sabda

Showing posts with label Permata Hati. Show all posts
Showing posts with label Permata Hati. Show all posts

Monday, May 02, 2011

Ibu sayang kamu~

Dikesempatan ini, bagai nak cerita macam-macam tentang anak-anak..
Semalam, April sudah berlalu... bukan untuk kami 4 beranak.. yang kesemuanya lahir dalam bulan tersebut.
Hari ini, siang tadi... puas saya bawa anak-anak membeli belah dari pasar raya ke pasar ikan (pasar busuk kata azem)..
lepas magrib husna pengsan dulu tanpa susu, kemudia azem.. keletihan...
encek? demam.... jadinya agenda saya anak beranak sungguh enjoy tanpa peraturan-peraturan yang membosankan... hahahHHHHH!!! berjalan, makan, membeli... ikut ibu pula... yahuuuuu!!!!
Pastinya jejak pml saya beraloi.. kalau tidak... jangan harap ya.... [sungguh tak sabar nak tepek gambar pml untuk peminat~] Semoga semuanya berjalan lancar, InsyaAllah.
Ganjaran, saya dah beli ketam banyak-banyak untuk encek itu senyum~ :D

Alhamdulillah,
kembali pada tajuk. Anak-anak yang baik... InsyaAllah, Alhamdulillah..
Tat kala saya membelek pml.. kedua-duanya tak bising pun.. sabar tunggu ibu.. tat kala ke pasar ikan.. kedua-duanya enjoy... azem pegang adik, adik pegang ibu... saling jaga-menjaga antara keduanya. Mereka saling menyayangi walaupun salah satunya selalu menangis rasa teraniaya mungkin.

Husna.

Husna sangat mengambil berat segala perihal abangnya.
Jika azem mandi, dia segera kebilik membuka laci baju azem, siap bawa keluar baju abang dia... kadang-kadang cepat-cepat bawa tuala depan pintu bilik mandi.
Bila azem buang air... seluar campak entah mana... berlari husna ambil seluar azem dan tunggu azem depan pintu... terkekeh-kekeh ketawa tengok kemaluan azem... haish.

Bila husna nak biskut, menangis-nangis minta sekeping lagi untuk azem... padahal azem x mau.
Bila nak makan, berlari ambik pinggan untuk azem, cawan azem... azem x buat macam tu pun, azem buat macam ibu "husna, ambik pinggan husna..." huhu...

Bila nak keluar rumah, husna akan pastikan azem dah keluar pintu... jika belum... "jim...jim...jim!!!" jerit bukan main supaya abang azem ikut dia... Kadang-kadang bergenang air mata takut abang azem kena tinggal.



dia boleh panjat naik atas sinki semata-mata nak basuh tangan kononnya [main buih sabun!]
udah le sinki tu uzur~ husna ibu...

manja dengan ayah..
 Bila sebut pasal ayah, kalau ayah nak keluar bekerja, kemain lagi dia melambai, ada kala sampai ke pagar... kalau ayah balik... berlari sambut ayah dengan jeritnya lagi... kalau ayah pergi kedai dengan abang azem sahaja... tahan dia menangis... 30 minit?? 1 jam?... x de hal. huhu... dari menangis kuat-kuat sampai tinggal esak-esak ja.. :)

ibu sayang kamu~

teman, kawan, adik abang azem..

dengan ibu misti la manja.... :)

Husna sedang belajar menyebut sesuatu dengan betul.. (masih dalam bahasa sendiri) ada juga patah perkataan yang dapat disebut dengan baik...

Pastinya doa kami yang terbaik untuk anak-anak... semoga menjadi anak yang soleha sayang...



sekian untuk kali ini,
Assalamualaikum.

Wednesday, April 13, 2011

Bila bertemu kawan lama, anak-anak pula berkawan~

Gambar ni saya ambik masa jumpa Nisak. Sempat juga ambik gamba, rasa macam kelang kabut... hahah... Husna saya yang meragam pada waktu itu... yang lain terkawal tau...


ya...main...main... jangan hirau cik siti tu ya... entah apa ragam dia hari tu...

eh, pandai pula nak main-main dengan Alissa sambil-sambil meragam tuh!

Husna... tengok rambut dia, cumel sangat!!

Bagi saya detik ni sangat bermakna... masa tu saya dapat rasa kalau saya beranak 4... hahahah (berangan)... mudah-mudahan ada rezeki InsyaAllah... mengingatkan saya kata-kata Azem tak kira masa... "ibu, ayah kata dia nak adik ramai tau!!" huh~ InsyaAllah, kita tunggu cik Husna besar sikit...

Nisak, terima kasih bagi i pinjam anak-anak u.... Husna dan Alissa... kedua-duanya pandai bawa diri, anak-anak yang baik.. Alhamdulillah.

Saturday, April 09, 2011

Ulangtahun kelahiran kedua-dua hero saya.

Alhamdulillah, 2 April lepas genaplah usia Muhammad Dzul Azem 4 tahun, dan ayahnya 32 tahun.
Hadiah apa?? rahsia~   *v*

Sebagai ~suka-suka~ ada jugalah kek untuk keduanya. Bukan ada sape pun cuma kami anak beranak yang mengadap kek tu... :)


kek beli.

6 ke 7 kali tiup lilin. Buat main.

ok rasa dia... ada buah potong2 dlm kek ni.

Tuesday, March 29, 2011

Kasut murah~

Kasut yang macammana kalian sediakan untuk anak-anak? Macammana kalian memilih kasut?? berdasarkan warna? rekabentuk? harga?? atau apa??

Saya? Biasanya waktu memilih kasut anak-anak saya akan tengok tempat.. saya tidak masuk ke kedai crocs, scholl, kickers,clark dan sewaktu dengannya untuk membeli kasut anak. Jika kalian berkemampuan, punya peruntukan untuk permata hati apa salahnya kan.
Bagi kami, kami tidak memperuntukkan kasut yang mahal untuk anak-anak, dari anak yang pertama kasut hanya semahal rm60 kebawah. Tempat membeli kasut samaada kedai-kedai kasut biasa, atau bata atau ruang jualan kasut kanak-kanak di jusco.

Tak tahu lah kalau tetiba en.abang mahu pulak membeli yang 1k kebawah untuk anak-anak? hurm.. (mcm x mungkin) hahahahHHH!!!



kasut macam ni menjadi pilihan saya sewaktu anak baru belajar berjalan, waktu ini anak perlukan kasut yang bertapak nipis dan lembut supaya mudah untuk anak melangkah. Harga rm20 kebawah.

Teringat masa Azem baru belajar berjalan, bantai kasut rm10 sahaja, tapak getah atas kain nipis.


kasut yang ini pula menggantikan kasut diatas yang sudah sempit dipakai dek husna.. harga rm49.90. Masih memilih tapak yang lembut dan selesa walaupun murah.

ini kasut azem, errkkk... kasut ka ni??

Warna masih penting bagi saya, haruslah yang sesuai denga si pemakai. Rekabentuk? juga masih penting... murah pun... tengok juga bentuk dia macammana, senang disarung/ dipakai? selesa? begitulah hendaknya perihal saya memilih kasut anak. : )

bila melihat kanak-kanak lain bergaya dengan kasut berjenama beharga 200 keatas, hati saya terdetik.. 'wow, mahe tu... beruntung si anak.. dah byk simpanan tu... x pa..' . :)
Terpulang pada kita sebagai ibu bapa mahu mendidik anak macammana, tepuk dada tanya selera. Wallahu'alam biswb..

Saturday, March 06, 2010

Permata Hati...

Sebelum ruang ini dihiasi dengan cerita dan informasi yang lain,
pondok kecil ini bertambah serinya bila saya menampal foto-foto ini...
Memang betul, setiap ibu bapa merasakan anak mereka lah yang tercomel dlm hidup mereka... ALLAH swt. itu maha ADIL setiap apa yang telah diaturNYA adalah yang TERBAIK.


Muhammad Dzul Azem tertidur kepenatan.

Siti Husna bongsu setakat ini.

Moga dengan izin ALLAH swt. anak-anak ku punya akhlak yang baik, iman yang utuh serta bekalan ilmu yang sempurna seupayanya...