sabda

Friday, April 30, 2010

Hari Ini Dalam Sejarah

Ada apa dengan hari lahir?? sebenarnya saya tidak pernah menyambut hari lahir semasa kecil hinggalah tamatnya zaman sekolah. Cuma orang - orang tertentu sahaja yang memberi hadiah dan ucapan.
Berbeza dengan segelintir kawan-kawan yang buat majlis untuk menyambut ulang tahun kelahiran. Ibu saya tidak mendidik saya begitu, malah disuruhnya kami adik beradik berpuasa menyambut hari tersebut. Kata ibu "yang betulnya ikut bulan islam la!!"... KIkikikiki... Tapi... sampai sekarang aku ingat... bila tiba sahaja bulan rejab, terasa harumnya halaman hati menantikan 6 rejab... tanpa memberitahu sesiapa, dlm hati berkata "hari ni, hari jadi saya...".

Untuk itu, saya juga tidak pernah menyambut ulang tahun kelahiran anak-anak saya. Maksud saya, tidak membuat majlis untuk itu... cuma belikan hadiah untuk mereka dan menyediakan kek yang dibuat atau dibeli.

Sebenarnya saya berniat untuk berpuasa siang tadi.. tetapi, semalam saya dikejutkan dengan berita yang menyayat hati bikin saya terkenang-kenang dan sukar tidur.. akibatnya siang tadi kurang selera makan dan terasa nak minumm je.. hihi...kalu masalah tidur alamatnya memang macam tu lah... tambah pula dengan anak anak yang raijin la sangat-sangat, mau piung~~ piung~~~ kepala ini kurasakan, haha.

Hadiah apa yang saya dapat?? biarlah rahsia.. semalam lagi dah dapat hadiah tu, pagi-pagi buta lagi dah mengadap hadiah tu bersama suami, sedang yg lain masih diulik mimpi agaknye..

Wednesday, April 28, 2010

Kek Keju

Saya rasa ini adalah resepi termahal yang pernah saya dapat.. ya, sebagai peminat dan pengemar kek keju, sudah pasti resepi ini sangat mahal bagi saya. Rasanya sangat teruk dan tak patut saya dapat resepi ini dengan percuma!! heh heh heh...

Resepi asal saya dapat dari pn normi, sila klik resepi asal  jika mahu  mencuba, setelah mencuba resepi asal, barulah berani ubahsuai resepi tersebut utk pembikinan kali ke2 dan berikutnya bagi menyesuaikan dengan selera.. berikut adalah kek keju k4 yang saya buat semperna besday azem dan ayahnya beberapa minggu lalu..


Kali pertama dan ke dua membikinnya saya tidak menggunakan aluminium foil, agak lulus la untuk makan anak beranak.. kalu mertua ada... urm.. malu...malu... hiks hiks hiks..


untuk lapisan atas:

sebuku krim keju seberat 250gm 
4 sudu susu pekat manis
1 sudu besar gula halus
2 biji telur (x kira gred apa saya guna 2 - 3 biji).
1/2 biji  lemon
3 keping keju (guna yg slice juga) - dicairkan : guna bekas kecil dan bakar atas api perlahan
2 sudu besar tepung gandum

lapisan bawah:

3 keping biskut tawar
4 keping biskut cip coklat
3 sudu susu pekat manis
1 sudu gula halus
5 sudu badam cincang
3 susu mentega  (ikut keperluan supaya adunan lembut)
2 sudu kismis

cara membuat:

Buat lapisan bawah dulu.
kisar semua biskut. campur dengan bahan-bahan  yang lain (kecuali kismis) dan adun sehingga sebati. bila adunan sebati dan agak lembut (tidak melekat) mampatkan dalam bekas pembakar. tekan-tekan adunan tersebut supaya mampat.

setelah adunan mampat, tabur kismis di atasnya.

Cara membuat lapisan atas;
Saya hanya menggunakan senduk kayu ketika kali pertama membuat kek ini.. tapi hasilnya sama saja dengan menggunakan mixer.
Pukul krim keju sehingga lembut, masukkan telur dan pukul lagi sehingga sebati dan kembang. Masukkan gula, susu pekat manis, perahan lemon dan keju yg telah dicairkan, pukul lagi hingga sebati. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan pukul hingga semuanya sebati.

Curah diatas lapisan yang pertama tadi, bakar selama 40 minit dengan suhu 150dC.
Jika nampak kek sudah kekunungan tu.. bolehlah di angkat. Jangan tunggu dia naik macam kek span..kikiki.. dia memang  tak naik sangat.. saya rasa kek saya diatas sudah hangus sedikit.. 

Sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dipotong.

Bagi mereka yang pernah rasa, rata-rata menyatakan bahawa kek tersebut tak de beza dengan secret  recipes.. WOW!! Okey.
Selamat mencuba.

* sorry ema... lambat berminggu-minggu tunggu resepi nih.

Thursday, April 15, 2010

Setahun, Husna.

Happy besday Husna..........
Sayang ibu ni dah setahun... cepat betul masa berlalu.. Sepanjang hari ni Husna suka menjerit.. Dah pandai apa lagi?? hurm... merangkak, belom lagi berjalan...hihi... comei je dia merangkak, x jemu ibu tengok.. bercakap pon belum lagi, bahasa2 husna la takad ni. Apa lagi... main air tok sah kata la, sangat suka main air Husna ni.. malah segala benda jadi mainan...hihi..



Dapat juga gamba gigi husna... x reti diam, bukan mudah nak ambil gamba ni..
Doa ibu, hanya yang terbaik untuk anak2 ibu...... mudah-mudahan.. Amin..

Friday, April 02, 2010

Untuk Abang dan Azem

Selamat Hari Jadi untuk abang dan Azem....
dah tentu doa ini hanya yang baik-baik, tidak terakam disini...
Sayang kalian... muga dunia akhirat dapat bersama....Amin.

Tak sempat nak tulis banyak-banyak... laporan lanjut dihari akan datang InsyaAllah.

Thursday, April 01, 2010

Berikut adalah salinan daripada yahoo mail yang saya terima. Perlu ke kursus-kursus sebegini???
jika ada yang mahu... silakan.. kerana saya tak boleh, dan tidak mungkin buat masa ini..


Salam sejahtera Jus,
Adakah anda ingin mengetahui rahsia-rahsia ini?


[+] fahami seseorang melalui PANDANGAN

PERTAMA?

[+] mencari KESERASIAN dalam membina

hubungan sosial, keluarga dan kerjaya?


[+] memahami KEKUATAN & KELAMAHAN

seseorang melalui personaliti mereka?


[+] apakah teknik berkesan dan bagaimana

MEMPENGARUHI seseorang mengikut

personaliti mereka?
Jika YA...
Saya sarankan untuk anda tidak melepaskan

peluang menghadiri kursus "Di Sebalik Personaliti"
======================================

[1] Tajuk Kursus: "Di Sebalik Personaliti"


[2] Tarikh: 3 April 2010 ( 9am - 5pm )

Sabtu ini.

[3] Tempat: JomTraining Center 1,

Bdr. Tasik Selatan, KL

Lokasi klik di bawah:

-> http://www.jomtraining.com/lokasijtc.html
[4] Anjuran: Xplore-Resources.com

======================================
==================

MODUL KURSUS:

==================

1) Profile Analisis DISC

- Bagaimana Mengenali Profile Seseorang

- Mengenali Karektor dari Pandangan

Pertama


2) Karektor & Profile Bersangkut

- Persekitaran Mempengaruhi Karektor

- Pergaulan Mempengaruhi Karektor


3) Kaitan Karektor & Elemen Kerja

- Hubungan Elemen dengan Kerjaya

- Hubungan Elemen dengan Jawatan


4) Membina Keserasian

- Kenali karektor orang lain

- Cara membina keserasian
==================

SIAPA HARUS HADIR?

==================

- Ahli perniagaan

- Warga MLM

- Orang awam yang berminat untuk

mendalami Profile Personaliti supaya

dapat membantu individu untuk memahami

diri serta orang tersayang dengan

lebih baik.
Jus,
Jangan lepaskan peluang ini. Jika

ditempat lain yuran kursus seperti ini

boleh mencecah lebih RM500.
Tetapi kini pihak Xplore-Resources hanya

mengenakan yuran RM180/seorang sahaja
Ya... hanya RM180 sahaja!
Memang murah giler tu!... Tapi kena

cepat kerana mereka hanya terima

15 orang sahaja!



Untuk pendaftaran sila hubungi:

Anne: 013-471 5409, Sue: 016-9067 006



Anda juga boleh download lampiran

program yang ada dalam emel ini.
Sekian. Wassalam


Ikhlas

Zaki Yusof
019-2626 101
http://www.jomtraining.com/