sabda

Tuesday, March 23, 2010

kuih kegemaran Azem

Perhatian: saya ni bukan pandai sangat2 memasak... banyak juga yang tidak menjadi.. buat dan buat lagi... biasa kali ke dua buat blh jadi..hehehe... Berikut adalah kuih kegemaran Azem.



Seri Muka

Bahan dan cara membuatnya;

Lapisan bawah:

pulut (agak2 le nak byk mana..jgn byk sgt..) basuh dan tapis.. letak dlm loyang.. isi air peahan santan (agak2 pulut tu tenggelam dan lebihkan sedikit.. jgn lebih banyak pulak)  + sedikit garam dan kukus sampai masak.
bila dah masak, keluarkan dr kukusan dan mampatkan.

Lapisan atas:

Tepung gandum (agak2 juga... jgn banyak sbb nak bancuh cair)
sesudu tepung jagung
kisar beberapa helai daun pandan (tapis ambik air sahaja)
sedikit garam dan agak2 la tepung tu byk mana sesuai gula byk mana...
sebiji telur dipukul
campur semua bahan kecuali air pandan... gaul kemudian masukkan air pandan sedikit demi sedikit sambil rata2kan... hingga bancuhan tadi sebati dan agak cair (kalu x keras nnt).. lebih cair dr bancuhan lempeng...hihi.. tambahkan sedikit pewarna hijau..
setelah itu curah pelan2 atas lapisan pulut tadi, kukus semula 45minit/sehingga masak.

Selamat mencuba.

* jika nak penerangan yg lebih detail tanyalah saya tang mana yang muskil.. korang bukan orang lain pn..kalu bukan kenalan, kawan2 dan sepupu papat je...

2 comments:

  1. wah kuih kegemaran azem.. sedapnye.. bila nal post cheese cake...

    ReplyDelete
  2. cheese?? hihi, akk pon bru blajar, tp bukan nak riak... cuma nak kata sedap tau!! heheheh!! (amponkanlah dosaku yaAllah...)
    nnt yea...tggu besday ajim n a.khairul x lama lg...

    ReplyDelete