sabda

Showing posts with label show house. Show all posts
Showing posts with label show house. Show all posts

Wednesday, April 25, 2012

Jatuh Chenta dengan Double Story SemiD

Apa yang mahu saya kongsikan disini bukanlah milik kami, ini cuma salah satu dari episod 'show house' yang kami sempat jengah. Lokasi di Bandar Penawar, rumah ni dalam pembinaan dan nampaknya dah banyak yang siap memandangkan gambar yang mahu saya pamerkan disini adalah koleksi gambar-gambar tahun lepas ~ oktober 2011.

Jom kita cuci mata~

design simple, tapi susun atur dia menawan hati~ ^_^




belakang rumah.. ada ruang tanam sayuq~~







hak yg ni yang siap deco, belakang rumah siap tanam munga lagi~~
munga!! mungeee!!!











yang itu single story semiD .. dah siap kalu x silap pandang masa lalu-lalu..



Lepas ni nak terjah show house disini (terengganu) pula jika sempat.. :)

InsyaAllah jumpa lagi dalam ilham deco-deco dan show house~
sekian.

Thursday, July 14, 2011

Show House Bandar Penawar.

Ini bukan aktiviti kegemaran yang baru. Dah lama memang saya suka jelajah 'show house'..

 Gambar-gambar berikut saya ambik pada 17 jan 2011. Ha, dah lama... baru ni ada masa nak masukkan..
 Jom jengah...








Berkenan?? harga masih ok bagi saya nak banding dengan harga di bandar johor. Jika kali berkenan bolehlah berkunjung ke pejabat desaru Utama di bandar penawar.. Ada lagi beberapa jenis rumah contoh disana yang saya x ambik gambar. Kalau dah anak dara nak berdukung memang tak dapat le nak klik..klik..

sekian.

Wednesday, May 18, 2011

Show House lagi - Bukan cerita dongeng dan episod jalan-jalan.

Pernah tak mereka-reka cerita 'impian' seperti bayangan, rasa macam tak mungkin direalitikan, cuma impian??.

Saya pernah beritahu en.suami... "indahnya kalau kita ada rumah di pinggir gunung, ada anak sungai.. boleh mandi sungai, tangkap ikan, udara segar".. Itu cuma impian saya... teringat kisah nabi saw... Rasulullah dibesarkan dikawasan pergunungan, disitu udaranya lebih segar dan tumbuhan hidup subur, haiwan2 membiak dengan baik..
Jika kita dapat membesarkan anak-anak kita dalam situasi begitu alangkah indahnya..
Jika menyusuri kawasan gunung ganang, ada kampung/taman perumahan.... nampak sekolah, kedai, penduduk di situ... masa tu la rasa... 'syokkknyaaaa... kan??' hurm, ada paham ka?? :D

Begitulah sedikit sebanyak gambaran yang saya nak bagi... BUKAN kisah nak berlawan-lawan.. orang ni lagi hebat, rumah besar... orang ni lagi hebat... rumah lagi mahal dari orang ini... BUKAN!!!
tolong ambik perhatian, dan tolong pahamkan betul-betul maksud tersirat isi hati ini...

ini soal : keselesaan - pengaliran dan pengedaran UDARA yang lebih baik untuk anak-anak.
ada kemungkinan kami akan berpindah kerumah yang lebih murah hanya untuk anak-anak menikmati persekitaran yang lebih baik... jadinya ini bukan soal BERLAWAN-LAWAN.

Salah satu episod dari cerita balik kampung ialah kami ke show house dekat dengan Batu Gajah. Menjengah ke kawasan rumah yang dibeli oleh adik ipar saya. Sayangnya saya terlupa nak ambik gambar rumah contoh  yang dibelinya, double storey cluster.

Okeh, yang ini cerita realiti, kawasan perumahan ini sangat cantik, bersebelahan dengan tasik, mengadap bukit-bukit dan gunung-ganang juga tidak jauh dari situ.. Rekaan, saya teringat rumah kami di setia indah masa melihat rekaan rumah disini.. ada elemen ala-ala gitu.. Modern design. Indah, damai, selesa, aman, tenang... itulah gambaran yang saya rasa semasa berada disitu.

Bonda dan anakndanya..

3 beranak : lokasi dalam show house: 2storey cluster house

2 storey link house
Saya sukakan rumah itu... lot tepi ada udara tepi, depan dan belakang!! syokkkKnyaa....

balcony (belah tepi...syantik banget...)

siap dari pemaju..

ayahnda dan anaknda bongsunya..


Saya cukup mengerti jika en.suami memilih Perak untuk berumah selepas ini.. Apa jua pilihannya saya hormati dan hargai. Risau kepada orang tua disini sudah pasti, Jika sampai waktu itu... saya tak tahu. saya tak boleh fikir pasal waktu itu, yang penting saya laluinya jika masanya tiba suatu hari nanti.

Pada satu sudut, sebagai isteri, bila sebut soal rumah... saya mengimpikan rumah yang begitu... begini... [macam2 ada]... akeke [bikin pening]... :D

Maka, ada lagi satu sudut impian ialah : mengetepikan yang begitu begini:  jika berumah kecil, mahupun kos paling rendah sekalipun tentulah seronok pentingnya, bahagia. Saya pernah minta rumah flat  kos rendah dengan en.suami untuk kami tinggal bersama... Jika kita pandai menggayakannya TENTU cantik punya lahhhHH!!! makanya en.suami sangat pelik.. Tambah pula jika rumah sewa... bagi saya ruginya bayar yang mahal sebab kita cuma menyewa...

Saya pasti, kalian juga punya dua belah impian kan?? satu yang positif, satu lagi yang lebih positif. Terdiri dari yang mengarut, yang berpatutan, yang lebih baik, atau impian itu bukan dua, tapi jadi berbelah-belah... hahahahah!!
Itu menjadikan kita manusia yang lebih sempurna, MasyaAllah.

sekian.