sabda

Thursday, February 23, 2012

Terbukti manusia.

Assalamualaikum pembaca muslimin sekalian,

Agak kecewa dengan segelintir pembaca yang meninggalkan kesan yang 'tak elok langsung' bagai terminum todi  apa ntah menulis sesedap bahasa.

Penulisan yang agak emosi bukan?. Ya, ianya menyebabkan saya tidak mampu 'diam'.

Entah apa masalah pengomen... Pernah ke saya komen amal ibadat tuan/puan/cik?? Bila???! saya TIDAK pernah tegur sape2 punya amal ibadat! Apa yang tak puas hati sangat?? kenapa tak terus je telefon saya?? Atau pernah cakap bukan-bukan depan-depan saya tapi tak puas-puas lagi???  Saya juga tak pasti pengomen yang nak sangat menyalak  menjerit dirumah saya ini hasil emosi dari hati sendiri atau hasil buah mulut entah sape kenalannya.

Ambil satu kisah jadikan tauladan.

Saya pernah rapat dengan seseorang yang pada mulanya ia satu hubungan yang biasa/ normal seperti sepatutnya. Tiba-tiba berubah jadi sangat rapat. Ada yang ingin dikongsinya. Atas kesilapan saya kerana rasa ingin tahu perihal sejarah dan macam2 lagi berkenaan orang yang kita sayang. Saya turutkan. Bermula dengan satu soalan 'apa yg saya tahu mengenai sipolan', saya jawab tidak tahu hingga 3 kali dia bertanya perkara yang sama... saya cuma keluarkan ayat yang entah apa2 tak fikir sebelom bercakap. Dari situ dia berkongsi pendapatnya mengenai sipolan.

Benar kata orang, permulaan yang begini adalah tidak elok, berbaik2 untuk mengata mengenai orang lain kelak dia akan mengata perihal kita pula lebih buruk lagi.. sudah kelebihan dia bab 'mengata, mengeji dll'.

Hasil dari mulutnya saya rasa sepanjang pengenalan dengannya perangai saya tidak lah baik. Pandai menjawab dan mengarut. Walaupun tidak semuanya adalah tidak elok, ada juga perkara-perkara yang elok saya dapat dari perhubungan itu. Orang bijaksana gamaknya. Sambil bercerita tentang itu ini banyak kisah tauladan nak dibaginya hingga kisah-kisah nabi juga jadi cerita iringan. Sekali ingat kalah orang sekolah agama.. Orang belajar agama pun segan nak kata begitu begini...

Nak dipendekkan cerita, hingga ke satu saat penangan buah mulut sidia buat saya menjerit bagai marahkan anak. Untung marahkan anak, tidak tahan bila orang dikata mengata ibu kita pula tak betul lah kununnnya.... Dalam rumah sendiri pun siapalah kita nak menjerit macam tu..
Bila saya memohon maaf bagai pada yg berkenaan blh pula dia .... "mintak maap macam orang gila! orang dah tak suka tu dah la!!" kemudian ayat susulan dia x berapa lama itu.... "bagi orang barang macam2.. orang nak suka, suka! tak suka sudah!!"
misti la saya terkedu.
saat itu saya tersentak, baru saya nampak dia mengata orang bagai... hingga saya nampak kasar dihadapan orang tersebut, dia tenang ja.... Tak pasal-pasal kita pula jadi orang meroyan gara-gara mulut orang.. dia cakap itu ini buat saya jadi begini begitu... ini apa pula?
dari itu saya sedar, saya harus kawal diri sendiri... bajai jiwa sendiri, rawat jiwa sendiri!.

Dia boleh kata macam-macam orang itu berhati busuk, orang itu ahli neraka dan banyak lagi... TIDAK MUSTAHIL dia juga boleh katakan yang lebih dasyat lagi untuk saya.

Jika kita manusia punya akal yang sempurna, kita boleh fikir sendiri berhadapan dengan manusia macam ni.

Kalau lembu dekat rumah saya tu, saya faham lah.... seko kata 'MmoooooOOO'.. yang lain pun sahut "MmmmmmmBooooOOOOooo!!!!" lebih bersemangat lagi kalahkan ketuanya sambil hangguk-hangguk kepala.
Kita ciptaan yang paling sempurna takkan nak begitu rupa.

Biar apa pun dia nak kata saya... silakan... saya busuk hati? gelap hati? ahli kerak neraka??! silakan.
Seperti yang pernah saya kata, saya percaya Allah itu Wujud. Bukan manusia yang menentukan siapa saya disini.
Jika dia nak kata saya solat menunjuk-nunjuk... silakan. Pengalaman saya di kampung sejak dari kecil biasa ja nampak orang solat penjuru sana, penjuru sini, mana-mana lah tempat boleh solat.. semua orang solat, tak de pula yang kata dia menunjuk-nunjuk... saja nak tunjuk dia ngaji ke apa... tambah-tambah pula ada orang uzur kurang sihat... biasa sahaja mengaji sebelahnya...
Jika dia nak kata saya bagi barang membodek la, nak tunjuk baik la... silakan. Biasa ja bagi barang itu ini pada orang lain x de pula oarang lain kata membodek, tunjuk baik..
nak kata saya cemburukan dia lah... Huh?! untuk apa?! bagai orang x cukup kasih sayang.

SILAKAN. apa sahaja silakan.

Sedih. Kadang-kadang haruslah bergenang air mata. Bila kita rasa seseorang macam adik saya... almaklum adik saya dulu 'semberono' juga orangnya, mmg dia pandai buat ramai orang selesa dengannya, kadang2 melulu juga, kita blh bagi dia panduan sikit-sikit... eh, siapa pula kita yg busuk hati nak bagi panduan kat orang kan...

Pernah saya terasa hati dengan cerita yang diselitkan dalam blognya. Saya email untuk bertanya apa sebenarnya yang x kena, bagi saya eloklah kami berbincang dari hati kehati kemudian pulihkan huungan. Beliau kata dia tidak menulis nama saya dalam cerita itu dan meminta saya berfikiran global selain menyatakan saya seorang yg beremosi tak tentu pasal, dia malas nak layan dan x mau email lagi. Sejak dari itu juga atas nasihat seorang rakan, saya TAK PERNAH lagi membaca blognya, pandang-pandang pon tidak.
Dari itu 4jan, blh juga ambil iktibar dari kisah saya itu, saya tidak menulis nama anda disini kenapa pula anda mengamuk tak tentu pasal. Anda juga mungkin boleh berfikiran global. Dan juga jika anda tidak beremosi tak tentu pasal tentulah anda tidak akan memburuk-burukkan orang lain dan mengata orang lain bagai. Anda juga berhak untuk tidak membaca segala apa yang ada didalam blog saya jika ianya membuatkan anda berasa tidak tenang hati.

Saya hanya mampu buat macam biasa, sabar atau abaikan bila bila orang nak kata macam2 depan-depan ka, sindir-sindir ka... Atau memang mungkin saya tak perlu berada disitu? katalah... bencikan saya dengan anak-anak sekali?? tak pa, yang penting sorang lagi tak rasa terasing.. kami bertiga boleh duduk diam2 dalam rumah sendiri.

Orang lain haruslah tak faham. Komen seperti ini hadir dalam diary ini pada post saya yang sudah, mungkin perlu sedikit penjelasan. Sebab tidak bernama, dia 4jan.

BAGUS SANGAT KER NAK MENUNJUK YANG KO TUH ALIM PADA SATU DUNIA....NAK TUNJUK KO TUH BUAT BAIK....YANG KO MENGATA, MENGUTUK ORANG LAIN BERIBADAT, MACAM KO PUNYA IBADAT JER YANG BAGUS SANGGAT TUH...APA KEJADAHNYA....KO TUH NAMPAK JER BAIK!!!!! HATI HITAM PEKAT MACAM IBLIS...BAPAK SENDIRI PUN TAK SEMBAHYANG!

4 jan, ADA ka saya mengutuk anda??? kesian, elok-elok molek sikit jadi gini... fikir-fikirlah sendiri, jangan org suap menganga sahaja. Jangan kerana benda lain, 4jan yang elok-elok bertenang hati jadi tidak keruan, elok-elok boleh berbaik-baik jadi mahu bermusuh pula.
saya menggunakan bahasa melayu, tentunya post saya untuk orang yang faham ja baca, sayang juga tak dapat bagitau satu dunia kan...

Pandai juga en.suami menjaga isteri yang berhati hitam ni dengan membawa ke majlis ilmu untuk menjana sesuatu disitu.
Daripada orang yang hanya memburuk-burukkan orang dari masa kesemasa (takut sangat hubungan bercambah baik dgn org lain) apa dibuatnya tak terhidu dek suami, kesian suami jawab di akhirat nanti. wallau'alam.

Kepada yang lain boleh ambil iktibar, ada macam-macam perangai manusia di dunia, seselesa mana sekalipun dengan seseorang belum tentu dia betul-betul iklas memahami kita, jika jadi macam cerita diatas tu udah... banyak pula buruk sangkanya...
Teringat satu pesanan dari siaran Halaqah di tv9, katanya; teman terbaik ialah Al-Quran yang tidak akan memburuk-burukkan kita dan tidak akan meninggalkan kita hingga ke akhirat kelak.

Sekian, salam kemaafan atas kesemua keterlanjuran kata yang memang tidak patut. Muga dapat berlapang-lapang hati untuk semua, juga kepada saya sendiri.

Monday, February 20, 2012

Salam dari Ghanu~

Setelah hampir 2 bulan di Ghanu akhirnya dapat juga b'band khamis lalu, kiranya baru 5 hari la dapat online kembali sejak meninggalkan johor hujung tahun lalu. Syukur Alhamdulillah dan terima kasih buat suami.

Di fb penuh wall dengan rakan-rakan yang bertanya khabar dan tak kurang itu ini.... banyak sungguh... 50post ada agaknya? huh... tidak dikira pula... tapi banyak sungguh rasanya. Terima kasih rindukan saya dan sayangkan saya... hehe... [sukeeeeeee~~~~].
Untuk suami, terima kasih dorongan dan semangat, ya betul kita tak rugi apa-apa atas 'mulut' orang lain yang membinasakan.Terima kasih juga pada kawan-kawan saudara mara yang tak putus memberi semangat.

Bulan pertama kami disini dihujani tetamu yang tak putus-putus, Terima kasih. InsyaAllah akan saya kumpulkan siri nostalgia disini "SEPERTI DIARY PENULIS" baca betul-betul...

InsyaAllah bertemu lagi. sekian~

*Sangat berminat nak ulas  komen yang sangat bagus itu~ nak sangat ke penjelasan??. hurm. InsyaAllah.