sabda

Saturday, December 15, 2012

Susukan anak tanpa campur susu lain/nestum : langkah-langkah menyusukan bayi berterusan.

Alhamdulillah,
setelah berbulan-bulan tidak menulis, makanya sudah 5 bulan saya melepasi proses kelahiran putera ke2 anak ke 3 kami, syukr yang tidak terhingga, Alhamdulillah..

Apa yang sering difikirkan sekarang ialah penulis mahu menyusukan bayi hingga 6 bulan tanpa campur susu lain ataupun nestum apatah lagi bubur. Muga hajat ini terlaksana dengan jayanya.
Kawan-kawan di luar sana yang berhajat menyusukan bayi bulatkan lah hati... jika hati terdetik dengan macam-macam pencemaran lain seperti, merimaskan,  tak suka, tekanan perasaan atau apa-apa yang seumpamanya.. juga rasa ragu-ragu itu juga tergolong dalam penyebab susu boleh berkurangan atau kering.

Beberapa hari lepas penulis menerima tetamu yang menjaga anak jururawat. Kalau kita perasan kad rawatan kanak-kanak sekarang pun dah bagitau makanan tambahan adalah dibenarkan seawal usia 6 bulan. Antara hasil perbualan kami ialah, bayi yang makan awal darinya ramai yang menghadapi masalah usus, jangkitan kuman dan macam-macam lagi, maka ramailah bayi-bayi yang terlantar di hospital kerananya. Antara yang paling sukar dielakkan ialah susu botol, yang terpaksa bagi susu botol atas alasan-alasan tertentu terpaksa la kan.. saya juga pernah merasai situasi ini..
Nak jaga susu botol ni bukan mudah tau... organ dalaman bayi masih muda, jadinya semuanya kena betul-betul bersih supaya selamat dari jangkitan.

*macam tak cukup susu*
satu tahap memang akan terjumpa bayi macam tak cukup susu [permasalahan ibu-ibu yang menyusukan bayi sepenuhnya].
Apa yang saya buat setelah dileter oleh ibu saya.. [hihi..] ibu saya kata badan saya tak mampu menyusukan bayi sepenuhnya.. ibu saya sarankan saya campur dengan susu formula, dan bagi nestum tika itu bayi saya berusia 3 bulan.
*jangan mudah menyerah kalah*
Ini adalah sedikit semangat yang dapat saya sumbangkan, mudah-mudahan sedikit membantu..
Saya fikirkan cara-cara suapaya dapat mempertahankan niat suci saya itu.. ecewah...
Langkah pertama : Saya
  1.  mesti bersarapan. Selepas/sebelum solat subuh minum air masak, sejam kemudian saya minum air panas kopi, teh, dll... kemudian mesti sarapan pagi, biasanya saya akan makan makanan yang mengeyangkan seperti mee, cekodok, roti atau kuih muih.
  2. ada minum lagi sebelum menjelang makan nasi tengah hari. Yang ni dalam jam 10, 11 pagi, atau 12 tengah hari ada juga... dan makan sedikit. Makan apa? biasa saya ulang sarapan saya dalam kuantiti yang sedikit mungkin sebab sarapan pun dah tinggal sikit.. akeke!!
  3. Misti makan nasi. Disebabkan saya tidak bekerja maka waktu makan nasi saya tidak tentu, jam 12, 2 petang, 3, 4 atau 5 petang. Yang ini tidak boleh tidak, kalau tak makan nasi nanti bayi tidak puas atau tidak kenyang bila menyusu. Sambil tunggu waktu makan tu macam-macam juga salingan makan saya seperti biskut, roti dan buah. 
  4. Jika perlu, ulang makan pada waktu malam setidak-tidaknya minum air susu dengan makanan lain seperti roti, mee atau apa-apa yang boleh di ngap.. kalau rajin bikin pisang goreng atau kuih muih, silakan ;)
  5. Antara yang lain dipercayai boleh menambahkan / memperbanyakkan susu adalah seperti : Milo, kurma, susu nestum/oat, Sup sawi dan lobak putih. ini adalah yg biasa saya praktikan dan ianya berkesan.
*apa nak buat  jika masih kurang susu*
sekarang susu saya masih ok setelah mengamalkan perkara-perkara diatas tanpa memberatkan soal diet. [Tapi tidak lah makan berlebih-lebihan okeyh....] nanti kalau berat badan banyak sangat susah juga kann...
tapi... jika susu tak banyak lepas ni macammana? itu adalah persoalan saya sekarang.
Lepas ni kalau tak ok.. saya berhajat untuk bantu diri ini dengan produk Shaklee, boleh cuba set penyusuan, apa salahnya mencuba, kawan-kawan pun ramai yang berjaya dengan produk tu..
Harap-harap dapat capai susu badan sepenuhnya hingga 6 bulan, kemudian barulah fikir nak campur susu formula ke, nestum ke, bubur ka...

InsyaAllah boleh...

sekian dari penulis untuk kali ini.

Saturday, June 23, 2012

Cerita dari dungun~ setelah 6 bulan disini.

Hari ini saya cuma nak bercerita, banyak cakap x elok sebenarnya.. tapi kalau tak bercakap pun tak elok.. terapi... hahha... ini lah cerita merapu kali ini.. Harap bukan hanya omongan kosong, masih ada sesuatu yang bisa dijadikan panduan, rujukan, tauladan... InsyaAllah.

Diam-diam sudah 6 bulan kami merantau di bumi Terengganu. Macam-macam peristiwa kami lalui... Peristiwa pertama ialah pada hari pertama pindah rumah.. kepala en.suami dihantuk kipas yang berpusing laju tat kala memasang langsir. mencurah lah darah yang mengalir dikepala... gps membantu saya ditengah malam buta 12.30mlm menuju ke hospital dungun. Jika diimbas kembali saat-saat cemas itu.... hanya Allah yang tahu~
dengan anak-anak yang terbaring diruang menunggu... malah, suami yang begitu juga dikategori sebagai pesakit yang KENA menunggu giliran... jam 1 lebih baru dilayan setelah berkali-kali kekaunter dan menemui doktor.. saya dimarahi.
Klinik??? klinik2 semua sudah tutup jam 10/11 mlm, begitulah yang dimaklumkan oleh sekalian penduduk tetap/ merantau yang ada disitu. Pakar??? HANYA ada SATU sahaja pakar di terengganu yang terletak di kuala terengganu... jika mahu saya perlu memandu ke kuala terengganu lebih kurang 1 jam perjalanan atau ke kuantan 2jam perjalanan. luluh hati tika itu, baru berpindah sudah dikerat2 semangat yang ada... 2 hari kemudian ayah saya dan pak lang saya menyusul melihat keadaan kami disini.. bulan pertama kami dihujani tetamu yang silih berganti... Alhamdulillah, pulih kembali semangat... Jika ada berita-berita kecemasan disini ayah ibu saudara mara juga tak kering bertanya khabar... syukur, hijrah kami kesini kerana rezeki Mu ya Allah... muga kami tidak lalai... tidak lupa...

rentetan peristiwa demi peristiwa...termasuk 2 peristiwa gas bocor..  kes meletup di site petronas.. harap kalian mendengar berita tersebut di akhbar atau berita tv..
terutama en.suami, berat memikirkan hospital mana nak bersalin...

Badan semakin berat...
Berat macammana?? Berat timbang dalam jumlah kg sudah naik... itu sudah pasti.. tiap2 minggu naik... buat kali pertamanya dalam hidup saya mencapai angka 6 dihadapan... sekarang 60kg sudah! usia kandungan masuk 36 minggu.. pengalaman bersalin azem tika usia kandungan 35 minggu dengan berat badan 57kg, masa cik husna 36minggu berat saya 59kg.  Kali ini kadang-kadang rasa sudah sampai waktu... bawa-bawa berehat nampaknya masih boleh bertahan... tidak kira la berat naik lagi berapa kg... yang penting bby cukup bersedia untuk keluar dan sihat.. [InsyaAllah kalau ada rezeki...]

9/6/2012 pulau kapas dengan tok pa dan ayah azem husna

Berat yang meningkat dalam ertikata tersiratnya... semakin tidak larat.. kalau kedapur tu kalau boleh nak bikin yang mudah-mudah aja... kalau ter-rajin tu cepat-cepat siapkan... tidak larat berdiri lama... adakala larat tang mahu membeli sahaja, tidak ada selera sangat tika ini sebenarnya...

Berjalan? Owh, sudah dibataskan langkah saya yang selalunya panjang... bising sungguh orang itu... takut terbesalin tengah jalan la, tengah drive la... iskhiskhiskh... boleh rasa kalau nak ter-bersalin biasanya, boleh ambil tindakan segera contohnya tuju ke hospital dengan segera... dekat ja dengan rumah kalau hospital daerah tu... Tapi x bagi langkah panjang, nak buat cam ne... mati semua kutu ha. dapat juga curi2 cuci mata kekedai tertentu... la ni dah tak berani, dengan yang berwajib sahajalah.... semalam ada juga riadah ditepi pantai, dekat belakang rumah sahaja... tapi, saya tidak riadah pun... hanya duduk ditunggul kayu... menikmati durian dan buah laici dari dalam kereta...




Menjahit.
Ya, saya masih menjahit... siap menjahit beg pn.ain tempoh hari saya jahit bag untuk barang saya pula, nak letak minyak dll... buka zip sahaja bau jamu! saya asingkan yang mana penting dan perlu diguna di hospital atau dalam perjalanan.


sekarang, sedang dalam proses akhir menyiapkan baju en.suami, tinggal nak letak kocek... Pertama kali dalam hidup saya menjahit  baju melayu lelaki dewasa.... dulu berani jahit baju azem sahaja... InsyaAllah sempat siap abang nak guna awal kan... nk bawak ke tarawikh sempat...  InsyaAllah..


Kerja-kerja rumah lain seperti mengemas, membasuh saya masih lakukan seperti biasa... Juga menghantar-menjemput dzul dari sekolah.. Alhamdulillah.

Perancangan, persediaan;

Ada banyak perancangan kan? tapi untuk mengadap proses bersalin ni (InsyaAllah)... kami rancang nak balik johor khamis yang baru sahaja berlalu... tapi bincang-bincang balik kami bercadang untuk balik minggu hadapan... harap-harap semuanya selamat dengan Izin Allah swt... InsyaAllah. Beg sudah saya persiapkan, termasuk beg ke hospital dan beg anak-anak... Nampaknya jika jadi balik johor dzul akan cuti sekolah panjang sikit, ibu sudah bersiap dengan buku-buku sek dzul untuk sesi belajar dengan ibu... InsyaAllah.
bag baju ibu dan anak jahit sendiri..
.

set bersalin.
Untuk set bersalin sudah tersedia awal bulan hari tu... saya memang minat nonaroguy, kemudian bila belek sana sini timbul senarai lain seperti set bersalin amway, dan dua lagi dari jenama lain. Bila ditanya en.suami, dia kata nonaroguy sahaja la..  kali ni macam cepat juga rasanya bersedia.. kadang-kadang terselit rasa gusar... entah kenapa... mungkin berjauhan dengan keluarga ibu ayah... saudara-mara... jadinya, macam-macam yang terfikir...

murah berbanding di kedai-kedai... ya, udah tentu beli online...
siap dengan free gift tu.. losyen yusmira, sabun susu beras, pilis,
minyak telon, param air mancur dan sekeping barut bayi.


Pembantu.
Pembantu apa? Orang lain bersalin tak payah susah-susah cari pembantu kan... adik bradik, mak ayah atau mertua... Kadang-kadang perkara ini buat saya sedih, tapi di dasar hati tetap bersyukur dalam sudut pandang bahagian saya pula.
Kes saya, sejak bersalin azem lagi walaupun berpantang dirumah ibu saya, kena juga cari pembantu kerana ibu menaga adik saya yang oku sudah... kesian dia kan... badan sendiri pun tak terjaga... adik beradik tak ramai.. kalau kakak saya tu on ja nak membantu, tapi duduk dirumahnya sian la dia... bekerja lagi... anak-anak lagi.. tak pasal-pasal menyusahkan abang ipar nanti...

Alhamdulillah suami yang sangat prihatin bab-bab begini... selagi tak selesai masalah pembantu kami usahakan juga... Masa bersalin azem agak senang dapat pembantu.. pembantu sementara sebulan rm600, dan bidan mengurut 7 hari rm120 kalau x silap saya... lupa2 sudah...

Masa bersalin cik husna kami sepakat berpantang dirumah sendiri... pembantu yang awalnya kami ambik untuk seminggu sekali dengan urut dan jaga bayi... saya pendekkan untuk 3 hari sahaja.. 3 hari rm250. kenapa?? sebab en.suami sudah membasuh menyidai kain.. anak kadang2 saya mandikan memasak pun mudah aja bila ikan semua dah siap siang...  mengemas membersih rumah semua suami buat... Jadinya rasa kurang berbaloi nak bayar mahal untuk tempoh yang singkat. rm600 seminggu... kami x teruskan...

Kali ini mula-mula kami cari-cari juga pembantu disini, tapi setelah ditanya sana sini... bagai masih tak nampak bayang... tukang urut mungkin mudah sikit...
Minta ibu saya carika di johor.. rm15 sehari untuk sebulan... 2-3 orang jadi - tak jadi.
*******pening*******
maka, en.suami tawarkan harga yang lebih untuk pembantu... sebutnya agak banyak... saya kurangkan 1/2 darinya... kemudian ustazah zainab/ ibu saya kurangkan lagi dari harga yang saya sebut... entah kemana offernya... cikgu satu sekolah ibu tolong carikan... dapat lah hamba Allah yang sudi membantu kami yang betul-betul memerlukan ini... rm400 untuk dua minggu.. Manakala bidan mengurut rm120 untuk 3 hari.. Saya kurang kan tempoh 1bulan ke 2minggu kerana saya fikir mungkin ramai yang x sudi sebab tempohnya yang panjang.. tapi nampak gayanya seperti tang harga... kali ini belum lagi ada bunyi tarik diri, sebaliknya bila-bila masa sahaja.. ibu juga sudah tanya banyak kali bila nak balik... jika tambah tempoh waktu berpantang disana, maka bertambah la rm pembantu... segalanya saya serahkan pada en.suami, ikut juga kudratnya untuk mengulang seminggu skali terengganu-johor larat ka?? en. itu saya kenai sangat2... tak lalunya berjauhan dengan anak-anak halwa mata hatinya...

Hospital.
Kami merancang untuk ke hospital penawar, sama tempat masa bersalin cik husna.
TETAPI, segalanya bergantung pada keadaan.. bila dah jalan jauh ni... jika kecemasa kami akan ke hospital berdekatan... jika dalam perjalanan... tidak kira la kuantan ke atau klinik desa entah ceruk mana.. sesiapa yang pernah merentasi terengganu-kuantan-mersing-kota tinggi... tau la apa ja yang ada...hutan.. laut.
Nurse  di klinik desa sura dungun.. disini amat prihatin... terima kasih saya ucapkan.. kalian sangat baik dengan saya... mereka sudah memberi beberapa tips sekiranya terbesalin ditengah jalan.. bunyinya agak menyeramkan, tapi saya bersedia~

MINTA MAAF.
Saya mohon maaf kepada semua diatas segala keterlanjuran kata yang tidak bertapis, bahasa-bahasa yang kurang sopan, luahan yang mengikut rasa, info yang kurang tepat dan kurang memuaskan..
Mungkin sempat lagi update blog selepas ini, atau cuti panjang.. atau... apa ... kita tak tahu... Wallahulam..

kepada semua, saya mohon maaf zahir dan batin, seiklas rasa seiklas jiwa, muga kalian menemui kebahagiaan dia jalan masing-masing, dalam lindungan Allah swt sentiasa hendaknya, dipermudahkan segala urusan, andai kata pernah berasa dan berjiwa songsang saya maafkan, dan begitu juga saya memohon maaf atas semuanya...
Selamat berjuang dan salam ukhwah dari saya ^_^

Thursday, June 21, 2012

Marble Cheese cake..

Sekian lama tak tepek resepi disini... mungkin ini iklan.. eh, tidak, saja sesatkan resepi kali ini... kerana kisahnya...

Hari ke-2 bersama teman baru disini... hurm.... ada kawan sudah disini.... hoyeahhh... hihi...

Azy, sebenarnya saya mengenali azy kerana anak-anak yang bersekolah di tempat yang sama, kebetulan pula rumah kami tidak la jauh mana jaraknya..

semalam kami bikin piza sama-sama... hari ini untuk mengatunkan lagi aktiviti bersama kami penuhi jadual membikin kek pula.. resepi pilihan ialah marble cheese kek.
sibuk bermain... bukan kemain lagi cik husna ada kawan pompuan..

amacam pn.azi... ada umph ka itu kek??


erin... tengok tu.. mama bawak banyak sutera... tp acik cerewet ni...
 nnt bawa yang laen ehhh.. hihi..

jangan lupa tunjuk kat saya dulu bekalan sutera yg baru~~ akeke!!

puas hati~~ ^_^

alhamdulillah...

eh, resepi kat tempat biasa la yerk... hihi.. buku resepi

sekian..

Monday, June 18, 2012

Bag Lagi~

Kepunyaan seorang teman, dapat juga saya siapkan setelah 2 minggu cuti menjahit sejurus siapnya baju kurung cik husna..

Asalnya ampunya bag meminta bag untuk isi alat-alat solek dan butang tudung... bila dah dapat ukuran saya pun merangka design... direalisasikan dengan menggunakan kain yang sedia ada... sebelum ini beg baju kepunyaan saya juga menggunakan fabrik yang sama..

hehe... sempat bergaya seketika untuk sesi pengambaran sahaja..
luas juga bahagian dalamnya, kamera saya juga boleh dimuatkan besrta dengan apa yang telah diisi..

boleh panjangkan tali bag dengan membuka jahitan riben..

sulam tangan dibahagian sisi



sekian~

Monday, June 04, 2012

Tilam Kabu : Kekabu

Nampaknya memang banyak projek jahitan yang sudah siap dan yang belum siap ^_^
Boleh membuat tempahan awal jika berminat [bergantung bekalan kekabu]


tilam adik husna belum siap dijahit [sekatan  kabu]

tilam yang ditempah siap dijahit
ukuran : 40" x 30"
harga rm 70.00

English Cotton

ok, iklan sekejap setelah lama tak update.. ^_^

** saya bukan menjual kain, tapi boleh kalu nak menempah~ buat  tatapan pengirim:

x nampak marah pun~


jelita~

sejuk~

lembut~

ceria~

[tajuk lukisan adalah sesuka hati saya~]

yang ni dekat bahagian belakang.. ciput ja... ada banyakkkk... banyakkk... dekat depan...
x boleh ambik gambar...kalu guna hp boleh... ampeh betul!


sekian, selamat menjahit!!~

Thursday, May 24, 2012

Pentingnya Berpantang. [jumpa laman yang best~]

Nak berpantang berapa lama? 44 hari? 60 hari? 100 hari?? Saya jumpa macam-macam angka [bilangan hari] ibu berpantang.. ada yang berbeza, mejoritinya 44hari.
Bagi saya, bila bertambahnya usia dan bilangan anak seharusnya proses berpantang diambil lebih berat. Itulah kesedaran yang timbul setelah beranak 2 nak masuk tiga.. ^_^ Kali ini saya harap saya dapat berpantang dengan betul, saya masih tidak pasti sekiranya perlu berpantang sendiri sekalipun, saya harap dapat berpantang dengan baik terutama dari segi penjagaan dan perubatan. Timbul pula persoalan, nak berpantang berapa hari ya???

Teruja bila jumpa blok 'Kak Engku Bidan Bersalin' seorang jururawat terlatih dan bidan berdaftar berpengalaman lebih dari 15 tahun, manakala ibunya juga seorang bidan di Besut Terengganu.

Apa yang menarik ialah kak engku memberi jawapan pentingnya penjagaan semasa bersalin dan tempoh berpantang yang sebaik-baiknya ialah 101hari. Kak engku turut memberitahu perbezaan bersalin normal dan pembedahan. Luka yang dialami adalah berbeza namun tempoh berpantang yang terbaik untuk kedua-duanya ialah 101 hari.

Boleh baca sendiri Pentingnya Penjagaan Diri Semasa Berpantang

Silalah ke blog kak engku [klik link diatas], ianya blog seorang bidan! ^_^  banyak isu dari anak dara hingga ke bersalin, berpantang hinggalah penjagaan bayi ada didalamnya. Selain itu set bersalin juga ada dijual.. Sungguh saya sangat-sangat teruja, tambah pula saya memang sedang mencari2 rempah untuk mandian dalam berpantang.. sila klik produk yang dijualnya, ada macam-macam rempah uuuuu..... pilih ja la... kita beli 2 jenis nak?... huhu... set nona roguy pun murah.... wawawa...
Urusan dihujung jari, menguntungkan bagi saya dikawasan pendalaman ketika ini, dan suami yang sibuk. ^_^

Wednesday, May 23, 2012

Gaun cik husna~

Nak juga saya lampirkan disini.. projek pertama yang saya siapkan merasmikan mesin baru yang biasa-biasa sahaja itu~




jahitan sulam yang simple...


dari 2 gambar diatas, saya mendapat banyak tempahan, tapi saya x mampu mengambilnya kerana jadual jahitan saya padat... saya mahu siapkan baju raya anak-anak, baju suami dan baju saya kalau boleh... entah bila dah kena berpantang.. tak terkejar nanti... tambah pula saya bukan la pakar dalam menjahit, takut-takut nanti pelanggan tak puas hati pula... hihi...

InsyaAllah, dilain masa saya akan membuka tempahan ^_^

Friday, May 18, 2012

TOTE BAG [jahit sendiri]

Sempena sambutan hari guru 2012 saya sungguh mati idea nak hadiahkan apa untuk cikgu-cikgu Muhammad, kalau di johor mungkin panjang langkah saya untuk pi kedai yang itu, itu dan itu..
Jadi, saya membuat keputusan jahit sendiri 'tote bag' sebagai hadiah hari guru untuk cikgu-cikgu azem.






design yang ini saya bikin 2..

sampul hadiah juga saya jahit sendiri..

simple, boleh guna semula, ilham dari sampul bantal! ^_^

untuk 4 orang cikgu azem..

Saya tidak tahu reaksi cikgu-cikgu azem dengan hadiah yang tidak seberapa ini, juga tidak mengharap mereka sukakannya... [harap 'sikit' agar mereka manfaatkannya~ akeke]
Apa-apa pun yang penting ialah, saya sangat-sangat berterima kasih kerana cikgu-cikgu mengajar dan mendidik azem, sungguh ibu tidak dapat membalasnya hatta dengan wang ringgit ***keikhlasan itu... sepanjang ibu menghantar menjemput azem kesekolah, cikgu-cikgu penuh semangat menyambut dan menghantar azem ke pintu pagar dengan senyuman ikhlas.... walaupun cikgu maklumkan azem diam.. juga bila ditanya kadang-kadang azem diam... huhu...  cikgu selalu kata azem 'good boy' .. muka azem penuh semangat bila ke sekolah juga memberi 'power' pada cikgu-cikgu... Yang saya nampak cikgu-cikgu sekalian sungguh sabar...
huhu... yang penting... terima kasih, terima kasih dan terima kasih~ ^_^

Tuesday, May 15, 2012

Muzium Kuala Terengganu

1 mei 2012, cuma nak berkongsi gambar.
Tak boleh ambik gamba dalam muzium, nikmati keindahan senibina nya sahaja.

kalau dari dungun nanti jumpa orang jual jagung.. memang sedap jagung rebus/bakar..
3 tongkol rm5 kalu yg rebus tu..






















sekian..