebahagian, dan bagi rumah ibu... jamu pak cik, mak cik... serta sahabat en.suami dapat bahagian sikit.
Pak lang saya kata sedap, wife sahabat suami kata ok.. buleh jual katanya... haha...
Ayah saya suh kacau lagi kat rumah dia... ceh...

Hasilnya saya berpuas hati. Yang penting jadi.

Lalu.... saya tanya ayah saya, buat dodol mcm mana?
Ayah saya kata masak santan dulu sampai didih baru letak tepung! buh gula merah dengan gula pasir!
(muahahaa.... den x buat rupa tu.... kikiki.... geli bebenau rasa hati.... saya tak letak gula pasir bang sebutir sbb saya rasa dah manis)

Ibu juga ketawakan saya kerana ngacau dodol berhari-hari lamanya.... dan saya yang suka menjawab ni menjawab.... 4jam ja bu.... kikikiki.....

Bagi saya, hidup kita ni sementara, sungguh rugi jika kita tidak mencuba sesuatu yang menarik...
Sungguh santai mengacau dodol. Selamat mencuba....

Friday, January 14, 2011

Roti perancis

Sudah lama sepi dari resepi, padahal berkepok-kepok dah gambar resepi. Roti ni saya buat masa 27 nov 2010 lagi... baru la ni nak bukukan disini... Ada orang tu minta resepi kek coklat... nanti dulu yea... sabau, x dak gamba tak besh kan....

Resepi ni mudah sahaja... pakwe saya suka sangat-sangat...
1. buat sos dia dulu... mudah sahaja, hanya perlukan sos spaghetti yang warna putih tu... pilih la, cendawan ka, ayam ka...

Okeh, tumis bawang putih dan bawang besar yang dihiris halus. (bawang besar dipotong dadu).
Masukkan isi ayam yang potong dadu, masukkan sos, ditambah garam sedikit dan tambahkan sayuran jika suka seperti kobis, cendawan, lobak merah, bayam ka.... suka hati le....
Dan.... tambahkan dua keping keju (jika bukan sos keju)

Setelah cerita itu siap, kita bakar roti pula....

Roti perancis tu potong macam dalam gambar diatas... sapukan dengan bawang putih yang telah ditumbuk halus... sapu nipis-nipis ja... kemudian sapu pula dengan mentega, barulah dibakar. Kalu tak de tempat bakar, guna ja kuali leper... tidak pun biar lagi brutal... guna ja tutup periuk ayan..

Selamat mencuba..

Wednesday, November 24, 2010

Ayam bakar berempah

Ayam Bakar

Belom apa-apa terus ja tayang gambar ayam bakar. Begitulah hendaknya dalam delima meng-edit gambar ni... Huwaaa....

Entah kenapa saya sekarang sangat gemar membakar ayam, ikan... kalau blh udang, sotong...ketam... semua saya nak bakar... sayur-sayur sekali. Prosesnya sangat mudah.. bersihkan, perap bahan, bakar. Lebih mudah dengan menggunakan nonstick pan.

Berbalik pada resepi yang ingin saya kongsi..

Bahan-bahan:
  • Ayam ikut suka nak banyak mana. Saya hanya guna 4 ketul ayam seperti gambar diatas. Bersihkan dan toskan, masukkan kedalam mangkuk yang sesuai.
  • satu sudu kecil garam
  • sedikit serbuk kunyit
  • satu sudu jintan dan ketumbar
  • 1cm halia
  • 1cm lengkuas
  • sebatang serai
  • satu sudu rempah kurma
  • 1/4 cawan santan jika suka (saya x letak)
  • sedikit gula jika suka (saya x letak)
cara-cara membuat:

  1. satukan dan kisar dengan sedikit air jintan, ketumbar, halia, lengkuas dan serai (kisar dengan santan jika mau letak santan)
  2. satukan bahan yang dikisar dengan bahan-bahan yang lain (termasuk ayam)
  3. perap 30min - 1 jam
  4. panaskan nonstick pan dengan api perlahan ~ masukkan ayam yang diperap. Curah sebahagian air perapan diatas ayam dan tutup. Balikkan dan curah baki air perapan diatas ayam, tutup lagi. masak sehingga semua bahagian masak dengan sempurna. Saya lebih suka masak dengan menutup bahagian atas kerana seluruh isi ayam hingga ketulang dapat masak dengan sempurna dalam masa 15 hingga 20minit.
Jika anda tidak menggunakan nonstick pan, bolehla bungkus ayam tersebut dengan aluminium foil dan masukkan kedalam avon atau kuali dan tutup.

Selamat mencuba.





Posted by Picasa

Tuesday, July 13, 2010

Resepi Pizza Yang Mudah

Beberapa bulan lalu saya bagi resepi piza saya pada seseorang.... sayangnya tak menjadi katanya tang tepung tu tak naik...

Saya tak reti nak terangkan bagaimana cara menguli tepung tu.... cuma berharap pihak berkenaan tidak putus asa dan cuba lagi....

Malu sebenarnya nak tayang.... sebab yang saya buat biasa-biasa je.... x sama macam pizza hut punya tu....
Saya guna keping keju yang biasa.... pernah guna keju parut untuk piza... tapi entah knapa tak kena pula dengan selera... jenis keju agaknya.... jenis yang saya beli tu payau je rasanya... nak yang betul-betul sedap mungkin rm20++ kot....


saya pernah guna nenas muda dan nenas masak. kesimpulannya nenas masak lebih baik nenas muda akan merosakkan rasa pizza (masam + pahit)


yang ini guna keju biasa dalam 3-4 keping cam tu la....


bahan-bahan untuk roti:

1 setengah cawan tepung
1 sudu besar yis kering (bancuh dengan air suam)
1 sudu mentega
2 sudu susu pekat
1 sudu gula
sedikit air untuk menguli

uli semua bahan sebati hingga menjadi doh.. rehatkan selama 1/2 jam. Bekas hendaklah ditutup rapat.
setelah setengah jam adunan akan naik. Uli lagi dan bentukkan bulat dan leperkan... ikut suka nak empat segi pon x de hal...

untuk lapisan atas saya gunakan:

4 sudu besar sos spaghetti (tradisi)
hotdog dihiris-hiris
4 keping keju
hirisan bawang dan lada.
(x kisah la apa je yg ada yg blh disuai letak... )

Mudah sahaja kan.... letak bahan-bahan tersebut dibahagian atas dan bakar selama 15 - 20 minit suhu 130d kalu avon saya la...
sekian...


Wednesday, May 26, 2010

Resepi ayam goreng berempah.

Assalamualaikum, lama tak letak resepi rasanya. Ini kisah jumaat lalu, setelah dikuis-kuis ketepi rasa malas pada hari tersebut akhirnya saya memasak juga jam 3 petang..

Menariknya, selera besau pulak dalam malas-malas pada hari tu.. Terhasillah ayam masal lemak ciliapi... kubantai keju gantikan santan.... (malas nk kekedai) kehabisan stok santan, ai tibai je ler...  nak tau rasa apa cubalah sendiri... tapi bahan2 yg terdiri drpd keju dsb mustilah mewah...

Selain ayam lemak ciliapi, kacang panjang goreng... ini dia... mula-mula nak goreng kunyit sahaja... tetapi tekak mau yang berempah..



Resepi sesuka hati : ayam goreng berempah
untuk resepi ini saya tiada rujukan, digoogle saya tengok yang diperap dengan rempah kari sahaja. Tapi pernah makan yang boleh nampak jintan ketumbarnya.. jadinya, agak-agak je lah apa yg perlu ada dalam ayam goreng berempah.
Bahan-bahan:
  1. Ayam 4 ketul (seperti gambar diatas)
  2. sedikit garam
  3. 3 sudu besar rempah kari ayam
  4. 3 sudu besar rempah kurma
  5. sedikit serbuk kunyit
  6. 2 ulas bawang putih
  7. 2 biji bawang merah
  8. 2 papan daun kari
  9. 4 helai daun pandan. Saya guna daun pandan yg telah tersimpan dalam peti sejuk selama seminggu lebih. Daun tersebut lebih lembut, senang untuk diikat dan tidak hangus semasa digoreng. Warna daun tersebut tidak jauh berbeza setelah digoreng seperti gambar diatas dan baunya tetap harum.
Cara-cara membuatnya:

Tumbuk bawang putih dan bawang kecil. Gaul sebati semua bahan-bahan.. Perap setengah jam.
Ikat dengan daun pandan sebelum menggoreng, goreng dengan api kecil dan tutup. Masukkan daun kari dalam kuali dan tutup lagi. Setelah isi  ayam masak , besarkan sedikit api supaya keliling ayam garing sedikit. Angkat dan hidangkan.

Sebenarnya lebih afdhal jika ayam tersebut diperap bersama jintan dan ketumbar kisar... sayangnya bahan-bahan tersebut tiada dalam simpanan saya. Memadai dengan rempah kurma yang ada dalam simpanan, rempah kurma juga mengandungi jintan dan ketumbar kisar.

selamat mencuba.

Wednesday, April 28, 2010

Kek Keju

Saya rasa ini adalah resepi termahal yang pernah saya dapat.. ya, sebagai peminat dan pengemar kek keju, sudah pasti resepi ini sangat mahal bagi saya. Rasanya sangat teruk dan tak patut saya dapat resepi ini dengan percuma!! heh heh heh...

Resepi asal saya dapat dari pn normi, sila klik resepi asal  jika mahu  mencuba, setelah mencuba resepi asal, barulah berani ubahsuai resepi tersebut utk pembikinan kali ke2 dan berikutnya bagi menyesuaikan dengan selera.. berikut adalah kek keju k4 yang saya buat semperna besday azem dan ayahnya beberapa minggu lalu..


Kali pertama dan ke dua membikinnya saya tidak menggunakan aluminium foil, agak lulus la untuk makan anak beranak.. kalu mertua ada... urm.. malu...malu... hiks hiks hiks..


untuk lapisan atas:

sebuku krim keju seberat 250gm 
4 sudu susu pekat manis
1 sudu besar gula halus
2 biji telur (x kira gred apa saya guna 2 - 3 biji).
1/2 biji  lemon
3 keping keju (guna yg slice juga) - dicairkan : guna bekas kecil dan bakar atas api perlahan
2 sudu besar tepung gandum

lapisan bawah:

3 keping biskut tawar
4 keping biskut cip coklat
3 sudu susu pekat manis
1 sudu gula halus
5 sudu badam cincang
3 susu mentega  (ikut keperluan supaya adunan lembut)
2 sudu kismis

cara membuat:

Buat lapisan bawah dulu.
kisar semua biskut. campur dengan bahan-bahan  yang lain (kecuali kismis) dan adun sehingga sebati. bila adunan sebati dan agak lembut (tidak melekat) mampatkan dalam bekas pembakar. tekan-tekan adunan tersebut supaya mampat.

setelah adunan mampat, tabur kismis di atasnya.

Cara membuat lapisan atas;
Saya hanya menggunakan senduk kayu ketika kali pertama membuat kek ini.. tapi hasilnya sama saja dengan menggunakan mixer.
Pukul krim keju sehingga lembut, masukkan telur dan pukul lagi sehingga sebati dan kembang. Masukkan gula, susu pekat manis, perahan lemon dan keju yg telah dicairkan, pukul lagi hingga sebati. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan pukul hingga semuanya sebati.

Curah diatas lapisan yang pertama tadi, bakar selama 40 minit dengan suhu 150dC.
Jika nampak kek sudah kekunungan tu.. bolehlah di angkat. Jangan tunggu dia naik macam kek span..kikiki.. dia memang  tak naik sangat.. saya rasa kek saya diatas sudah hangus sedikit.. 

Sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dipotong.

Bagi mereka yang pernah rasa, rata-rata menyatakan bahawa kek tersebut tak de beza dengan secret  recipes.. WOW!! Okey.
Selamat mencuba.

* sorry ema... lambat berminggu-minggu tunggu resepi nih.

Friday, March 26, 2010

Sambal belimbing...

Pernah tak makan sambal belimbing? Dulu...... selalu makan sambal belimbing ibu buat..... dah lama tak dapat rasa sambal tersebut....

Pagi tadi saya buat sambal belimbing, tu lahhhh lauk tgh hari tadi... Azem dan Husna makan sup sawi + telur.. pemalas betui ibu azem yea...heh heh...
musim hujan ni mmg syok makan sambal kan... (masih trasa keenakan sambal belimbing dgn nasi panas)
kalu tak percaya, cubalah!




Cam ne membuatnya??? aku pon pakai tibai je nih....

- Buat sambal tumis macam biasa ~ masukkan ikan bilis setelah sambal garing (ikan bilis telah di goreng terlebih dahulu). setelah itu, masukkan belimbing besi yang telah dibelah dua..
ATAU masukkan belimbing dulu, bila dah masak belimbing tu, masukkan ikan bilis goreng..
- pernah juga buat ikan bilis tak digoreng, tapi kena masukkan awal-awal semasa menumis sambal.

Oleh kerana mak lang dan kak izah bagi belimbing tu banyak, maka dapatlah buat jeruk sekali... kegemaran en.suami... baru je setelap abis jeruk tu, dah sampai lagi setelap... senyumlah en.suami....

Akibatnya, saya makan bertambah2 dua tiga kali tambah... dah lama tak makan sambal belimbing, sodap sungguh!.

Pau Sambal & Donut

Al kisahnya semalam yang rajin sedikit, dapatlah hasilkan kuih disebelah petang, sebelah pagi sudah buat bubur pulut hitam atas permintaan Azem, belah petang menunaikan permintaan tekak ibu pula..

Ini merukan pau sambal pertama saya, sebelum ini tak pernah menghasilkan pau sambal. Donut?? tak kira, banyak kali juga buat, ada yang jadi, jumpa juga yang tak jadi. Alhamdulillah, kali ini dua-dua jadi...

Berikut adalah hasil daripada resepi google. Minta maaf tak ingat resepi google yang mana kerana sekadar tengok bahan-bahan lepas tu terus buat. Sukatan adalah ikut suka hati..


Bahan-bahan untuk adunan:

2 cawan tepung gandum
2 sudu yis kering
satu sudu gula
sedikit garam
3 sudu mentega
3 sudu besar susu pekat manis
air

~ sambal tumis dan timun untuk pau sambal
~ gula halus untuk donut

Cara membuat:

  • bancuh yis dengan 1/2 cawan air suam - ketepikan
  • satukan tepung, gula, garam, mentega, susu pekat manis dan yis tadi -gaul rata
  • masukkan air sedikit demi sedikit - uli sehingga betul2 sebati dan tidak melekat2 (adunan biar lembut sedikit tapi x melekat-lekat.. bukan terlalu lembut)
  • tutup rapat bekas adunan setengah jam (bio dia naik sekejap)
  • tumbuk-tumbuk / ramas-ramas semula aduan untuk keluarkan angin
  • bentukkan bulat-bulat untuk pau sambal dan bentuk tayar untuk donut
  • susun dan tutup semula bekas dalam setengah jam. Pandai-pandailah nak guna bekas apa..hihi.. saya guna periuk besau senang nak tutup.. bio dia naik lagi..
  • ok, sekarang dah boleh goreng dengan api perlahan, kena selalu balik-balikkan supaya tak hangus.
  • lepas tu, pandai-pandailah cam ne nak letak sambal atau gula.. x kn tu pon x gheti. heh heh....
  • buat air. kopi ke, teh..
wokeh, selamat mencuba dan jika ada resepi yang lebih baik dan menarik, silalah kongsi..




Tuesday, March 23, 2010

kuih kegemaran Azem

Perhatian: saya ni bukan pandai sangat2 memasak... banyak juga yang tidak menjadi.. buat dan buat lagi... biasa kali ke dua buat blh jadi..hehehe... Berikut adalah kuih kegemaran Azem.



Seri Muka

Bahan dan cara membuatnya;

Lapisan bawah:

pulut (agak2 le nak byk mana..jgn byk sgt..) basuh dan tapis.. letak dlm loyang.. isi air peahan santan (agak2 pulut tu tenggelam dan lebihkan sedikit.. jgn lebih banyak pulak)  + sedikit garam dan kukus sampai masak.
bila dah masak, keluarkan dr kukusan dan mampatkan.

Lapisan atas:

Tepung gandum (agak2 juga... jgn banyak sbb nak bancuh cair)
sesudu tepung jagung
kisar beberapa helai daun pandan (tapis ambik air sahaja)
sedikit garam dan agak2 la tepung tu byk mana sesuai gula byk mana...
sebiji telur dipukul
campur semua bahan kecuali air pandan... gaul kemudian masukkan air pandan sedikit demi sedikit sambil rata2kan... hingga bancuhan tadi sebati dan agak cair (kalu x keras nnt).. lebih cair dr bancuhan lempeng...hihi.. tambahkan sedikit pewarna hijau..
setelah itu curah pelan2 atas lapisan pulut tadi, kukus semula 45minit/sehingga masak.

Selamat mencuba.

* jika nak penerangan yg lebih detail tanyalah saya tang mana yang muskil.. korang bukan orang lain pn..kalu bukan kenalan, kawan2 dan sepupu papat je...