sabda

Tuesday, December 27, 2011

Hari-hari 'Terima Kasih'..

Nak ucap 'terima kasih' setiap hari sebelum tido... segan... Tapi, dari dasar hati.. setiap hari saya berterima kasih..

Syukur ke hadrat Illahi, 6 tahun sudah. Terima Kasih ya Allah.. Terima Kasih, engkau memberi segala nikmat dalam ujian dan rahmat tanpa aku sedar semuanya kerana Engkau maha pengasih.. Semakin aku bersyukur semakin aku terang ujian dari air mata itu adalah untuk kebahagiaan yang ingin Kau sampaikan rentetan itu.. Rasa bahagia yang Engkau berikan ya Allah... muga membawa kami kepada sebuah keluarga yang sakinah, InsyaAllah..

Terima kasih suami, hari-hari... terima kasih...
[apa lagi ucapan, kita dua ja yg tahu k..] haha..

SamBut?? kami tak pernah sambut bagai... toleh kebelakang banyak juga yang telah dilalui susah senang pahit manis bersama = indahnya! Syukur alhamdulillah..
Petang itu sedikit dari jadual saya, belah malam adalah jadual pak hencek..


memang ramai... belah depan tu kaum adam, sebelah pemisah juga dipenuhi kaum adam..


keletihan, tika ini Muhammad juga sudah lena dekat ayahnya..

Memandangkan anak2 dan ibunya keletihan.. almaklum sampai jb dari terengganu sudah hampir jam 2pagi, jadinya letih perjalanan itu sangat-sangat dirasai setelah semalam 2 kali ngulang paka-dungun tengok rumah sewa sebelum berangkat ke jb..

Minggu sudah, seminggu di jerantut, 4 hari di paka... owh.. letih... Maka en.suami akur untuk pulang kerumah sebelum kuliah abis.. Muga kita bertemu lagi dengan ustaz di terengganu pula, InsyaAllah..

Sekali lagi terima kasih, terima kasih........ ;)

Friday, December 02, 2011

Husna dah baik demam.

Syukur Alhamdulillah,
anak-anak demam dah sihat :)))))
bermula dengan muhammad, kemudian husna pula menyusul... azem mmg cukup serasi dengan ubat 'cina' setiap kali demam cepat sembuh. syukur. Husna, mungkin sebab dia tak boleh telah ubat itu... mmg susah sikit le...

29/11/11

muhammad besuka ria disitu!

sian tangan yang munggil itu.....

sayang-sayang kami.

M:"yeai... hotellll..." Hotel?????


dari kenikmatan yang dirasakan oleh muhammad, maka dia pun 'berkarya' disitu. stiker.


 kisahnya, mula-mula doktor tu kata, x de apa2 yang teruk, boleh balik. bila en.suami yang budiman sebut 'wad'.... tetiba doktor tu pun up sikit suntikan jiwa untuk saya.. 'kalau panas sangat boleh sawan..' serta merta saya kata, ok, masuk wad.

Syukur, semuanya dah sihat.

Tuesday, November 15, 2011

Sambut Aidiladha Di Jerantut

Lama tidak menulis, rasa kelu bila memikirkan nak mula dari mana... disini, seperti biasa banyak cerita yang dilangkah... kisah Aidilfitri pun tak masuk lagi... sibuk? ya, begitulah... [ceh, x malu ngaku... ahaks].

Saya, rasanya bagai tidak pernah beraya di tempat lain selain di kampung, samaada di rumah ibunda atau mertua. Saya pernah beraya Aidiladha di Hospital Kota Tinggi sebulan/dua bulan masa adik saya koma. Tubuhnya kaku... takbir raya pagi tu lengang... berjurai airmata tanpa ibu bapa saudara mara disisi.. Allahuakbar.

Kali ini bukan dirumah ibunda atau mertua.. hajat ibu nak beraya di jerantut rumah anak sulungnya bila dia rasa takde sape di adela... Saya macam biasa akan akur dengan pilihan suami. Tidak kira mana pilihannya, saya ikut. Tapi Muhammad bujang kecil nak ikut tok pa.. siap tak mahu ikut ibu balik rumah sebab nak naik kereta tok pa pegi jerantut.. takut ibu tak pegi sana... Walaupun abang-abang di sana selalu mengalah dengan perbuatan Muhammad, adakala sampai menangis-nangis.. tapi abang-abang menunggu kehadiran Muhammad untuk bersuka ria hingga tido nak sebantal.. [sayang le tuuu... hihi.]

Sarapan selepas solat raya..

dengan pml... ekekee... ;)

nama yang HARI-HARI disebut muhammad..

sampai tak de selera ya Muhammad~~~


sila lah... sila lah!!

tempat masak ketupat dan panaskan lemang.


gambar yang mencuit hati... bergusti sambil jaga songkok..

"ei husna, husna pompuan.. tengok ada bunga dekat baju husna.. mana boleh ikut abang.." ( :Muhammad )

melor makan angin.




manja dengan pak ngah..

Mudah-mudahan lepas ni kita dapat berkurban pula, InsyaAllah.. dengan izin Mu ya Allah..  Petang raya kami kerumah mertua along... Hidangan utama di sini ialah rendang daging kerbau.. dimaklumkan mereka lebih kepada daging kerbau berbanding lembu.

Seminngu di jerantut.. InysaAllah, teruja untuk masukkan cerita lain.. :)

Saturday, October 29, 2011

Punca, jenis dan kaedah terbaik menyahkan Kahak..

Ahad lalu saya demam tak semena-mena ja.. 2 minggu menjaga anak demam biasa la ibu pula menyusul.. Nasib baik en.suami ada.. kemudian, batuk pula.. Saya bertanya kepada hencek.. dari mana kahak tu datang?.. hencek pun jawab.. dia pun tak pasti, dan meminta saya tanya sendiri dengan kahak tu.. Iskh, org ni sungguh-sungguh la nunggu jawapan yang saintifik.. semakin hari, semakin pekat warna kahak.. tentulah sangat membimbangkan.
Berikut adalah hasil google saya berkenaan dengan kahak.


Sumber: kosmo online ; SHANIKA ABDULLATIB


SERINGKALI sesetengah orang berdehem pada awal pagi untuk membuang lendir kahak yang seolah-olah melekat di dinding tekak mereka.
Berdehem serta batuk yang kuat itu pula kadangkala mengganggu orang lain terutama jika ia dilakukan di tempat awam.

Menyentuh mengenai lendir kahak, persepsi masyarakat yang mengaitkannya dengan resdung tidak dapat dielakkan walaupun kedua-duanya tiada kaitan.
“Tiada istilah tentang resdung dalam dunia perubatan. Malah kebanyakan individu mengaitkan resdung dengan cara yang salah,” ujar Pakar Bedah Telinga, Hidung dan Tekak (ENT), Hospital Pakar Ampang Puteri, Dr. Aminuddin Saim.

Menurut beliau, tekak berkahak merupakan keadaan di mana belakang tekak membengkak dan ini membuatkan penghidapnya berasa tidak selesa.

“Tekak kadangkala hanya mengalami sedikit bengkak atau keradangan namun tiada lendir. Ketidakselesaan ini membuatkan otak mengatakan terdapatnya lendir.

“Oleh kerana otak menganggap ada lendir di situ, aktiviti berdehem atau batuk secara kuat dengan tujuan mengeluarkan lendir tersebut selalu menyebabkan tekak berdarah,” ujarnya sambil menunjukkan keratan rentas model anatomi bahagian tekak.

RONGGA hidung yang bermasalah boleh menjadi punca kepada pencetusan kahak ekstrem.
Menjelaskan dengan lebih lanjut, menurut Aminuddin, secara amnya, penyakit berkaitan kahak terbahagi kepada dua jenis iaitu kahak berunsur alahan dan kahak disebabkan jangkitan kuman daripada sinus.

“Jerebu, habuk serta alahan menjadi penyebab kehadiran kahak yang lazim bagi penduduk di negara bercuaca panas seperti Malaysia.

“Justeru, kahak jenis ini akan timbul apabila seseorang itu terdedah secara langsung atau tidak kepada alahan ini dan pulih dalam masa yang singkat,” katanya.

Bagi sinus akut, ia terjadi apabila terdapat bakteria pada lendir kahak dan jika dibiarkan akan menyebabkan kahak tersebut berbau. Warnanya juga berubah menjadi hijau atau kuning.

Membuka rongga hidung

Namun, jelas Aminuddin, keadaan hidung pesakit yang abnormal turut menyumbang kepada berlakunya kahak ekstrem.
“Terdapat individu yang mempunyai hidung sempit atau abnormaliti pada anatomi hidung dan sinus serta tekaknya. Justeru, kewujudan kahak adalah normal,” terang beliau.
                                                                AMINUDDIN SAIM
Aminuddin menjelaskan, pengambilan antibiotik merupakan cara terbaik dalam merawat kahak daripada jenis sinus akut.
Malah 70 peratus daripada pesakit yang menderita kahak ekstrem sembuh dengan pengambilan antiobitik secara teratur.

“Pembedahan membuka rongga hidung yang mempunyai nanah selepas menjalani imbasan CT merupakan kaedah terakhir dalam merawat penyakit ini,” tegas Aminuddin.

Tambahnya, selain daripada pemberian antibiotik, pesakit juga boleh dirawat dengan menggunakan penyembur khas bagi membuka rongga hidung dan sinus.

Bagi kahak berkaitan alahan, Aminuddin berkata, tiada satu kaedah khusus bagi merawat kahak jenis ini.
“Apa yang penting, pesakit perlu tahu masalah alahan mereka serta mengelakkan daripada terdedah kepada alahan tersebut. Tambahan sekarang dengan keadaan cuaca yang tidak menentu, mengelakkan diri daripada jerebu serta habuk amat penting,” katanya.

Dalam pada itu, kanak-kanak juga tidak terlepas daripada mendapat kahak ekstrem sekiranya mereka mempunyai sejarah penyakit asma, ekzema serta alahan.
“Namun, yang baiknya, kanak-kanak memberi tindak balas yang amat memberangsangkan terhadap antibiotik dan merupakan kaedah rawatan terbaik bagi mereka,” kata Aminuddin.

Kahak ekstrem hijau dan berbau [kosmo 29 oktober 2011]


*saya dan anak-anak mengamalkan madu setiap hari, sarapan pagi saya roti potong cicah madu, air madu.. gatal-gatal tekak dah reda, mungkin kandungannya yang mencukupi untuk berfungsi dengan baik sesuai dengan badan saya [ceh, pandai2 pulak] InsyaAllah, madu kan ubat..
"Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, didalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Rabb) bagi orang-orang yang memikirkan". (QS. An-Nahl, 16: 69)

Namun, jika kahak tidak beransur pulih, kena juga ke klinik untuk dapatkan antibiotik bagi mengelakkan ianya berpanjangan. Kalau dha batuk berkahak begini, kepala pun berattt ja rasa.. ~_~

Wednesday, October 26, 2011

Pokok Pelam Dalam Pasu [Dari halaman yang terhad]

Kali ini penulis nak berkongsi gambar dan pengalaman penulis sebagai tuan pokok pelam yang penulis tanam di dalam pasu. Sape kata x de tanah x boleh berpokok pelam... boleh tau, dimana ada kesungguhan, kemahuan, disitu ada jalan InsyaAllah... Ada beza ka pelam atau mangga??

Kisahnya bermula dengan keinginan nak berpokok yang berbuah untuk dimakan bila musimnya.. Antara dalam senarai ketika itu ialah pokok pisang, pokok rambutan dan pokok pelam. Ketiga-tiga pokok dalam senarai merupakan pokok-pokok yang boleh berbuah semasa pokoknya tidak terlalu besar. Pokok pisang pun dah ada yang mini kan... dah banyak kali saya jumpa pokok pisang paras pinggang saya ja ha... buahnya besau dan lebat... mana nak dapat benih tu aaa????...

Saya beli anak pokok pelam ini dengan harga rm14.00 dengan ketinggian 1.5 kaki. Sekarang pokok ini dengan ketinggian 3 kaki.

gambar 30/09/2011

selepas bercambah baru dia terus berbunga... saya sangat teruja dan tentulah gumbira...

kemudian dipenuhi dengan putik-putik baru.. ketika gambar diambil lebih 50% putik telah gugur kerana hujan yang sangat lebat dan angin kuat..

gambar 13/10/2011

gambar 18/10/2011

cuaca berubah, sangat panas.. panas yang menyebabkan kesemua pokok-pokok saya macam dibakar, pokok-pokok lain daun layu, kecut kuning dan ada yang terus kering. Manakala buah pelam terus kecut dan gugur kesemuanya..





Okeh. Penulis redha dengan nasib buah pelam tersebut memandangkan pokok tersebut masih kecil dan baru dalam 6 - 10 bulan penulis membelanya. [ tak ingat berapa bulan.. tapi belum setahun].
Ada rezeki besar dia nanti merasa la buah dia...

Untuk kalian yang mahu menanam pokok pelam dalam pasu.. cari benih pokok 'kawen' dia akan cepat berbuah dan untung-untung pokoknya takde la besar sangat sesuai dengan rumah yang tidak punya laman yang luas. Saya gunakan baja tahi ayam untuk semua pokok-pokok saya kecuali orkid.

sekian.

Wednesday, October 19, 2011

Gunung Pulai.

Aktiviti bersama di hari terakhir syawal.. tempat yang paling hampir untuk anak-anak main air yang sejuk... gunung pulai.




*gambar 28/09/2011

saat ini anak2 mengira hari ayah pulang...
rindu ayah..

Tuesday, October 18, 2011

Biarkan saja...

Biarkan saja bagi orang yang sengaja menyakiti kita..
asal dia bukan sesiapa bagi kita..
biarkan dia berlakon dan apa-apa lah...
asal kita tidak menambah dosa kita..
bersyukur jika sejahat-jahat manusia itu tidak hampir disisi kita..
biar dia jauh, supaya kita tenang mendidik hati kita dengan cara yang lebih baik..
bukan mangsa syko manusia yang berhati busuk.

Hey,
kita punya amanah bukan?..
jaga amanah kita, langsai tanggungjawab kita..
dosa org lain usah dikira..
dosa kita yang seharusnya kita bilang...

Mari,
sarung kasut itu.
jom, perjalanan kita masih jauh mungkin..
siapa tahu?~


~penulis bukan hyperbola~

Wednesday, October 12, 2011

Mimpi.

Terkejut dari mimpi...
4.00 pagi... menangis sambil berwuduk...
solat dan mengaji...

kisah saya seperti dulu...
dengan adik saya berkongsi cerita..
keadaannya seperti dulu...boleh berjalan dan berbual dengan saya..
dalam mimpi itu..
tat kala saya sedang sibuk dia menyatakan bahawa dia perlukan satu rawatan disebuah klinik yang terpencil,
saya tidak menemaninya,
dimaklumkan dia pergi ke klinik itu tidak kembali lagi,
tapi saya masih tetap tidak menemaninya membuat rawatan itu,
setelah dia pergi ke klinik yang sangat jauh itu...
saya bertanya kepada ibu, nanti dia tidak pulang...
kami menangis kerana tidak menemaninya...

tat kala ini seluruh perasaan luruh saya kembali lagi....
hanya Allah yang maha mengetahui,
semoga semuanya baik-baik sahaja...
saya seorang wanita yang sering didatangi mimpi..
hanya Allah yang mengetahui..
Allahu Akbar!
Allahu Akbar!
Allahu Akbar!

Sunday, September 18, 2011

Cuma coretan biasa : masak tanpa aji.

Salam syawal untuk pengunjung, kawan-kawan, saudara saudari muslim sekalian.

Hampir ke penghujung syawal. Nampaknya saya masih belum berkesempatan untuk menulis cerita raya atau lain-lain post yang saya rasakan menarik. Terasa sangat terhimpit dengan perjanjian [tugasan], tempahan [masih ada yang belum terhantar!], disamping tugasan rutin yang lain.

okeyh.
Berkenaan dengan tajuk, atas permintaan saya cuba juga untuk tulih pasal aji ni.
menulis dengan wayar yang berselirat saya masih berharap agar penulisan ini tidak mengecewakan pihak-pihak tertentu.

Memasak tanpa aji bukanlah perkara asing bagi saya.
Tambahan pula jika ramuan kita mengandungi kicap, sos , belacan,  atau lain-lain perisa tambahan selain garam, maka agak kejam juga lah kita jika masih menambah aji.

kenapa saya tak gunakan aji??
kerana selalu juga kita dimaklumkan perisa tambahan aji tak bagus untuk kesihatan..
saya agak 'kalah' dengan aji... jika makan makanan ringan yang kaya dengan perisa juga.. saya akan pening-pening, loya... rasa terawang-awang... rambut gugur...

adakah saya memang tak gunakan aji??
Ada juga masakan yang saya letak aji. contohnya pada masakan yang saya rasa.. 'mcm tak lengkap rasanya' seperti... sup tulang. Sup tulang kalau tak 'kaw' apalah artinya... kan?!
lagi.... untuk tetamu.....(bergantung pada menu juga) entah le, takut tetamu x puas ati... jadinya... tetamu kalau tak mau aji bagi tau awal-awal yea.... :)

contoh masakan yang tak perlu aji yang biasanya orang letak aji??
sambal. bagi saya lada tu dah sedap... kena dengan ramuan yang mencukupi seperti bilis, garam, bawang... maka aji tak perlu dalam sambal saya.
Saya pernah buat sambal 3 rasa tanpa menggunakan sos! saya kisar sendiri tomato untuk gantikan sos tomato.. ditambah dengan hirisan nanas, lobak merah... owh, fikir-fikirkan supaya kita juga kreatif di dapur...

lagi, antara yang tidak memerlukan 'aji' ialah, rendang, masak lemak, sayur, kari, sup ayam, gulai masam.... banyak lagi.

Untuk sup ayam tu, kalau kita cukup penumis yang awal-awal masuk dlam minyak panas, diikuti dengan bahan-bahan tumis yang lain, ada pula lobak merah, kentang... daun sup, daun bawang... garam secukupnya dah cukup beri rasa sedap pada sup..

lagi... macam kari tu... cukup bahan-bahannya seperti lengkuas, halia, tomato dan lain-lainnya... pun begitu... cukup memberi kesan 'rasa' yang lengkap...

Untuk santapan orang-orang yang kita sayang saya akan cuba elakkan penggunaan 'aji' dalam masakan..
begitu juga dengan gula.. kalau boleh elakkan, elakkan!

Bersama-samalah kita menjaga kesihatan keluarga kita..  :D

~ harap dapat menulis isu ini dengan lebih terperinci lagi pada masa akan datang, sekian Assalamualaikum.

Sunday, August 28, 2011

Muga bertemu lagi..

Assalamualaikum pembaca,

Sayunya hati... hibanya rasa...
saat ini menitis lagi air mata...
Begitulah setiap kali kepenghung ramadhan...
setiap kali... setiap tahun...

Saya akui, saya tidaklah sebagus mana...
Ramadhan tersimpan seribu rahsia...
apa yg saya fikirkan tak terungkap dengan kata-kata...

Muga bertemu lagi ramadhan akan datang....
muga dipanjangkan usia dan dikurniakan kesihatan yang baik..
untuk kita terus mensyukuri..

perginya ramadhan kali ini...
muga kita dapat menambah nikmat
yang akan kita bawa bersama di bulan-bulan yang lain..
muga hari-hari berikutnya tidak dipersia...

Entah apa ujian untuk kita selepas ini...
suka atau duka...
muga 'sesuatu' itu...
kita terus beringat...

Sekalian,
dengan rasa kasih,
kita yang sama-sama menumpang disini..
Salam ke penghujung ramadhan, Aidilfitri kemenangan utk tidak melakukan kesilapan lagi..
mudah-mudahan...

[entah apa penulis catat disini...]
[tidak kutahu 'apa' selepas ini.. kiranya berhijrah.. muga ianya satu keimanan.. Amen..
muga  nikmat {perasaan} ini kekal dihati dengan izin mu ya Allah pengasih lagi maha pemurah..
amen...amen.. ya robbala'lamin..]

*tahun ini penulis beraya di johor, kemudian InsyaAllah ke tanah kelahiran suami di perak, muga perjalanan kita selamat, kepada semua berhati-hati di jalan raya.. InsyaAllah.

Friday, August 12, 2011

Hadir.

01.07.2011
Alhamdulillah, lama tak hadir ceramah agama sejak beranak kecil... Waktu begini (beranak kecil) biasanya ceramah-ceramah hencek itu banyak membaca, atau dengar dari youtube juga radio dan tv.  Dulu, dengan ibu atau bapa saudara.. tak kira dekat mana.. pasal ceramah agama yang mana boleh pergi.. pasti hadir.

Diharap dapat menyertai lagi, dan lagi ceramah-ceramah oleh Dr.Danial. Hencek itu memang sangat minati dr. ni... Jika ada ceramahnya di tv9 tu.. InsyaAllah x lepas peluang. 

Dr. Danial Zainal Abidin.


pengkaji Al-Quran dan sains.



Muhammad tertidur..


bersua juga..

Saya kagum dengan Dr...


Sedikit yang sempat saya catat saya kongsikan (secara ringkas) disini harap memberi manfaat.

Dr. kata kita ni orang islam konsep tak jelas, mesej Alquran kita tak tahu.. peta Allah kita tak nampak... kerana.. ramai antara kita sampai ketua mengaji, menghafal... kita tak tahu apa kita hafal.
  • untuk menjadi orang yang mengkaji mari sama-sama kita jadi orang yang mengaji dan mengkaji. Paling penting ialah memahami.
  • ada orang yang solat masuk neraka. kecelakaan menanti orang yang solat qada.
  • (mesej Alquran) baca, kuasai ilmu. Alat menapis dan menangkis. Mesej Islam, mesej untung. Sekadar percaya, sembahyang tidak, tak untung.
  • ibu bapa..  budaya ilmu bermula dari rumah. Ruang tamu dirumah letakkan Tafsir Al-quran : tafsir al-Azhar oleh Hamka. dengan itu tetamu boleh tengok.
  • Alam ada 2 dimensi. Yang dapat kita lihat dan yang maya tak dapat kita lihat. Langit yang dinaiki oleh Rasulullah adalah langit yang tidak dapat kita lihat.
  • Solat dari 50 tinggal 5. Itupun tak buat, sebab itu Allah humban masuk neraka. [ Ini skrip Aku, Aku cipta bumi ini. Aku tak minta pendapat kamu. who are you?! ]
  • Rumusan, Israk mikraj bukan sains.
  • Jangan hanya mengaji, hendaklah mengaji dan mengkaji
  • Jangan hanya membaca butiran huruf, memahami tanpa huruf.

Kawan-kawan boleh google macam-macam tentang kajian dr.Danial. Dekat youtube boleh dengar ceramah dr. Jika hadir ceramah dr. jangan lupa kongsikan yea.. Muga kita dilandas yang betul. Bangkit!

sekian.