sabda

Friday, December 31, 2010

Salam HIJRAH

Salam HIJRAH kita masih muda dihati saya, tiba hijrah masihi... Hati terasa sayu. Apa yang akan dihijrahkan? Apa yang akan bertaut? Apa yang bakal bertunas? Apa pula yang terus mekar bagai teraju puncanya air.

18 dec genab 6 tahun tragidi adik saya. (masih belum bersedia untuk berbicara lanjut mengenainya). Hanya yang hampir dengan saya, dan ada ketika itu pasti memahami.

24 dec ulang tahun perkahwinan/pernikahan. Alhamdulillah, 2010 telah menghijrahkan suai kenal saya dengan suami tercinta. Semuga kemekaran ini bukan sahaja bunga-bunga ditaman... makanya InsyaAllah kita akan menambah kebun bunga kita.. ;) Alhamdulillah. Syukur yang tidak terhingga ke hadrat Illahi. Alhamdulillah.

Peristiwa yang paling penting 2010 ialah.. pemergian almarhumah atok perempuan saya, bonda kepada ibu saya. Al-fatihah.

Nyatanya saya sangat bersyukur dengan apa yang telah lalu.. suka mahupun duka.. tanpa semua itu saya sendiri tidak tahu dimana saya. Dan siapalah kita tanpa masa yang telah lalu. Syukur. Muga mata yang terbuka sentiasa ingat dan TAAT padaNya.

Buat semua yang dihormati, TAAT dan SETIA itu berbeza hendaknya. Renung-renungkan.

Salam Hijrah, salam kasih sayang, salam ukhwah.

Tuesday, December 28, 2010

ke Taman Negara

2 hari di pahang sempat juga azem dan sepupu-sepupunya menikmati air sungai Taman Negara diiringi oleh tok pa, pak long dan ayah..








seksi bebenau nampaknya Muhammad ya...... iskh...iskh...issskhhhhh... ibu dah bekalkan baju Muhammad.... Muhammad........

Thursday, December 23, 2010

Apa lagi yang menarik di Pahang

Tentu kalian sedia maklum, IKAN PATIN la yang sangat popular.. Moh kita... lagi gambar semasa mengembara di Pahang
 pasar jerantut... tengok tu... sejukkk tau...
berjalan-jalan di jerantut mengigatkan pekan cameron.

 yang ni otw balik singgah beli ikan patin tepi sungai pahang

 di sini mereka jual ikan sangkar... itu dia..

patin dan talapia

 kerepek pisang yang l e m a u

ini bukan di pahang... Stesen keretaapi Gemas, singgah minum petang

Ramai peniaga di jerantut merupakan warga Kelantan. Apa yang saya beli? tentulah tempoyak, keropok lekor dan keropok kering. Lain pula dengan ibu saya sayur pun dia beli... lebih kurang dengan saya juga minatnya tang itu sebenarnya... hehe...

Jerantut Pahang

Empat hari berlalu sekembalinya bercuti di Pahang. Sangat teruja kerana ini merupakan kunjungan pertama saya ke rumah kakak saya yang hanya ada sorang itu.... Itu sahaja yang ada... yang masih sihat... itu sahaja adik beradik yang bekerjaya..... ALONG.. manakan tidak sayu hati jika ada antara mereka yang memperlekehkan tentang kebanggaan saya terhadap kakak saya.... kerana.... cuma ini. Orang lain tentu ramai kebanggaan mereka... oleh yang demikian ingatlah. ALLAH itu maha ADIL dan segala pujian bagiNYA.

Kami ke jerantut disertai oleh ayah saya, ibu saya dan adik saya Hariah yang oku itu... saya bangga dengan adik saya walaupun oku. Terpulang pada orang lain nak campak perasaan saya dimana.

Okey, Moh menjamu mata ke teratak kakak saya yang biasa-biasa sahaja jika nak bandingkan dengan rumah puan sri -puan sri yang lain.....

















ini dia... melor dan kakak saya...

Alhamdulillah. Post kali ini untuk tatapan saya bila saya kerinduan... Entah bila saya kesana lagi, Allah sahaja yang maha mengetahui jika ada izinNya.. Muga along sekeluarga sentiasa dilindungi Allah swt dan dilimpahi nikmat kebahagian hingga hujung nyawa~~~ Amen.

Thursday, December 16, 2010

Highway Danga Bay

Mengharungi musim cuti sekolah sangat-sangat dirasai kemeriahannya walaupun belum punya anak yang bersekolah. Sebab apa? sebab musim tersebut seiring dengan walimatul`urus majlis perkahwinan. Nak memenuhi undangan majlis kahwin ni bukan mudah, di tampal dengan jadual en.abang. Hari sabtu keja, ahad pon keja? Aishhh..... Wokeh, mmg seronok cerita fasal majlis kawen, silap-silap tambah pulak bab 'terkenang-kenang' Abis~~~ berjela-jela jadinya.

Saya tidak fasih untuk bercerita tentang highway ni. Highway ni bakal menghubungkan bandaraya JB dan Nusajaya. Bakal memeriahkan bandar dipersisiran pantai yang bangunan-bangunanya boleh dikatakan semuanya tinggi melangit. Kalian boleh klik (lihatlah) link ini untuk melihat dan menimba dengan lebih jelas tentang projek ini. Nampaknya agak lebih/lebih kurang dasyatnya dengan Putrajaya.

Ini merupakan kali ke 2 saya menjengah site en.abg. Kali pertama tika saya minta beliau hantar saya ke kedai buku, beliau bawa saya dan anak-anak terus ke site, dan kekedai buku setelah siap kerjanya di site. Dan kala itu site yang saya kunjungi disebelah Perling, merentas sungai besar dari perling merupakan site pada gambar-gambar di bawah. Azem paling gembira bila dimaklumkan dia di site ayahnya... "yeiiii!! azem keja dengan ayah!!!!".  Saya TIDAK pernah terfikir akan ke site macam ni. Dapat masuk kawasan larangan macam ni sangat mengujakan.  

Berikut sedikit dari gambar yang saya sempat rakamkan merempuh 'the making of Nusajaya', Eh, 'The making of coastal highway'. Perjalanan bermula dari danga bay.



Jambatan kecil tu cemei sangat sebab ada 2 batang tiang putih kalau kalian perasan.Seberang tu banyak banglo tengah buat.










Gambar-gambar dibawah adalah sewaktu patah balik ke danga bay.





Saya kesini dengan berbaju kurung untuk pi kenduri. Apa-apa pun terima kasih buat en.abang. Satu lawatan yang menarik, ;)

Monday, December 13, 2010

Ke pantai Desaru.

Hujung minggu, semalam? kami bersiar-siar di setia tropika dan bershopping di setia indah sahaja.. kemudian bawa anak-anak bersiar-siar dalam kawasan perumahan seperti kebiasaannya. Ahad seminggu yang lalu saya di kampung. Kebiasaannya en.suami akan membawa kami ke sg,rengit menikmati keindahan alam tepi pantai sambil melihat dari jauh kapal-kapal yang lalu disitu.

Hari itu kami ke pantai desaru dipagi hari. Kononnya mahu main air laut dengan anak-anak dan makan-makan ditepi pantai. Akan tetapi.... hohoho~~ terik mentari buat kami hanya beberapa minit disitu!