sabda

Thursday, May 24, 2012

Pentingnya Berpantang. [jumpa laman yang best~]

Nak berpantang berapa lama? 44 hari? 60 hari? 100 hari?? Saya jumpa macam-macam angka [bilangan hari] ibu berpantang.. ada yang berbeza, mejoritinya 44hari.
Bagi saya, bila bertambahnya usia dan bilangan anak seharusnya proses berpantang diambil lebih berat. Itulah kesedaran yang timbul setelah beranak 2 nak masuk tiga.. ^_^ Kali ini saya harap saya dapat berpantang dengan betul, saya masih tidak pasti sekiranya perlu berpantang sendiri sekalipun, saya harap dapat berpantang dengan baik terutama dari segi penjagaan dan perubatan. Timbul pula persoalan, nak berpantang berapa hari ya???

Teruja bila jumpa blok 'Kak Engku Bidan Bersalin' seorang jururawat terlatih dan bidan berdaftar berpengalaman lebih dari 15 tahun, manakala ibunya juga seorang bidan di Besut Terengganu.

Apa yang menarik ialah kak engku memberi jawapan pentingnya penjagaan semasa bersalin dan tempoh berpantang yang sebaik-baiknya ialah 101hari. Kak engku turut memberitahu perbezaan bersalin normal dan pembedahan. Luka yang dialami adalah berbeza namun tempoh berpantang yang terbaik untuk kedua-duanya ialah 101 hari.

Boleh baca sendiri Pentingnya Penjagaan Diri Semasa Berpantang

Silalah ke blog kak engku [klik link diatas], ianya blog seorang bidan! ^_^  banyak isu dari anak dara hingga ke bersalin, berpantang hinggalah penjagaan bayi ada didalamnya. Selain itu set bersalin juga ada dijual.. Sungguh saya sangat-sangat teruja, tambah pula saya memang sedang mencari2 rempah untuk mandian dalam berpantang.. sila klik produk yang dijualnya, ada macam-macam rempah uuuuu..... pilih ja la... kita beli 2 jenis nak?... huhu... set nona roguy pun murah.... wawawa...
Urusan dihujung jari, menguntungkan bagi saya dikawasan pendalaman ketika ini, dan suami yang sibuk. ^_^

Wednesday, May 23, 2012

Gaun cik husna~

Nak juga saya lampirkan disini.. projek pertama yang saya siapkan merasmikan mesin baru yang biasa-biasa sahaja itu~




jahitan sulam yang simple...


dari 2 gambar diatas, saya mendapat banyak tempahan, tapi saya x mampu mengambilnya kerana jadual jahitan saya padat... saya mahu siapkan baju raya anak-anak, baju suami dan baju saya kalau boleh... entah bila dah kena berpantang.. tak terkejar nanti... tambah pula saya bukan la pakar dalam menjahit, takut-takut nanti pelanggan tak puas hati pula... hihi...

InsyaAllah, dilain masa saya akan membuka tempahan ^_^

Friday, May 18, 2012

TOTE BAG [jahit sendiri]

Sempena sambutan hari guru 2012 saya sungguh mati idea nak hadiahkan apa untuk cikgu-cikgu Muhammad, kalau di johor mungkin panjang langkah saya untuk pi kedai yang itu, itu dan itu..
Jadi, saya membuat keputusan jahit sendiri 'tote bag' sebagai hadiah hari guru untuk cikgu-cikgu azem.






design yang ini saya bikin 2..

sampul hadiah juga saya jahit sendiri..

simple, boleh guna semula, ilham dari sampul bantal! ^_^

untuk 4 orang cikgu azem..

Saya tidak tahu reaksi cikgu-cikgu azem dengan hadiah yang tidak seberapa ini, juga tidak mengharap mereka sukakannya... [harap 'sikit' agar mereka manfaatkannya~ akeke]
Apa-apa pun yang penting ialah, saya sangat-sangat berterima kasih kerana cikgu-cikgu mengajar dan mendidik azem, sungguh ibu tidak dapat membalasnya hatta dengan wang ringgit ***keikhlasan itu... sepanjang ibu menghantar menjemput azem kesekolah, cikgu-cikgu penuh semangat menyambut dan menghantar azem ke pintu pagar dengan senyuman ikhlas.... walaupun cikgu maklumkan azem diam.. juga bila ditanya kadang-kadang azem diam... huhu...  cikgu selalu kata azem 'good boy' .. muka azem penuh semangat bila ke sekolah juga memberi 'power' pada cikgu-cikgu... Yang saya nampak cikgu-cikgu sekalian sungguh sabar...
huhu... yang penting... terima kasih, terima kasih dan terima kasih~ ^_^

Tuesday, May 15, 2012

Muzium Kuala Terengganu

1 mei 2012, cuma nak berkongsi gambar.
Tak boleh ambik gamba dalam muzium, nikmati keindahan senibina nya sahaja.

kalau dari dungun nanti jumpa orang jual jagung.. memang sedap jagung rebus/bakar..
3 tongkol rm5 kalu yg rebus tu..






















sekian..


Tuesday, May 08, 2012

Mesin Jahit ~ Bulan April Sudah Berlalu~

Apa punya tajuk la.. penulis nampaknya malas nak berfikir.. Bukan malas sebenarnya, siang hari sangat cepat berlalu.. pagi ini sementara nak ke klinik ada sedikit waktu untuk disini, kalau boleh nak diringkas-ringkaskan cerita untuk post ini, itu yang tajuk 2 in 1.. ^_^

Kisahnya hujung april lalu adalah ulangtahun kelahiran saya. Bila pak hencek bertanya apa sayng saya mahu.. [iskh, pompuan macam2 nak... sungguh tidak patut cakap kesemuanya!]

Saya sudah lama terbayang-bayang mesin jahit saya di johor itu, pemberian ibu semasa saya tingkatan 3. Macammana dapat mesin jahit masa sekolah? saya mintak ke??? iskh, ada orang yang bertanya macam tu tau.. macammana dapat, saya mintak ke.... Nak minta kasut sekolah pun susah lagikan nak minta mesin jahit! mengong ke apa?! Satu kejutan buat saya ketika itu, balik-balik dari sekolah nampak mesin jahit dlam rumah yang beratap bocor itu.. huhu.. saya terkejut, sangat-sangat terkejut.. ibu beli mesin jahit?? ada duit ka?? gaji guru agama berapa sahaja la... sape nak jahit?? dalam rumah tu tak de sape yang suka menjahit kecuali saya! habis segala perca saya jahit.. macam-macam bentuk/rupa ada... sejak dari sekolah rendah lagi memang suka bermain gunting-jarum-benang!.. alas kaki, alas periuk, batang bantal, sarung bantal saya jahit dari kain perca pemberian tukang jahit berdekatan dengan rumah ibu, cik minah. Bila ibu pulang dari sekolah saya tanya ibu, untuk siapa mesin jahit tersebut? ibu kata untuk saya! HUH??... sayang kah ibu pada saya?? soklan apa tu?.. akeke...
Semenjak dari itu seusia 15 tahun, saya jahit sendiri kesemua baju sekolah saya, langsir rumah ibu yang 5 tahun sekali berganti saya jahit setiap tahun.. Mesin itu terjaga baik jangan sesekali orang lain mengusiknya, pasti angin saya naik... sampai sekarang mesin itu masih cantik jahitannya, lurus!. Kadang-kadang ada jiran yang menggunakannya, saya tidak boleh menolaknya.. jiran tu... Tapi, body dia dah nak hancur... sayang.... dek tempias di rumah ibu dia tidak mampu bertahan.. kalau ada rezeki saya mahu gantikan body yang baru buatnya.
contoh, mesin jahit yang ibu belikan.. sekarang masih dijual lagi
dengan harga RM895.00
model ni masih dikeluarkan kerana faktor-faktor tertentu ~ tentulah ianya bagus kan!
ya, saya akui, tahan lasak tau.. jeans semua blh jahit...

Nak tahu? selepas tamat spm saya memohon pada ibu untuk menyambung pengajian di mana-mana kelas jahitan.. Tapi ibu membantah, sebab itu saya ke tingkatan 6 dengan hati yang kosong.. akeke!! jahat saya! ya, saya jahat. akeke..

Berbalik pada cerita rindu-rinduan mesin jahit saya di johor, saya memohon en.suami untuk angkutnya bersama, permohonan saya ditolak dengan senget. akeke!!
Dari itu, dikesempatan soklan cepu berlian dia pada saya.. dengan sepenuh jiwa raga dan bulat hati saya jawab "MESIN JAHIT".. Idak pak hencek tersebut macam2 juga senarai yang keluar.. talipon?, hand bag? kasut?..
Iskh, kesemua itu x sama dengan mesin jahit!
Alhamdulillah, 2 hari sebelum ulang tahun dia membawa saya berjumpa dengan Singer. Jnatan , betina, anak, ibu, ayah dia, nenek dia semua ada... [husna yang kata.. barang-barang dalam kedai tu ada ayah dia, ibu dia, abang dia, adik dia.. dll]. Hati berbunga-bunga dengan wangiannya sekali..

Pada mulanya setelah berhari-hari google mesin jahit, saya mengimpikan model 8974C10Z, dengan 31 corak jahitan, 4 langkah untuk jahitan butang.


8974c10z
RM 1,145.00

Saya tidak jadi hangkut model diatas, mula-mula kerana stok tak de, kena oder.. lepas tu kalau kita nak tukar jenis jahitan kita kena tukar tapak dia... tak de la rumit mana, cuma kalau part berasing dari body susah juga kan..
Sudahnya saya pilih Tradition 2259, 19 corak jahitan, dan 4 langkah jahitan lubang.

Tradition 2259
RM 945.00

kekasih baru saya, memang mudah, mudah alih dan mudah diselenggara... nak tukar jenis jahitan
putar ja yang bulat kat bawah tu dan atas.. ada lampu skali, kalu malam terlindung bayang-bayang x de hal, bila kita guna memang lampu dia nyala, TAPI kalau x da letrik TAK BOLEH guna, jangan nak hangin pula. hehe ^_^


Saya harap post kali ini membantu rakan-rakan, saudara/saudari, sedara.. yang bertanya akan mesin jahit yang saya miliki. Kalian juga boleh tinjau-tinjau Web ini [klik sini] untuk membuat tinjauan online.


Terima kasih buat en.suami.. hehe... muga mesin tersebut dapat menemani saya hingga ke hari tua saya.. selagi saya sihat, terang mata... InsyaAllah~ Pemberian yang snagat berharga.. Terima kasih..
hehe..







Terima kasih juga kek yang sangat sedap, dan lilin yang banyak [tau saya dah tua ^_^..]

Berakhirlah cerita april dengan ke empat-empat kami lahir di bulan ini.. asik-asik gambar kek kan bulan april..

Sekian,