E.ntah apa yang akan saya merapu disini... saya minta maaf.. hahah... yang pasti saya mahu berkongsi cerita tentang perjalanan barang yang saya pos ke Sarikei Sarawak. Beginilah peniaga online agaknya..
Semalam saya sms seorang pelanggan saya untuk memastikan beliau terima barang saya dengan selamat. Barang tersebut bernilai rm90 dan kos pos rm13, haruslah saya risau. Jika rm10 sekalipun harga barang saya, saya tetap risau, ini soal amanah bagi saya sebagai peniaga online.
Sayangnya cik penerima memberitahu beliau belum terima barang tersebut. Ini amat mengejutkan saya.
22/03/11 tarikh penghantaran sehingga 07/04/11 haribulan tak mungkin bagi saya barang tersebut belum sampai. Sudah lebih dari 2 minggu!!
okey. Saya semak online. semak sini dengan no rujukan yang saya simpan. Apa yang saya lihat, perjalanan yang sangat menarik untuk parcel tersebut.. anda mahu tahu??
yang keluar lebih kurang macam ni:
proses time post office status
1. 22 march 2011 11:33:43am GPO JB Pengeposan di kaunter GPO JB
2. 22 march 2011 04:15:42pm PDC JB Terima pengeposan
3. 22 march 2011 07:54:42 pm PDC JB send item to Sarikei
4. 25 march 2011 04:20:50am PDC sibu send item to PDC sibu
5. 26 march 2011 09:40:38am sarikei out for delivery
6. 26 march 2011 11:27:26am sarikei Delivered
7. 04 april 2011 12:15:17pm pos laju alor setar Send item to JB
8. 06 april 2011 01:22:06pm PDC JB call card send to customer
9. 07 april 2011 09:30:21am PDC JB out for delivery
10. 7 april 2011 10:35:13 am PDC JB delivered
Apa yang saya faham pada awalnya ialah barang tersebut sudah sampai ke Sarikei post office. Mungkinkah barang tersebut berpatah balik ke JB??? Ada tulis DELIVERED pada 26 mac bermakna penerima sepatutnya sudah terima barang tersebut.
Untuk menjawab persoalan ini, saya google alamat pejabat pos sarikei. Saya masuk ke sini dan saya call no yang ada 083-411212. En. Ajis Sapari yang menjawab panggilan menyatakan beliau di pejabat pos Kabong Sarawak, bukan sarikei... huhu. En. Ajis sangat bersopan santun dan beliau akui parcel tersebut telah dihantar ke Sarikei. Katanya beliau ada terima parcel tersebut di kabong, dan beliau telah menghantarnya ke sarikei. Owh, begitu perjalanan parcel saya.. Sudah tu... En.Ajis bagi pula no telefon pejabat pos sarikei 084-656122.
Okeyh... ini cerita musti bagi selesai.... saya terus call no yang en.ajis bagi tu... Yap, pejabat pos sarikei... kali ini En. Faris pula menjawab panggilan. Bila di semak.... Barang tersebut telah selamat sampai ke rumah penerima pada 26 mac 2011. Owh, benarlah seperti dalam jadual diatas. En. Faris ni siap bagi nama penerima lagi... huhuhu.... harus~ dimanakah kesilapan disini sehingga pelanggan saya kata masih belum terima lagi barang tersebut??
Apa kisah parcel itu ya?? atau penerima saja bagi saya wisau... huhu... nakal ya... owh... risau.... saya akan update kisah parcel ini pada komen dibawah setelah saya dapat jawapan terbaru dari customer saya.. InsyaAllah.. buat panduan peniaga-peniaga online seperti saya.. :)
sabda
Showing posts with label masam masin manis. Show all posts

Friday, April 08, 2011
Friday, February 18, 2011
Asam Pedas Terengganu
(ayat yang tulus)
Resepi kali ini saya minta dengan roommate saya semasa zaman kolej dulu.
Percaya atau tidak satu-satu resepi tu kadang-kadang bawa aura pada jiwa kita. Contohnya resepi dibawah ini dengan memory.
Kenangan saya ke Terengganu nak ambik adik saya sempena cuti semester. Masa tu saya dan ayah dari Adela naik kereta saga. Ayah hantar saya dan yah kerumah kam sebab saya dah janji nak bermalam dirumah kam. Ayah tido di hotel murah Kuala Terengganu.
Paling indah, masa mandi perigi... saya rasa bagai lembu-lembu semua nak tengok saya mandi. Hariah ketawa dari tingkap bilik.
Tengah hari, mama kam masak, saya tidak boleh lupa asam pedas ini berulam tembikai merah. Ayah datang ambik kami, kami makan sama-sama. Kemudian kami pulang. !_!
Bahan-bahan:
Ikan
Timun, bawang besar - potong-potong.
Lada kering, bawang putih, bawang kecil, halia, serai (kisar)
cuka, garam, perisa, gula.
Cara memasak:
tumis bahan kisar hingga pecah minyak, masukkan air,
tunggu didih masukkan ikan dan bahan-bahan yang lain.
sedia untuk dihidang.
Friday, December 31, 2010
Salam HIJRAH
Salam HIJRAH kita masih muda dihati saya, tiba hijrah masihi... Hati terasa sayu. Apa yang akan dihijrahkan? Apa yang akan bertaut? Apa yang bakal bertunas? Apa pula yang terus mekar bagai teraju puncanya air.
18 dec genab 6 tahun tragidi adik saya. (masih belum bersedia untuk berbicara lanjut mengenainya). Hanya yang hampir dengan saya, dan ada ketika itu pasti memahami.
24 dec ulang tahun perkahwinan/pernikahan. Alhamdulillah, 2010 telah menghijrahkan suai kenal saya dengan suami tercinta. Semuga kemekaran ini bukan sahaja bunga-bunga ditaman... makanya InsyaAllah kita akan menambah kebun bunga kita.. ;) Alhamdulillah. Syukur yang tidak terhingga ke hadrat Illahi. Alhamdulillah.
Peristiwa yang paling penting 2010 ialah.. pemergian almarhumah atok perempuan saya, bonda kepada ibu saya. Al-fatihah.
Nyatanya saya sangat bersyukur dengan apa yang telah lalu.. suka mahupun duka.. tanpa semua itu saya sendiri tidak tahu dimana saya. Dan siapalah kita tanpa masa yang telah lalu. Syukur. Muga mata yang terbuka sentiasa ingat dan TAAT padaNya.
Buat semua yang dihormati, TAAT dan SETIA itu berbeza hendaknya. Renung-renungkan.
Salam Hijrah, salam kasih sayang, salam ukhwah.

Monday, August 23, 2010
Ramadhan zaman single~
Assalamualaikum. Lama tidak menulis... Terasa kelu untuk berbicara, kadang-kadang terasa beku.. apa pun bentuk tulisan kita harap bermanfaat dan bukan kata-kata kosong. Sekurang-kurangnya dapat memberi sesuatu kepada sesiapa sahaja JIKA ada orang yang membaca penulisan kita.
Hari ini, saja nak bercerita tentang pengalaman menjalani ramadhan semasa zaman sekolah dulu... yang paling lekat dikepala sekitar darjah 6 sekolah rendah hingga ke tingkatan 6. Rasa masa tu sangat seronok menjalani ibadah puasa dan tarawikh di malam hari. Disiang hari akan kesekolah jika waktu sekolah. Belah petang akan buat kuih dan memasak. Ke surau selepas solat magrib...... owh indahnya..
Pernah juga buat epok-epok dan hantar ke pasar ramadhan... itu jika terlebih rajin bagi menambah wang saku.
(sebak.)
Sebenarnya kisah lalu saya banyak bersama adik saya... kini OKU sudah. Sebak. Mustahil saya lupa terus akan kisah lalu.. saya membesar bersamanya... bergurau, bergaduh, berteduh dibawah bumbung yang sama... bocor atau tidak atap rumah, berlauk atau tidak waktu makan, hangus ke tidak nasi yang dimasak semua kami nikmati bersama. Sementara along duduk diasrama, ke upm dan kesabah... Jarak antara saya dan kakak 7tahun bezanya.. tentulah hari-hari saya hanya dengan adik. Ibu sibuk dengan aktiviti sekolah siang dan malam... Ayah sibuk dengan kerjanya dan aktiviti laiannya.
Wokeh. Cerita pasal tarawikh, biasanya saya akan menmpang kereta jiran sebelah rumah ke surau bersama adik. Yang lain solat dirumah. Dan... yang x boleh lupa, biasanya misti jumpa pengetua sek.agama ustzah zainon merangkap sahabat ibu di surau. Ustazah ni baik sangat dengan ibu, suka duka dikongsi besama, menangis sama-sama.......... [sebak lagi]..... Semalam semasa di rumah ibu, ibu maklumkan bahawa ustazah kini tak nampak langsung matanya... beliau semakin uzur. Saya meneguk air liur, air yg sepatutnya mengalir dari mata kini jatuh ke dalam usus perut. Saya ingin melawatnya.
OK, sambung cerita tarawikh... selepas tarawikh jika di penghujung ramadhan saya akan buat biskut raya... hariah tukang membakar dan menyimpannya. Aktiviti tersebut tak sah kalau tak jejak pukul 2/3 pagi.... hehheh... indahnya... sambil layan radio..
Kadang-kadang selepas tarawikh kami akan pusing felda... tu kalau bawa keta sendiri pegi tarawikh la.... tengok pelita raya rumah orang lain.... ambik aura kemeriahan raya orang lain... tak pon, pi tengok anak jiran bakar meriam... ... hua hua hua... hahah... sampai ibu jerit "mana BUDAK ni?!!!!!" lintang pukang masuk rumah, idak ibu punya tazkirah punyalah........... huh. Dulu ibu sangat garang bagi saya, rotan sentiasa ada dekat dengannya.... sampai anak murid dia gelar dia 'cikgu ninja'. Huh?!
Tarawikh zaman kolej.... saya pernah pergi tarawikh sorang-sorang jalan kaki ke masjid uitm induk dari kolej Delima tuh, kira bukan dekat juga... tapi ada ja kawan2 tarawikh kolej lain yang jalan kaki juga hingga dapat kawan untuk jalan sama2 masa tarawikh. Al maklum lah, banyak kerja ke hapa bukan semua kawan dapat pi tarawikh. Tapi masa duduk puncak perdana memang senang nak gi tarawikh, surau dekat dan kawan-kawan serumah yang kelantan belaka tu sangat rajin tarawikh..
Sekarang saya terfikir, owh, masa remaja lah untung banyak beramal... heh heh.... jika nak tunggu hari tua..... jika ada..... jika tak ada untuk kita??~~~~
dan, saya berangan.. muga dapat menikmati keindahan ramadhan bersama suami bila anak-anak besar sikit nanti... Amin.
Jika saya berpeluang berpesan kepada adik-adik yang masih lagi duduk bersama orang tua, yang masih , lagi bujang.... manfaatkanlah masa itu sebaik-baiknya... Bukankah kita sedia maklum bahawa masa itu terus berlalu. Kita juga sedia tahu bahawa kita TIDAK TAHU apa akan jadi pada hari esok... lusa........ ujian apa yang kita dapat, tanggungjawab bertambah...
Fikir-fikirkan... sedalam mana cinta dan kasih kita pada agama kita... apa buktinya?.....

Wednesday, August 11, 2010
Ramadhan
Kita semua maklum tentang keistimewaan Ramadhan... setiap kali menghampiri... rasa berdebar-debar...
tiap kali menghadapi rasa tenang dan gembira...
sayu juga ada....
Ahlanwasahlan ya Ramadhan...
Muga kita semua bersemangat merebut peluang yg ada.... satu hari nnt kita tak upaya lagi...... sape tahu??

Monday, May 31, 2010
Kenapa Berubah...
Sejak beberapa hari ni saya terfikir... 'kenapa aku berubah?????'
Pernah kah anda terfikir seperti saya?? kenapa??
SAYA? saya rasa dan dapat rasakan saya telah berubah.. Saya lihat pesanan-pesanan yang saya terima... tidak kira dimana... d fb banyaknya.... banyak msg msg yang berbunyi "hai kakak ku...." "rindunya..." ................ sana sini kakakku...kakakku.... budi bahasa dan kesantunan yang baik.....
Saya terfikir............ saya DULU macammana?
Saya tidak mahu angkat bakul atau terjun bakul... Jika anda mengenali saya yang dulu tentu anda faham...
Manusia berubah sikap tentu bersebab. Fikir fikirkan kenapa kita berubah......
Antara sebab mengapa saya berubah, satunya ialah sejak adik saya terlibat dengan kemalangan dan lumpuh himgga sekarang... OKU la sekarang... tp sejak peristiwa itu, saya jadi kuat. Hati saya jadi batu... tak masuk lagi apa orang nak kata..... kutuk... hati perlu keras baru boleh menempuh hidup dengan cekal dan tabah... jika tidak..... saya mudah tersentuh dan menangis tak berenti.... semua kerja tak jadi...
orang kata saya lembut... tapi mungkin itu dulu........
Ketika lembut..... saya menangis setiap hari, orang, manusia... tidak menghargai.... mereka tetap mencari salah untuk diceritakan atau apa-apa saja untuk buat saya menangis... mereka tidak berbicara dengan baik... mereka sungguh menyakitkan.... jadi, saya tidak boleh hidup dengan keadaan terus2 begitu....
Keduanya, sebab berkahwin.. Aishhhhhh... sangat sukar untuk terangkan kenapa perkahwinan adalah antaya penyumbang kita berubah... Jika anda sudah berkahwin, mungkin anda boleh faham tidak perlu saya terangkan.
Perkara tersebut termasuk keterbatasan... ruang dan waktu... tidak semudah bujang, boleh kemana2 seorang diri. Tenangkan fikiran.... lihat keindahan alam. Dulu,saya suka ke pantai sorang-sorang... tengok burung-burung melompat2 main air laut... hurm tenang... Sekarang nak kepantai tidak boleh seorang diri, anak-anak tak sanggup ditinggalkan... atau tok sah senyum-senyu pandang laut...kena jeling nanti terus mati mood menikmati keindahan td.... haha...
Dulu, masa blaja jauh, rindu dengan ibu, ayah rumah adela... sesuka hati nak balik tak kira ada cuti ke tidak. Sekarang, aktiviti 2 orang punya... agak-agak la....... tak kan nak buat kepala sendiri macam bujang dulu, saya sedar siapa saya sekarang dan menghormati status tersebut. InsyaAllah.
Tanggungjawab... fikirlah sendiri... dulu dengan sekarang mana sama nilai tanggungjawab yang perlu digalas... tentulah ianya penyumbang 'kenapa saya berubah'
Ketiga, saya rasa persekitaran.... apa yang ada di sekeliling saya? itulah penyumbangnya.
Keempat, masalah. Hurm, yang ini tidak disangkal lagi.... Masalah adalah kepala yang mendorong kita berubah. Renung-renungkan, apa masalah anda, dan adakah ia membuatkan anda sedikit berubah??? hurm.
Dari itu, atas segala huraian diatas menimbulkan satu persoalan : 'Ada juga orang yang tidak berubah... Atas faktor apakah yang mendorong ianya TIDAK BERUBAH????'
Saya berpendapat.... jawapannya 'pendorong dan sokongan' anda setuju???
Pernah kah anda terfikir seperti saya?? kenapa??
SAYA? saya rasa dan dapat rasakan saya telah berubah.. Saya lihat pesanan-pesanan yang saya terima... tidak kira dimana... d fb banyaknya.... banyak msg msg yang berbunyi "hai kakak ku...." "rindunya..." ................ sana sini kakakku...kakakku.... budi bahasa dan kesantunan yang baik.....
Saya terfikir............ saya DULU macammana?
Saya tidak mahu angkat bakul atau terjun bakul... Jika anda mengenali saya yang dulu tentu anda faham...
gambar lama...
Antara sebab mengapa saya berubah, satunya ialah sejak adik saya terlibat dengan kemalangan dan lumpuh himgga sekarang... OKU la sekarang... tp sejak peristiwa itu, saya jadi kuat. Hati saya jadi batu... tak masuk lagi apa orang nak kata..... kutuk... hati perlu keras baru boleh menempuh hidup dengan cekal dan tabah... jika tidak..... saya mudah tersentuh dan menangis tak berenti.... semua kerja tak jadi...
orang kata saya lembut... tapi mungkin itu dulu........
Ketika lembut..... saya menangis setiap hari, orang, manusia... tidak menghargai.... mereka tetap mencari salah untuk diceritakan atau apa-apa saja untuk buat saya menangis... mereka tidak berbicara dengan baik... mereka sungguh menyakitkan.... jadi, saya tidak boleh hidup dengan keadaan terus2 begitu....
Keduanya, sebab berkahwin.. Aishhhhhh... sangat sukar untuk terangkan kenapa perkahwinan adalah antaya penyumbang kita berubah... Jika anda sudah berkahwin, mungkin anda boleh faham tidak perlu saya terangkan.
Perkara tersebut termasuk keterbatasan... ruang dan waktu... tidak semudah bujang, boleh kemana2 seorang diri. Tenangkan fikiran.... lihat keindahan alam. Dulu,saya suka ke pantai sorang-sorang... tengok burung-burung melompat2 main air laut... hurm tenang... Sekarang nak kepantai tidak boleh seorang diri, anak-anak tak sanggup ditinggalkan... atau tok sah senyum-senyu pandang laut...kena jeling nanti terus mati mood menikmati keindahan td.... haha...
Dulu, masa blaja jauh, rindu dengan ibu, ayah rumah adela... sesuka hati nak balik tak kira ada cuti ke tidak. Sekarang, aktiviti 2 orang punya... agak-agak la....... tak kan nak buat kepala sendiri macam bujang dulu, saya sedar siapa saya sekarang dan menghormati status tersebut. InsyaAllah.
Tanggungjawab... fikirlah sendiri... dulu dengan sekarang mana sama nilai tanggungjawab yang perlu digalas... tentulah ianya penyumbang 'kenapa saya berubah'
Ketiga, saya rasa persekitaran.... apa yang ada di sekeliling saya? itulah penyumbangnya.
Keempat, masalah. Hurm, yang ini tidak disangkal lagi.... Masalah adalah kepala yang mendorong kita berubah. Renung-renungkan, apa masalah anda, dan adakah ia membuatkan anda sedikit berubah??? hurm.
Dari itu, atas segala huraian diatas menimbulkan satu persoalan : 'Ada juga orang yang tidak berubah... Atas faktor apakah yang mendorong ianya TIDAK BERUBAH????'
Saya berpendapat.... jawapannya 'pendorong dan sokongan' anda setuju???
Friday, April 30, 2010
Hari Ini Dalam Sejarah
Ada apa dengan hari lahir?? sebenarnya saya tidak pernah menyambut hari lahir semasa kecil hinggalah tamatnya zaman sekolah. Cuma orang - orang tertentu sahaja yang memberi hadiah dan ucapan.
Berbeza dengan segelintir kawan-kawan yang buat majlis untuk menyambut ulang tahun kelahiran. Ibu saya tidak mendidik saya begitu, malah disuruhnya kami adik beradik berpuasa menyambut hari tersebut. Kata ibu "yang betulnya ikut bulan islam la!!"... KIkikikiki... Tapi... sampai sekarang aku ingat... bila tiba sahaja bulan rejab, terasa harumnya halaman hati menantikan 6 rejab... tanpa memberitahu sesiapa, dlm hati berkata "hari ni, hari jadi saya...".
Untuk itu, saya juga tidak pernah menyambut ulang tahun kelahiran anak-anak saya. Maksud saya, tidak membuat majlis untuk itu... cuma belikan hadiah untuk mereka dan menyediakan kek yang dibuat atau dibeli.
Sebenarnya saya berniat untuk berpuasa siang tadi.. tetapi, semalam saya dikejutkan dengan berita yang menyayat hati bikin saya terkenang-kenang dan sukar tidur.. akibatnya siang tadi kurang selera makan dan terasa nak minumm je.. hihi...kalu masalah tidur alamatnya memang macam tu lah... tambah pula dengan anak anak yang raijin la sangat-sangat, mau piung~~ piung~~~ kepala ini kurasakan, haha.
Hadiah apa yang saya dapat?? biarlah rahsia.. semalam lagi dah dapat hadiah tu, pagi-pagi buta lagi dah mengadap hadiah tu bersama suami, sedang yg lain masih diulik mimpi agaknye..

Thursday, April 15, 2010
Setahun, Husna.
Happy besday Husna..........
Sayang ibu ni dah setahun... cepat betul masa berlalu.. Sepanjang hari ni Husna suka menjerit.. Dah pandai apa lagi?? hurm... merangkak, belom lagi berjalan...hihi... comei je dia merangkak, x jemu ibu tengok.. bercakap pon belum lagi, bahasa2 husna la takad ni. Apa lagi... main air tok sah kata la, sangat suka main air Husna ni.. malah segala benda jadi mainan...hihi..
Dapat juga gamba gigi husna... x reti diam, bukan mudah nak ambil gamba ni..
Doa ibu, hanya yang terbaik untuk anak2 ibu...... mudah-mudahan.. Amin..

Friday, April 02, 2010
Untuk Abang dan Azem
Selamat Hari Jadi untuk abang dan Azem....
dah tentu doa ini hanya yang baik-baik, tidak terakam disini...
Sayang kalian... muga dunia akhirat dapat bersama....Amin.
Tak sempat nak tulis banyak-banyak... laporan lanjut dihari akan datang InsyaAllah.

Tuesday, March 23, 2010
Mahu lebih Aman....
Hanya mahu menulis dengan aman, selesa.. lebih jujur, luhur...
Jika ada curahan hati di sini...
Ketahuilah, blog ini bukan untuk tatapan umum....

Tuesday, February 23, 2010
Misi Penulis
Ada misi pulak...
haha... yap, aku berblog kali ini membawa beberapa harapan. Jika misi aku lari... aku pun tak tahu nak kata apa.... aku manusia biasa...
Antara misi aku kali ini ialah:

- Muatkan sukatan pelajaran sek agama neg. johor dari darjah satu samapi darjah khas (kalu buleh) merangkumi semua subjek yang ada Tauhid, Ibadat, Sejarah, Akhlak, Sirah, Muamalat, Munakahad, Fra'ed... kecuali Al-Quran (yang aku x berapa pandai tajwid taranum... hehe.. b.Arab yang aku tak fasih... tidak lah dapat aku muatkan semua...
- Kongsi berbagai tips yang berguna... contohnya... macam mana nak mengubah hantaran... masakan... tanaman... deco/ hiasan dalaman... jahitan... (tak banyak yang aku tahu sebenarnya.. tapi masih boleh dikongsi walaupun ciput..)
- pengalaman dan pengajaran (pengisian dan ganjaran nya adalah pengajaran...tauladan.. sempadan.. panduan) termasuk cerita jalan, anak... rumah... hihi... my rutin lah...
- Jika ada kraftangan yang ku hasilkan untuk jualan juga akan kumuatkan disini... hehe...
Monday, February 22, 2010
Pertemuan Sekali Lagi....
Assalammu'alaikum...
Sesungguhnya.......
Kasih sayang adalah perasaan yang lahir dari hati manusia...
manusia diberikan kasih sayang supaya mereka saling menyayangi... menghormati antara satu sama lain...
Kasih kepada ALLAH adalah yang utama kerana.... DIA lah yang menjadikan kita dan seluruh alam ini..
Kasih RASUL.. IBUBAPA.. KELUARGA... RAKAN.. JIRAN... HAIWAN... TUMBUH-TUMBUHAN...
(sukatan pelajaran AKHLAK darjah satu sek. agama neg. johor)
Apa yang penulis mahu samapaikan ialah...
blog ini dihasilkan (buat kedua kalinya) dalam hidup penulis.. bagi menghargai hayat yang telah dikurniakan oleh ALLAH SWT kepada penulis...
dengan itu, penulis dapat berkongsi sedikit sebanyak yang tidak seberapa ini... pengalaman, pengetahuan, persoalan, suka duka... disini... untuk santapan pengunjung sekalian...
Dengan rasa kasih... tersurat dan tersirat...
penulis cuba muatkan disini, dimana ada kelapangan waktu... selagi hayat.....
Untuk anak-anak... suami... serta teman-teman sekalian...
muga disini
ada sesuatu yang boleh dimanfaatkan...

Subscribe to:
Posts (Atom)