sabda

Saturday, February 05, 2011

Seri Kaya

Terlebih dahulu saya ingin maklumkan bahawa saya belom 'master' buat sekaya ni. Dimaklumkan juga saya telah membuat kaya sebanyak dua kali. Kedua-duanya resepi yang berbeza dan teknik juga rasa yang berbeza.
Post kali ini buat teman-teman yang bertanyakan resepi serikaya dan sesiapa sahaja yang mahu mencuba. Mari kita kongsi resepi...

Berikut adalah cubaan pertama saya membuat seri kaya. Oleh kerana saya tidak teliti semasa membuat gula hangus, kaya saya terasa pahit-pahit gula hangus. Tapi, saya rasa resepi yang ini sedap jika buat betul-betul dan teliti berbanding resepi no 2.

masih panas (berwap)

Bahan-bahan:
1/2 biji santan kelapa (3 cawan)
1 cawan gula pasir - dibuat gula hangus
4 biji kuning telur
3 sudu tepung jagung (resepi asal guna tepung kastard) - bancuh dengan sedikit air
2 helai daun pandan disimpol

cara-cara membuat:
  • Masak dan sejukkan gula hangus.
  • masak santan dan kuning telur (kacau rata sambil masak dengan api perlahan) + daun pandan.
  • masukkan gula hangus dan tepung jagung bila santan mendidih
  • kacau hingga pekat, sedia dimakan.

Untuk resepi kedua, ini hasilnya


saya suka mentega + butter disapu pada roti


Komen saya untuk resepi ini, oleh kerana menggunakan telur putih dan kuning, terasa bau-bau telur.... dan jus dan hampas halus pandan yang pekat juga seperti menjejaskan rasanya... kalau dibakar, jadi kuih bakar... bahan-bahannya sama.... hihi...

Bahan-bahan:
4 biji telur
1/2 biji santan (3cawan)
1 cawan gula pasir
1/2 cawan jus pandan (3 helai daun pandan dikisar dan ditapis)
1 sudu tepung jagung (tak de dalam senarai resepi asal)

Okey, cara membuatnya saya buat sesuka hati.

cara membuat:
  • pukul telur hingga kembang, masukkan gula, tepung, jus pandan dan santan
  • gaul rata kesemua bahan-bahan
  • masak atas api perlahan hingga pekat 
  • sejukkan dan sedia dimakan/disimpan
Melalui pemerhatian saya, anak saya sukakan resepi kedua ini. Untuk resepi pertama saya tinggalkan kesemuanya dirumah kakak saya, manakala resepi kedua saya tinggalkan dirumah ibu saya... Saya akan cuba membuat seri kaya yang lebih mantap :)

sekian, selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment