sabda

Tuesday, March 29, 2011

Kasut murah~

Kasut yang macammana kalian sediakan untuk anak-anak? Macammana kalian memilih kasut?? berdasarkan warna? rekabentuk? harga?? atau apa??

Saya? Biasanya waktu memilih kasut anak-anak saya akan tengok tempat.. saya tidak masuk ke kedai crocs, scholl, kickers,clark dan sewaktu dengannya untuk membeli kasut anak. Jika kalian berkemampuan, punya peruntukan untuk permata hati apa salahnya kan.
Bagi kami, kami tidak memperuntukkan kasut yang mahal untuk anak-anak, dari anak yang pertama kasut hanya semahal rm60 kebawah. Tempat membeli kasut samaada kedai-kedai kasut biasa, atau bata atau ruang jualan kasut kanak-kanak di jusco.

Tak tahu lah kalau tetiba en.abang mahu pulak membeli yang 1k kebawah untuk anak-anak? hurm.. (mcm x mungkin) hahahahHHH!!!



kasut macam ni menjadi pilihan saya sewaktu anak baru belajar berjalan, waktu ini anak perlukan kasut yang bertapak nipis dan lembut supaya mudah untuk anak melangkah. Harga rm20 kebawah.

Teringat masa Azem baru belajar berjalan, bantai kasut rm10 sahaja, tapak getah atas kain nipis.


kasut yang ini pula menggantikan kasut diatas yang sudah sempit dipakai dek husna.. harga rm49.90. Masih memilih tapak yang lembut dan selesa walaupun murah.

ini kasut azem, errkkk... kasut ka ni??

Warna masih penting bagi saya, haruslah yang sesuai denga si pemakai. Rekabentuk? juga masih penting... murah pun... tengok juga bentuk dia macammana, senang disarung/ dipakai? selesa? begitulah hendaknya perihal saya memilih kasut anak. : )

bila melihat kanak-kanak lain bergaya dengan kasut berjenama beharga 200 keatas, hati saya terdetik.. 'wow, mahe tu... beruntung si anak.. dah byk simpanan tu... x pa..' . :)
Terpulang pada kita sebagai ibu bapa mahu mendidik anak macammana, tepuk dada tanya selera. Wallahu'alam biswb..

Sunday, March 27, 2011

Bunga dan cara-cara menanam benih bendi

Alhamdulillah diberi kelapangan waktu berkarya sekejap di sini. Bila jengah-jengah sekejap disini saya senyum sendiri, bagus juga letak link ayat suci diatas : )
Okey, mai kita jengah bunga apa yang ada di halaman saya.







Saya sedang merancang untuk mengatur semula pokok-pokok di halaman saya yang x seberapa itu.. Mungkinkah bunga-bunga ini harus dihantar kekampung untuk halaman yang lebih kemas?? dengan dua atau tiga jenis pokok sahaja? Walaupun dua atau tiga jenis pokok sahaja, tetapi jika tersusun misti cantik kan?!...
Akan tetapi saya sangat sayang pada pokok-pokok carca marba yang ada.... dalam masa yang sama mahu halaman lebih teratur. InsyaAllah akan saya tepek gambar baru untuk rakan-rakan beri komen membina hingga laman saya lebih teratur. :)

mai kita tanam pokok pulakkkk... tanam benih pokok cara saya.

korek tanah dan masukkan tanah hitam/gambut


letakkan benih pokok

tutup benih dengan tanah hitam

timbus lagi dengan tanah sedia ada

Bolehlah sertakan baja tahi kambing semasa menimbus tanah atau letak baja tahi kambing atas timbunan tanah. Dan jangan lupa siram tanaman tersebut. (boleh pacak kayu sekali kalau mahu buat penanda)

Akan datang gambar pokok dah besar pula, InsyaAllah.

Tuesday, March 01, 2011

Rumah contoh Setia Tropika

Lagi, jom cuci mata....  kali ni kita ke Setia Tropika pula...
Dari 3 buah rumah~