sabda

Wednesday, February 23, 2011

Double Storey Cluster House - Setia Indah

Hurm, saya memang suka cerita pasal rumah... dekorasi... memang minat...

Berikut bukanlah rumah yang kami beli. Sesiapa yang berminat dengan cluster house, rumah macam ni sedang dalam pembinaan di Setia Indah, Harga? heheh... x mampu kumilikinya!
32' x 70, 36' x 70' dan 36' x 65 harga dari 688k hingga 727k



kawasan rumah ni berhadapan dengan taman SI..


Show House Bandar Dato Onn

Harga rumah sekarang..... FUHhhh~~~~ (lap peluh ler...)
Sayang saya tak ambil gambar luar rumah ni. Cantik, harga pun cantikk... semi-D 2 tingkat di Bandar Dato Onn mencicah 700k 40"x80" (lebih kurang... sebab kurang ingat)

Moh le kita menjamu mata mengamati sedikit dekorasi disini; 





sekian,

Tuesday, February 22, 2011

Putih - Biru - Hitam

Lukisan ini mungkin hanya memerlukan 3 warna seperti tajuk diatas,


Cantik, tenang, sepi. Itu yang saya nampak dalam lukisan ini.
Siapa pelukisnya? harap maaf, saya tidak tahu.
Saya menjangka mungkin saya boleh tiru lukisan ini... :D hihi...

Anjing-anjing neraka.

Pernahkah kalian tersinggung dengan lisan seseorang?
Kadang-kadang kita tidak mampu menjelaskan sesuatu.
Insan yang mampu meraih perhatian orang dengan lisan (perbuatan, perkataan dan penulisan), tentulah seseorang yang hebat bukan?!.
Disebalik kebenaran itu... siapa tahu.

sumber: http://www.ashtech.com.my/children/dakwah_tauladan.htm#

Anjing - Anjing Neraka


Sabda Rasulullah S.A.W kepada Mu'adz, "Wahai Mu'adz, apabila di dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan :


+ Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu (muslimin).

+ Bacalah Al-Qur'an

+ Tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepada orang lain.

+ Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain.

+ Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka.

+ Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat.

+ Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada perangaimu yang tidak baik.

+ Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain.

+ Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain.

+ Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu.

Nescaya di akhirat nanti, kamu akan dirobek-robek oleh anjing neraka. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud, "Demi (bintang-bintang) yang berpindah dari satu buruj kepada buruj yang lain."

Sabda Rasulullah S.A.W., "Dia adalah anjing-anjing di dalam neraka yang akan merobek-robek daging orang (menyakiti hati) dengan lisannya, dan anjing itupun merobek serta menggigit tulangnya."

Kata Mu'adz, " Ya Rasulullah, siapakah yang dapat bertahan terhadap keadaan seperti itu, dan siapa yang dapat terselamat daripadanya?"

Sabda Rasulullah S.A.W., "Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagi orang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh Allah S.W.T."

© 1999 - 2004 Ashtech Holdings Sdn Bhd.

*oleh itu pembaca sekalian, sahabat-sahabatku..
jom kita berhati-hati dengan apa yang ingin kita kongsikan, jaga adab kita, jika kita seorang syko, perlukah kita mempegaruhi orang lain supaya org lain juga syko seperti kita? sehinggakan sesetengah perkara yang bukan remeh jadi seremeh-remehnya, yang tidak elok jadi elok.

Dialu-alukan untuk kita sentiasa positif. Satu urat yang busuk tidak elok untuk urat-urat yang lain positifkan orang lain.

Friday, February 18, 2011

Asam Pedas Terengganu

(ayat yang tulus)
Resepi kali ini saya  minta dengan roommate saya semasa zaman kolej dulu.
Percaya atau tidak satu-satu resepi tu kadang-kadang bawa aura pada jiwa kita. Contohnya resepi dibawah ini dengan memory.
Kenangan saya ke Terengganu nak ambik adik saya sempena cuti semester. Masa tu saya dan ayah dari Adela naik kereta saga. Ayah hantar saya dan yah kerumah kam sebab saya dah janji nak bermalam dirumah kam. Ayah tido di hotel murah Kuala Terengganu.

Paling indah, masa mandi perigi... saya rasa bagai lembu-lembu semua nak tengok saya mandi. Hariah ketawa dari tingkap bilik.

Tengah hari, mama kam masak, saya tidak boleh lupa asam pedas ini berulam tembikai merah. Ayah datang ambik kami, kami makan sama-sama. Kemudian kami pulang. !_!



Bahan-bahan:
Ikan
Timun, bawang besar - potong-potong.
Lada kering, bawang putih, bawang kecil, halia, serai (kisar)
cuka, garam, perisa, gula.

Cara memasak:
tumis bahan kisar hingga pecah minyak, masukkan air,
tunggu didih masukkan ikan dan bahan-bahan yang lain.

sedia untuk dihidang.

Thursday, February 17, 2011

Ke Genting Highlands

Dari Teluk Intan kami ke genting pula. Dah lama tak bercuti macam ni, anak-anak paling seronok. Azem pun dah pandai menilai kecantikan alam ciptaan Allah swt. "cantik ibu... sejuknya..." Macam-macam lagi ayat Dzul Azem. Tak kurang juga anak dara yang sedang belajar bercakap " tiiikkk" (cantik), atit (sakit) abang azem usik laaa tuh! melihat lampu2 hiasan di syiling dalam bangunan Siti Husna akan ketawa suka, kadang-kadang bunyi 'pem... pem...' lembutt ja, lampu kelip-kelip tu disamakan dengan mercun.

Kami bertolak dari Teluk Intan lebih kurang jam 12.00 tengah hari dan sampai di genting jam 2.30 petang. Ini merupakan kunungan ketiga saya ke genting, dan kunjungan kedua bersama keluarga. Kunjungan pertama kami hotel penuh, dan kali ini pak hencek telah book bilik awal-awal.

Okeh, jom nikmati gambar-gambar yang saya ambil sepanjang kami di sana;

snow world, genting.



gambar ni tak terang, tapi meja tu ukiran ais...

sila klik sini untuk maklumat lanjut tempat ini













tengah hari, masih sejukkk..
















Kami hanya bermalam satu malam di genting dan bergerak menuju ke Shah Alam jam 1.00 tengah hari atas urusan pak hencek. Jam 4.30petang dari Shah Alam kami pulang ke JB.

Genting menjadi pilihan percutian kali ini kerana encik kecik tu berkali-kali ajak kami ke tempat yang ada salji... Peninggg wooo.... nak pi mana? luar Malaysia mau riban-riban tambang sorang... mana nak korek pulus?... huhu...

Okeh, tercapai sudah hajad anakanda kami yang tercinta.
Sekian...

Wednesday, February 16, 2011

Bercuti ~ melepas rindu.

Jumaat lalu kami sekeluarga ke Shah Alam atas urusan tertentu. Bagi saya, Shah Alam adalah tempat nostalgia... 'tempat jatuh lagi kan dikenang...' inikan pula tempat bersusah payah dan suka duka bersama teman-teman seperjuangan. Sebab itu lah lahirnya tauk 'melepas rindu'. Menatap masjid SA dari tempat kami menginap tidak puas.... namun terpaksa meninggalkan SA keesokkan harinya menuju ke Teluk Intan, rumah mertua kemudian ke Sg.Tiang Bagan Datoh kampung suami pada hari yang sama.






anak-anak beberapa saat lepas masuk bilik terus tanggal baju... antu air sungguh.






Rumah Opah.....
Husna atas riba mak long disamping sepupunya Kak Alin dan Abang Adam.

Azem disamping Oyang..

Semalam dirumah opah kemudian kami menuju ke Teluk Intan semula bermalam dirumah mertua pula. Keesokkan harinya kami menyambung perjalanan menuju ke Genting Highland.

Thursday, February 10, 2011

Jantung pisang goreng

Kebiasaannya pagi sabtu kami akan mengunjungi pasar tani Larkin (dekat dengan stadim larkin). Masa tersebut saya kan manfaatkan sepenuhnya untuk memborong barang-barang basah. Sayur yang susah nak jumpa pun ada kat sini. Antaranya jantung pisang yang tak de belakang rumah saya.


Macammana kalian masak sayur ni? Terlebih dahulu suka saya ulangi... bahawa saya bukanlah jaguh dapur... saya still belajar, dan internet adalah peyumbang ilmu yang besar buat saya. Manfaat kemudahan ini sebaik-baiiknya, tepuk dada tanya selera! (risau pengguna yang tak meluaskan langkah di internet dengan baik... wahai generasiku~)

Okeh, julia ni sangat suka membebel nampaknya!

Cara saya membuat sayur jantung ni sangat mudah.

  • Rebus jantung pisang dan toskan.
  • tumis lada, bawang putih dan merah, ikan bilis yang dikisar.
  • campurkan sesudu sos tiram, belacan dan garam.
  • Masukkan jantung pisang yang ditos tadi. Masak sebentar dan hidangkan.
Errr... begitu ja lakan??? ada cara lain ka???

Sekian, selamat menjamu selera dengan produk kampung... Yummmy!!!! (bak kata Dzul Azem!)


Wednesday, February 09, 2011

Cuti CNY dengan along

Betapa indahnya cuti jumpa along... anak-anak seronok... terpancar wajah gembira dierang... Cuti CNY biasanya en.suami sebuleh-bulehnya akan elek dari perjalanan yang jauh. Terutamanya perjalanan yang akan melalui highway utara-selatan... huh, taubat. Kami pernah meredah jem dengan anak-anak... nak berenti buang air pun SESAK!!... jalan x boleh laju...penuh kereta... sesak sana sini. Beberapa kali meredah jem sempena hari perayaan, kami tidak lagi  'makan angin musim-musim perayaan. Hari raya puasa yang lalu, turn beraya di Perak, seawal jam 3 pagi kami dah gerak dr JB! huhu...

Okeh, cuti CNY kali ini kami berehat-rehat dirumah, balik adela, kemudian balik jb semula... berjalan-jalan dengan sangat tenang kerana jb lengang! Akeke... jom kita jamu mata gambar-gambar dibawah:


jadi kewajipan pula, balik rumah ibu musti nak terapi..

di rumah tok pa yang didakwa sangat-sangat best... oleh cucu-cucunya!

pantai desaru

along yang slim-melim



kuat betul angin masa ni, ombak pun besau!


Hadi dan Hanif.... macam tak mau balik! tak dapat mandi, dapat main buih pun jadiiii!!!

Okeh, lain kali kita bbq kat sini yea long!!!