sabda

Sunday, August 28, 2011

Muga bertemu lagi..

Assalamualaikum pembaca,

Sayunya hati... hibanya rasa...
saat ini menitis lagi air mata...
Begitulah setiap kali kepenghung ramadhan...
setiap kali... setiap tahun...

Saya akui, saya tidaklah sebagus mana...
Ramadhan tersimpan seribu rahsia...
apa yg saya fikirkan tak terungkap dengan kata-kata...

Muga bertemu lagi ramadhan akan datang....
muga dipanjangkan usia dan dikurniakan kesihatan yang baik..
untuk kita terus mensyukuri..

perginya ramadhan kali ini...
muga kita dapat menambah nikmat
yang akan kita bawa bersama di bulan-bulan yang lain..
muga hari-hari berikutnya tidak dipersia...

Entah apa ujian untuk kita selepas ini...
suka atau duka...
muga 'sesuatu' itu...
kita terus beringat...

Sekalian,
dengan rasa kasih,
kita yang sama-sama menumpang disini..
Salam ke penghujung ramadhan, Aidilfitri kemenangan utk tidak melakukan kesilapan lagi..
mudah-mudahan...

[entah apa penulis catat disini...]
[tidak kutahu 'apa' selepas ini.. kiranya berhijrah.. muga ianya satu keimanan.. Amen..
muga  nikmat {perasaan} ini kekal dihati dengan izin mu ya Allah pengasih lagi maha pemurah..
amen...amen.. ya robbala'lamin..]

*tahun ini penulis beraya di johor, kemudian InsyaAllah ke tanah kelahiran suami di perak, muga perjalanan kita selamat, kepada semua berhati-hati di jalan raya.. InsyaAllah.

Friday, August 12, 2011

Hadir.

01.07.2011
Alhamdulillah, lama tak hadir ceramah agama sejak beranak kecil... Waktu begini (beranak kecil) biasanya ceramah-ceramah hencek itu banyak membaca, atau dengar dari youtube juga radio dan tv.  Dulu, dengan ibu atau bapa saudara.. tak kira dekat mana.. pasal ceramah agama yang mana boleh pergi.. pasti hadir.

Diharap dapat menyertai lagi, dan lagi ceramah-ceramah oleh Dr.Danial. Hencek itu memang sangat minati dr. ni... Jika ada ceramahnya di tv9 tu.. InsyaAllah x lepas peluang. 

Dr. Danial Zainal Abidin.


pengkaji Al-Quran dan sains.



Muhammad tertidur..


bersua juga..

Saya kagum dengan Dr...


Sedikit yang sempat saya catat saya kongsikan (secara ringkas) disini harap memberi manfaat.

Dr. kata kita ni orang islam konsep tak jelas, mesej Alquran kita tak tahu.. peta Allah kita tak nampak... kerana.. ramai antara kita sampai ketua mengaji, menghafal... kita tak tahu apa kita hafal.
  • untuk menjadi orang yang mengkaji mari sama-sama kita jadi orang yang mengaji dan mengkaji. Paling penting ialah memahami.
  • ada orang yang solat masuk neraka. kecelakaan menanti orang yang solat qada.
  • (mesej Alquran) baca, kuasai ilmu. Alat menapis dan menangkis. Mesej Islam, mesej untung. Sekadar percaya, sembahyang tidak, tak untung.
  • ibu bapa..  budaya ilmu bermula dari rumah. Ruang tamu dirumah letakkan Tafsir Al-quran : tafsir al-Azhar oleh Hamka. dengan itu tetamu boleh tengok.
  • Alam ada 2 dimensi. Yang dapat kita lihat dan yang maya tak dapat kita lihat. Langit yang dinaiki oleh Rasulullah adalah langit yang tidak dapat kita lihat.
  • Solat dari 50 tinggal 5. Itupun tak buat, sebab itu Allah humban masuk neraka. [ Ini skrip Aku, Aku cipta bumi ini. Aku tak minta pendapat kamu. who are you?! ]
  • Rumusan, Israk mikraj bukan sains.
  • Jangan hanya mengaji, hendaklah mengaji dan mengkaji
  • Jangan hanya membaca butiran huruf, memahami tanpa huruf.

Kawan-kawan boleh google macam-macam tentang kajian dr.Danial. Dekat youtube boleh dengar ceramah dr. Jika hadir ceramah dr. jangan lupa kongsikan yea.. Muga kita dilandas yang betul. Bangkit!

sekian.

Wednesday, August 10, 2011

Tafsir Al-Quran : Surah Al- Ikhlaas (bahasa melayu)

Surah Al-Ikhlaas
Surah ke-112 : 4ayat


Dengar bacaan Surah Al-Ikhlaas

Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; (Al-Ikhlaas 112:1)

"Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; (Al-Ikhlaas 112:2)

"Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; (Al-Ikhlaas 112:3)

"Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya". (Al-Ikhlaas 112:4)


Rujukan:


1. http://www.surah.my/1

2. Al-Quran dan terjemahan Rasm Uthmani
     (DAR EL- FAJR)

Seekor burung tumpang berehat~

Sedang penulis asik menyusun kain, ambik, ambik.. dan ambik lagi penyangkut baju... tadaaa... uish tergezut. nampak eko dan tubuhnya yang cumel..

apa nama burung ini?


Tat kala ibu masuk rumah terlompat-lompat ambik kamera, Muhammad juga terlompat-lompat dari belakang ikut ibu keluar nak tengok apa ada.. dzul itu kemudiannya terkepak-kepak sambil melompat-lompat kegembiraan. Cik Husna sedang tidur..

Tak mau kacau, silakan bermalam dengan tenang, esok pagi saya guna ampaian yea...
[berangan nak beli rumah burung yang kecil, letak ditaman mini itu~]

Salam ramadhan.

Monday, August 08, 2011

Tafsir Al Quran : Surah Al-Faatihah (bahasa melayu)

Surah Al-Faatihah


Dengar bacaan Surah Al-Faatihah

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (Al-Faatihah 1:1)
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam (Al-Faatihah 1:2) Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (Al-Faatihah 1:3)
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat) (Al-Faatihah 1:4) [1]
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (Al-Faatihah 1:5)
Tunjukilah kami jalan yang lurus. (Al-Faatihah 1:6) [2]
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. (Al-Faatihah 1:7) [3]

1. Yaumiddin (hari pembalasan), hari waktu manusia menerima pembalasan amalnya, baik atau buruk. Disebut juga yaumul qiyamah, yaumul hisab dan sebagainya.

2. Jalan yang lurus, yaitu jalan hidup yang benar, yang dapat membuat bahagia di dunia dan di akhirat.

3. mereka yang dimurkai, adalah mereka yang sengaja menentang ajaran Islam. Mereka yang sesat adalah mereka yang sengaja mengambil jalan lain selain jalan Islam.

Rujukan:
1.http://www.surah.my/1

2.Al-Quran dan terjemahan Rasm Uthmani

     (DAR EL- FAJR)


note: Jom manfaat Ramadhan... ;)

Aku Reddha.

Aku redha atas setiap ujian berunsur nikmat atau yang sebaliknya... Diatas segala ketentuanNya, dalam kembara menjadi muslimin yang sejati. Semuga dengan ini, hari ini lebih baik dari semalam, esok lebih baik dari hari ini dan begitulah berikutnya hingga ke akhirnya nanti.

Allah maha mengetahui atas setiap apa yang telah ditentukan. Allah maha mengasihani, DIA memberi kepada siapa yang dikehendakiNya. Tidak kira nikmat mahupun ujian.

Semoga dengan ini menjadikan kita lebih baik, InsyaAllah, dan tergolong dikalangan mereka-mereka yang dikasihiNya.

Amen.

Friday, August 05, 2011

Jumpa Sebelum Ramadhan

Alhamdulillah. Dah masuk 5 Ramadhan kan... keap ja masa berlalu. Sebelum menyambut ramadhan saya sempat kerumah sahabat Nisak. Nasib baik nisak belom bertugas lagi, bolehlah berbalas kunjungan ;).

kami sejak dari sekolah, ke asrama tingkatan 6 sampai la ke ipta bersama
hingga ke hari ini, ukwah itu masih terpelihara, syukur padaMu ya Allah..

gambar-gambar disini adalah gambar biasa-biasa yang jadi 'hot' dek rakan-rakan
sekolah di fb.. ;) akeke.. jangan jeles kawan-kawan!


dekat rumah acik nisak banyak buah~

SEGAR dari laman nisak..

selasih

selasih yang segar beberapa saat ja dia mengembang..

macam balik kampung rasanya! mejoriti SEGAR dari omak nisak! heh heh!!

Walaupun saya terlajak highway menjadikan perjalanan hampir dua jam, tapi tak rasa penat, kunjungan tersebut sangat bermakna buat kami mahupun anak-anak..
Pengalaman yang mencuit hati apabila masuk tNgo tapi takde kad TnGo.. abih lori dan bas kena mengundur atas arahan jurutol.. nasib baik keduanya gelak dan tersengih besau.. kalau dierg marah-marah abih le aku.. Jurutol juga sangat la baiknya.. akeke... Alhamdulillah. (nak jugak selit cerita sebagai kenangan).