sabda

Monday, August 23, 2010

Ramadhan zaman single~

Assalamualaikum. Lama tidak menulis... Terasa kelu untuk berbicara, kadang-kadang terasa beku.. apa pun bentuk tulisan kita harap bermanfaat dan bukan kata-kata kosong. Sekurang-kurangnya dapat memberi sesuatu kepada sesiapa sahaja JIKA ada orang yang membaca penulisan kita.

Hari ini, saja nak bercerita tentang pengalaman menjalani ramadhan semasa zaman sekolah dulu... yang paling lekat dikepala sekitar darjah 6 sekolah rendah hingga ke tingkatan 6. Rasa masa tu sangat seronok menjalani ibadah puasa dan tarawikh di malam hari. Disiang hari akan kesekolah jika waktu sekolah. Belah petang akan buat kuih dan memasak. Ke surau selepas solat magrib...... owh indahnya..

Pernah juga buat epok-epok dan hantar ke pasar ramadhan... itu jika terlebih rajin bagi menambah wang saku.

(sebak.)

Sebenarnya kisah lalu saya banyak bersama adik saya... kini OKU sudah. Sebak. Mustahil saya lupa terus akan kisah lalu.. saya membesar bersamanya... bergurau, bergaduh, berteduh dibawah bumbung yang sama... bocor atau tidak atap rumah, berlauk atau tidak waktu makan, hangus ke tidak nasi yang dimasak semua kami nikmati bersama. Sementara along duduk diasrama, ke upm dan kesabah... Jarak antara saya dan kakak 7tahun bezanya.. tentulah hari-hari saya hanya dengan adik. Ibu sibuk dengan aktiviti sekolah siang dan malam... Ayah sibuk dengan kerjanya dan aktiviti laiannya.

Wokeh. Cerita pasal tarawikh, biasanya saya akan menmpang kereta jiran sebelah rumah ke surau bersama adik. Yang lain solat dirumah. Dan... yang x boleh lupa, biasanya misti jumpa pengetua sek.agama ustzah zainon merangkap sahabat ibu di surau. Ustazah ni baik sangat dengan ibu, suka duka dikongsi besama, menangis sama-sama.......... [sebak lagi]..... Semalam semasa di rumah ibu, ibu maklumkan bahawa ustazah kini tak nampak langsung matanya... beliau semakin uzur. Saya meneguk air liur, air yg sepatutnya mengalir dari mata kini jatuh ke dalam usus perut. Saya ingin melawatnya.

OK, sambung cerita tarawikh... selepas tarawikh jika di penghujung ramadhan saya akan buat biskut raya... hariah tukang membakar dan menyimpannya. Aktiviti tersebut tak sah kalau tak jejak pukul 2/3 pagi.... hehheh... indahnya... sambil layan radio..
Kadang-kadang selepas tarawikh kami akan pusing felda... tu kalau bawa keta sendiri pegi tarawikh la.... tengok pelita raya rumah orang lain.... ambik aura kemeriahan raya orang lain... tak pon, pi tengok anak jiran bakar meriam... ... hua hua hua... hahah... sampai ibu jerit "mana BUDAK ni?!!!!!" lintang pukang masuk rumah, idak ibu punya tazkirah punyalah........... huh. Dulu ibu sangat garang bagi saya, rotan sentiasa ada dekat dengannya.... sampai anak murid dia gelar dia 'cikgu ninja'. Huh?!

Tarawikh zaman kolej.... saya pernah pergi tarawikh sorang-sorang jalan kaki ke masjid uitm induk dari kolej Delima tuh, kira bukan dekat juga... tapi ada ja kawan2 tarawikh kolej lain yang jalan kaki juga hingga dapat kawan untuk jalan sama2 masa tarawikh. Al maklum lah, banyak kerja ke hapa bukan semua kawan dapat pi tarawikh. Tapi masa duduk puncak perdana memang senang nak gi tarawikh, surau dekat dan kawan-kawan serumah yang kelantan belaka tu sangat rajin tarawikh..

Sekarang saya terfikir, owh, masa remaja lah untung banyak beramal... heh heh.... jika nak tunggu hari tua..... jika ada..... jika tak ada untuk kita??~~~~
dan, saya berangan.. muga dapat menikmati keindahan ramadhan bersama suami bila anak-anak besar sikit nanti... Amin.

Jika saya berpeluang berpesan kepada adik-adik yang masih lagi duduk bersama orang tua, yang masih , lagi bujang.... manfaatkanlah masa itu sebaik-baiknya... Bukankah kita sedia maklum bahawa masa itu terus berlalu. Kita juga sedia tahu bahawa kita TIDAK TAHU apa akan jadi pada hari esok... lusa........ ujian apa yang kita dapat, tanggungjawab bertambah...

Fikir-fikirkan... sedalam mana cinta dan kasih kita pada agama kita... apa buktinya?.....

Monday, August 16, 2010

Tip Agar Terjaga Daripada Golongan Syaitan

  • Beristi'azah (memohon perlindungan Allah daripada godaan syaitan) iaitu dengan membaca "A'uzubillah...........nirrajim"                                                                                                                       Allah berfirman yang bermaksud: "dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan daripada syaitan,  maka mintalah perlindungan kepada Allah." (Surah al-A'raf 7: 200)
  • Membaca 3 Qul iaitu surah al-Ikhlas, al-Falaq, dan al-Nas
  • Membaca ayat Kursi sebelum tidur
  • Membaca surah al-Baqarah. Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, "sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang dibacakan surah al-Baqarah di dalamnya." (Riwayat Muslim)
  • Membaca dua ayat yang terakhir daripadan surah al-Baqarah setiap malam.
  • Membaca zikir:
  • Banyak mengingati Allah (zikir) : "Lailahailaallah wahdahu la syarikala'h , lahumulku................syai'en qadir" Maksudnya: "Tiada tuhan melainkan Allah, tiada sekutu bagi-Nya, Bagi-Nya jua segala kerajaan dan pujian, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu."
  • Berwuduk dan bersolat.
  • Menahan diri daripada melihat, berbicara, makan dan bergaul yang melampaui had dan batas kerana syaitan dapat menguasai manusia melalui empat perkara iaitu pandangan, ucapan, makanan, dan pergaulan.


Sumber: Isham bin Muhammad al-Syarif, al-Jami' al-Sahih min Ahadith al-Nisa'.
SOLUSI isu21


Semenjak en.suami beli solusi nih......

Thursday, August 12, 2010

Berpakaian Tetapi Telanjang

Itulah tajuk majalah SOLUSI isu no21 m/s 12.       Saya muatkan disini supaya kita semua boleh mengambil sesuatu daripada pengetahuan ini. Bukan untuk menyindir sesiapa, tetapi cukuplah jika dapat memperingatkan diri sendiri, dapat dikongsi dengan sesape yang mahu...serta dapat memperingatkan anak-anak kita kelak.

BERPAKAIAN TETAPI TELANJANG
: Ustaz Syed Nurhisham

Hadis daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka. Aku belum pernah melihat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemiti-cemiti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepada mereka (sanggul/fesyen rambut) bagaikan bonggol unta yang senget. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh." (Riwayat Muslim no 3971) Dalam riwayat Imam Malik ada sambungan hadis ini iaitu: "...bau wangi syurga dapat dihidu dari jarak 500 tahun perjalanan." (Al-Muwatta', no. 1421)

Perbincangan kali ini akan tertumpu kepada golongan kedua yang disebut dalam hadis di atas. Apakah yang dimaksudkan dengan berpakaian tetapi telanjang? Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadis ini menyatakan bahawa ada beberapa makna. Antaranya ialah perempuan itu menutup sebahagian auratnya dan membuka sebahagian yang lain atau ia memakai pakaian yang terlalu nipis sehingga menampakkan bentuk badannya.

Didalam kitab al-muntaqa (Syarah al-Muwatta'Imam Malik) pula, ditambah dengan pengertian memakai pakaian terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk badan. Betapa ramainya para kakak pada hari ini yang berumur 28 tahun  memakai baju adikknya yang berumur 8 tahun. Memakai baju dengan trend "see through", kononnnya mengikut peredaran zaman. Walaupun ada inner, tetapi ia tetap menampakkan bentuk badan. Ada yang merasakan sudah cukup sempurna apabila menutup rambut, sedangkan tubuh badan terserlah dengan pakaian yang ketat.

Wahai kaum hawa, peringatan ini adalah sayangkan kalian, Rasulullah s.a.w. tersangat sayang kepada umatnya. Baginda terlalu ingin melihat umatnya melangkahkan kaki ke syurga yang penuh nikmat dan kekal selamanya.

Baginda juga menjelaskan bahawa para wanita ini sentiasa berlenggang lenggok ketika berjalan sehingga menyebabkan orang yang melihatnya terpesona dan tergoda. Inilah cara berjalan para pelacur pada zaman jahiliah. Inilah cara mereka memperkenalkan diri mereka dan menarik perhatian para pelanggan.

Syeikh abdul Majid al-Zindani, seorang ulama Yaman menerangkan tentang kalimah (mim-mim-ya-lam alif-ta) ha, bunyikanlah sebab dia tulis jawi dalam buku ni... yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis ini adalah isim fa'il dengan makna seseorang yang menyebabkan orang lain menjadi senget. Apabila melihat perempuan ini berjalan, ada lelaki yang akan menatapnya dengan penuh ghairah sehingga tersenget badannya ke arah pergerakan perempuan tersebut. Fesyen rambutnya seperti bonggol unta yang kelihatan terhuyung hayang ketika berjalan.

Kesan Negatif

    1. Menyusahkan para isteri :      Golongan wanita yang berpakaian tetapi telanjang sebenarnya antara penyebab pelbagai masalah rumah tangga yang berlaku. Para suami mula membandingkan wanita tersebut dengan isterinya. Ada juga isteri yang mula menaruh syak wasangka apabila mendapati ada rakan sekerja suaminya yang berpakaian sedemikian rupa. Apabila virus-virus ini mula merebak dalam rumah tangga, ia boleh membawa kepada masalah yang lebih besar.

    2. Gangguan seksual terhadap golongan lelaki:        Ini adalah satu bentuk gangguan yangmenghilangkan tumpuan orang lelaki. Dalam hadis tersebut menyatakan: "sehingga senget orang lelaki yang melihatnya" iaitu senget fizikal dan senget akalnya apabila berhadapan dengan nafsu yang membara akibat bahana golongan wanita tersebut.

    3. Mendedahkan diri kepada pelbagai bahaya:        Senario hari ini memperlihatkan betapa banyaknya kes rogol dan pengkhianatan kepada golongan wanita. Salah satu faktanya adalah apabila golongan lelaki tergoda melihat tawaran hebat serta promosi percuma wanita yang tidak bermaruah ini. Ada kalanya wanita seksi ini tidak menjadi mangsa tetapi nafsu dilampiaskan kepada insan-insan lain yang tidak berdosa seperti gadis lain, kanak-kanak bahkan ada yang menjadikan anak sendiri sebagai mangsa. Nauzubillah..

    4. Tidak menghidu bau syurga:          Golongan berpakaian tetapi telanjang ini tidak dapat menghidu bau syurga apatah lagi memasukinya.
Sukar Untu Berubah.
Ramai wanita yang menyedari kesilapan ini. Bahkan betapa ramai suami yang berasa bersalah melihat keadaan isterinya yang setiap hari ke tempat kerja dalam keadaan berpakaian tetapi telanjang. Sukarnya mengubah penampilan diri. Tambahan pula apabila ada yang suka menyindir melihat perubahan positif yang cuba diusahakan.
Dalam situasi ini, ingatlah perumpamaan yang dibuat oleh Rasulullah s.a.w. berkenaan sahabat. Sahabat yang baik seperti penjual minyak wangi, walaupun kita tidak peroleh minyak wanginya, tetapi pasti dapat menumpang wangiannya. Bersahabat dengan kawan yang jahat pula seperti berkawan dengan tukang besi, walaupun tidak terkena percikan api, tetapi masih tidak mampu mengelak bau asap yang terkena badannya.


Jika kita tidak dapat memberi teguran, memadai hati kita berasa benci terhadap  kelakuan/perbuatan/tindakan golongan ini sebagai rasa keimanan kita. ; ikut apa yang pernah dipelajari dalam kelas sek. agama dulu... jika terjumpa yang boleh mengukuhkan hal ini akan dikongsi InsyaAllah. Jika SILAP tolong tinggalkan pesanan.

Wednesday, August 11, 2010

Pulau Pinang dan gambar

Berkenaan tajuk sesuka hati di atas, tiada kata, cuma saya suka tengok gambar-gambar ni...



Azem disamping 'atok perak' (gelaran yg azem bagi...) dan opah

Husna... ats riba ibu...





 
Masjid..


Sekian.

Ramadhan

Kita semua maklum tentang keistimewaan Ramadhan... setiap kali menghampiri... rasa berdebar-debar...
tiap kali menghadapi rasa tenang dan gembira...
sayu juga ada....
Ahlanwasahlan ya Ramadhan...

Muga kita semua bersemangat merebut peluang yg ada.... satu hari nnt kita tak upaya lagi...... sape tahu??

Thursday, August 05, 2010

Talapia di Sg.Tiang

Sejak berjaya menawan 2 ekor talapia di depan rumah oyangnya ahad lalu, tak sudah-sudah dzul mengajak ayah, tak pun ibu 'tangkap ikan'.

Sedikit dari gambar detik-detik kegembiraan dzul azem..

cari cacing... lepas tu mandi sebab dah qada' hajat...

ikan pertama yang mengena umpan dzul... tak sampai 5 minit dapat ikan...
 gumbira betul anak ibu masa ni...

pancing  lagi...

tak jauh pu...kat situ ja.... parit bawah jalan nak masuk rumah opah
tak sampai 5minit utk kali kedua... mengena lagi umpan dzul... aishhh hebat anak ibu..
takat itu sahaja kerana sepanjang memancing hujan renyai-renyai, kemudian hujan turun dengan lebatnya..

talapia, hasil memancing...

ibu dan oyang tengok dari dalam rumah sahaja...

Nak tahu?? oyang azem dah berangan nak bakar ikan talapia tu..... tau-tau... ayah dan azem telah melepaskan semula ikan-ikan tersebut..... hurm????............. ;)