sabda

Tuesday, April 26, 2011

Terung dari laman.

Ha, syok kan? orang terung dari ladang, kita terung dari laman jadi la kan....

Ini merupakan kali pertama saya menanam terung. Mulanya saya tanam dalam pasu, lama dalam pasu tumbesarannya lambat. Bila dah pindahkan ke tanah... cepat ja dia membesar, berbunga dan berbuah.

:D almaklum, tanah sikit macam2 nak letak situ... berhimpit-himpit dengan
pokok kari, daun kesum, ulam raja, bendi dan rosell.

gambar: 26 mac 2011

segar! sedia untuk melengkapi bahan dalca.

Amat berbeza dengan terung yang dibeli dekat pasar/kedai. Terung yang baru dipetik keras luar dan dalam, tekan tak lekok.
Saya petik terung ni buat kuah dalca menemani nasi minyak (kadang-kadang macam rajin~)
Biasanya terung masak apa? saya? antara menu terung: terung goreng cili, terung goreng bilis, terung bakar dgn lada putih, terung + kuah kari, terung + kuah lodeh/ kuah lontong, terung masak lemak dan... terung masak asam. Rasanya itu sahaja yang saya tahu...

dari itu, jom tanam sayur!! segar, jimat, organik! :)

Monday, April 25, 2011

Kereta owh kereta!

Nyatanya kerinduan terhadap WAJA amatlah ketara apabila terkenang saat-saat manis saya dan waja tersebut. Membawa azem keklinik setiap bulan merupakan tugas rela saya setiap bulan selepas habis berpantang, begitu juga dengan husna. Teringat macammana azem dalam kereta tersebut.. azem dan husna bila dah ada husna.. trip ke langkawi dengan kereta tersebut sekembalinya en.suami dari jeddah. Owh, waja!
lagi... kekedai bunga saya.. owh, saya sangat suka bergerak dengan sendirinya... Jika keadaan menjadi sukar dek kerana sesuatu hal barulah saya minta bantuan en.suami, atau apabila en.suami sendiri yang mahu memberi khidmatnya... Bagi saya, selagi keadaan saya boleh kawal dia tak perlu membazir waktu 'bertugas', tambahan saya sememangnya suri rumah sepenuh masa, rasa tidak beharga status tersebut jika masih mengharap segala benda pada suami. Namun, keadaan mendorong kami menjual kereta tersebut. Semakin hari harganya semakin turun, jika kami terus menyimpannya suatu hari nanti kami mahu tukar kepada yang lain... Makanya kami jual kereta tersebut tatkala dah habis bayar pun... x dak hutang lagi.. (tak pa, itu cuma kereta yang pasti bertukar ganti jika itu kemahuan tuannya..)


model  terbaikk... huhu
bertuah juga sape yang beli... jarang guna~ bahagian dalam seperti baru.. masih ada bahagian berplastik lagi..

masih cantik lagi...

Kembali kepada pangkal cerita..

YA, semenjak menyahkan waja dari hidup kami, nampak gayanya tak menang tajuk bila berjumpa saudara mara.. sibuk bertanya 'siapa' penggantinya... Bila saya jawab 'tak fikir lagi...' nyatanya memberi gambaran 'pelik' pada wajah-wajah itu. Sekali sekala saya akan jawab 'mungkin JAGUAR'... mengusik atau saja bergurau memberi gambaran sesuatu yang tidak mungkin kerana harganya mencecah juta ringgit... (abih dah betul x de jawapan...) ;D dan pernah mendapat reaksi yang memuaskan hati saya kerana pihak yang sangat memahami sikap saya... (banyak-banyak perkara jarang yang saya simpan dalam hati, saya tak suka memeningkan kepala saya sendiri... melainkan pihak tersebut benar2 melampau.. itupun saya takkuasa fikir dan fikir...) pakusu dan seorang sepupu saya antara mereka-mereka yang memahami saya... mereka pun jawab 'tu nak bunuh diri...', sorang lagi kata... 'tengok-tengok dia bawak balik viva ja...' ayah saya pula menyambung 'nak letak durian 3 biji pun garu kepala' (kebetulan sambil belah durian)... tergelak besar lah mereka masa tu... (muahahahahah!! bagus, reaksi yang ngam dengan kepala saya)

Jaguar XF

Terus terang, tak fikir pun. Mungkinkah bukan urusan saya? atau kerana saya tak pernah menang membuat pilihan?? hahahhah..... Owh, kereta bukanlah satu isu yang besar bagi saya. Mungkin saya tak rasa lagi tak berkereta... begitu ke?? Alhamdulillah sepanjang tempoh berkahwin en.suami dapat kemudahan kereta company... jika bertukar syarikat maka bertukar lah kereta... beberapa kali kereta baru (masih bersampul plastik) syarikat akan bagi. Alhamdulillah. Nyatanya kami hanya memerlukan sebiji kereta buat masa ini. Anak pun belom bersekolah. Si waja dulu berganti bateri 3/4 kali setahun kerana tidak digunakan... bila saya kata ' nak pegi tesco kejap'... sampailah en.suami depan rumah. Makanya memang ta berjalan kereta tu.

Pernah en.suami tanya nak kereta apa.... saya tunjuk dan... "macam tu, cantik sangat tu..." maka... jawapannya pula.. "tu tak bolehla... ingat toke balak ke? itu setengah juta tau.." saya sungguh tidak faham...  (manala saya tahu harga kereta... saya cuma tunjuk) Jika kereta 100k keatas sungguh saya tidak boleh terima... harganya boleh kita miliki sebiji rumah lagi... rugi bagi saya.

Kali ini saya berkenan tengok yang ini pula...
Tapi lebih baik jangan tanya saya nak yang mana.

cadillac escalade

yang ni bape inggit pulak bang? buleh ke? nak anta anak pi skulah ja ha..
(kompem x kan tanya saya lagi..)

Pastinya, kereta apa pun tak kisah, tapi soal keselesaan perlu diambil kira untuk jalan jauh.. Banyak juga kereta yang ok, selesa.. dengan harga yang murah.
sekian.

Monday, April 18, 2011

Kabinet Dapur

Entah kenapa, seminggu saya mabuk dengan gambar-gambar english deco, seminggu saya keja add spesis itu di fb... dari almari putih yang menawan hingga lah yang bergantung didinding masuk pula kedapur dengan pinggan mangkuk yang lawa-lawa... hampir ngueng saya jadinya demi mengisi masa  yang sengaja  dilapangkan itu.
Alkisahnya malam tadi saya cuba melakar gambar kabinet dapur idaman. Saya rasa tepu la pulak.. hahah... atau mungkin dah letih seharian dengan berbagai urusan.

Ai, mandat en.suami bagi saya melukis dapur idaman.. harus saya tunjukkan sesuatu... takkan tarik diri kot...

Takpe, kita rayau puas-puas... mungkin, lama lagi nak berdapaur yang cantek itu.. :)




Dua gambar diatas rekaan yang agak ringkas, yang pasti KEMAS.


warna kayu dan putih... cantik!


sejuk mata memandang~

saya juga mahu kerusi pada dapur kering...

Owh... cantik kombinasi warna dia.. untuk dapur kering cantik niii...



masih ingat gambar yang ini??? :) masih memberi inspirasi pada saya. Sukakannya!

Saya impikan sinki yang mengadap halaman belakang, ada tingkap disitu, dan sekurang-kurangnya dapat melihat sepasu pokok yang cantik.

Sedikit cerita untuk diabdikan disini...

Assalamualaikum.

Rasa macam lama sangat tak bekarya. Berikutan hp saya terjatuh dari bumbung rumah kami, makanya tak dapat nak letak gambar disini tentang aktiviti yang saya rasakan menarik dalam 2 minggu sudah. Antaranya ke pantai dan besday husna.... naik jambatan SDE!!! Tang naik jambatan SDE tu lagi sedih sebab tak dapat ambik gambar... hp menyepikan diri. Ya, apa2 gambar yang saya ambik semua guna hp... nampaknya kena cari bateri baru untuk guna kamera lama semula... :D

Lagi.... naik jambatan danga bay yang masih dalam pembinaan... Aish, teruja setiap kali dapat masuk site en.abang... dapat tengok lori-lori keluar masuk site dengan bahan binaan yang dibawa... suka!! sebab anak-anak suka!! heh heh...

lagi.... kerumah contoh yang sangat cantik reka bentuknya... yang ini sangat-sangat mengujakan... rumah tersebut memiliki 4 ruang luar tanpa bumbung... satu bahagian di hadapan rumah, satu di tepi, dan dua lagi di belakang rumah... owh... saya sangat megimpikan rumah seperti itu. Komen en.suami lokasi rumah tersebut tidak menarik, berhampiran dengan perkampungan orang asli dan jalan masuknya merentas sebuah kampung, jauh pula dengan kedai... Lokasinya sangat berhampiran dengan laut... boleh direntasi memalui jambatan danga bay nanti..
Bagi saya, kawasan tu tenang.. (eh, orang seni memang lain jiwanya kan~) hahah.. saya suka merentasi perkampungan tu.... mengubat rindu kampung tasek dan gudang garam saya di segamat... Eh, takpe jauh sikit dari kedai, jimat duit kita... heh heh... bukan jauh sangat pon, nk ke danga bay 5 minit ja... kipmart pon tak jauh sangat... boleh beli ikan dekat nelayan... :)
Ruang udara/reka bentuk rumah tersebut sangat menarik, dan sesuai untuk duk terperap dalam rumah tu.... saya boleh berkebun sayur di tepi rumah... boleh bertaman mini dihadapan rumah, berehat-rehat minum teh dibelakng rumah... bilik anak dan bilik utama ada ruang udara yang baik... Aishhhhhhhhhhhhhhhhh.... angau lah.... huhu...

Walaumacammanapun, jauh disudut hati sangat bersyukur dengan apa yang ada..... walaupun ruang udara/pengaliran udara yang tak berapa baik, saya masih boleh bekarya di hadapan, dan belakang rumah... dalam rumah juga... jika ongkosnya banyak... hahah... Apa yang meluntun hati cuma selalu terserempak dengan cina mabuk bawak kereta... aish... mana-mana pun ada orang mabuk kan... kelemahan lainnya, tak de ruang lagi dibelakang rumah... jadinya jika di dapur tok sah la nak menjamu mata dengan pokok-pokok belakang rumah.... (aish, boleh letak pasu...tp panas sangat, buka-buka pintu terus jalan tar tempat lori gas lalu lalang).. Tepi rumah memang x de ruang udara langsung mahupun kiri atau kanan...
(eh, kita masih buat pilihan untuk keselesaan hidup kan...) :D
'hencek cayang... bulehlah mempertimbangkannya'.... heh heh... sian saya duk ghumah... heh heh... (NGEGADA!!!) muahahahah....

Wednesday, April 13, 2011

Bila bertemu kawan lama, anak-anak pula berkawan~

Gambar ni saya ambik masa jumpa Nisak. Sempat juga ambik gamba, rasa macam kelang kabut... hahah... Husna saya yang meragam pada waktu itu... yang lain terkawal tau...


ya...main...main... jangan hirau cik siti tu ya... entah apa ragam dia hari tu...

eh, pandai pula nak main-main dengan Alissa sambil-sambil meragam tuh!

Husna... tengok rambut dia, cumel sangat!!

Bagi saya detik ni sangat bermakna... masa tu saya dapat rasa kalau saya beranak 4... hahahah (berangan)... mudah-mudahan ada rezeki InsyaAllah... mengingatkan saya kata-kata Azem tak kira masa... "ibu, ayah kata dia nak adik ramai tau!!" huh~ InsyaAllah, kita tunggu cik Husna besar sikit...

Nisak, terima kasih bagi i pinjam anak-anak u.... Husna dan Alissa... kedua-duanya pandai bawa diri, anak-anak yang baik.. Alhamdulillah.

Saturday, April 09, 2011

Ulangtahun kelahiran kedua-dua hero saya.

Alhamdulillah, 2 April lepas genaplah usia Muhammad Dzul Azem 4 tahun, dan ayahnya 32 tahun.
Hadiah apa?? rahsia~   *v*

Sebagai ~suka-suka~ ada jugalah kek untuk keduanya. Bukan ada sape pun cuma kami anak beranak yang mengadap kek tu... :)


kek beli.

6 ke 7 kali tiup lilin. Buat main.

ok rasa dia... ada buah potong2 dlm kek ni.

Friday, April 08, 2011

Perjalanan parcel saya ke Sarikei Sarawak.

E.ntah apa yang akan saya merapu disini... saya minta maaf.. hahah... yang pasti saya mahu berkongsi cerita tentang perjalanan barang yang saya pos ke Sarikei Sarawak. Beginilah peniaga online agaknya..

Semalam saya sms seorang pelanggan saya untuk memastikan beliau terima barang saya dengan selamat. Barang tersebut bernilai rm90 dan kos pos rm13, haruslah saya risau.  Jika rm10 sekalipun harga barang saya, saya tetap risau, ini soal amanah bagi saya sebagai peniaga online.

Sayangnya cik penerima memberitahu beliau belum terima barang tersebut. Ini amat mengejutkan saya.
22/03/11 tarikh penghantaran sehingga 07/04/11 haribulan tak mungkin bagi saya barang tersebut belum sampai. Sudah lebih dari 2 minggu!!
okey. Saya semak online. semak sini dengan no rujukan yang saya simpan. Apa yang saya lihat, perjalanan yang sangat menarik untuk parcel tersebut.. anda mahu tahu??
yang keluar lebih kurang macam ni:

proses time                                          post office                      status
1. 22 march 2011         11:33:43am     GPO JB                        Pengeposan di kaunter GPO JB
2. 22 march 2011         04:15:42pm     PDC JB                        Terima pengeposan
3. 22 march 2011         07:54:42 pm    PDC JB                        send item to Sarikei
4. 25 march 2011         04:20:50am      PDC sibu                     send item to PDC sibu
5. 26 march 2011         09:40:38am      sarikei                           out for delivery
6. 26 march 2011         11:27:26am      sarikei                          Delivered
7. 04 april 2011            12:15:17pm     pos laju alor setar         Send item to JB
8. 06 april 2011            01:22:06pm     PDC JB                       call card send  to customer
9. 07 april 2011            09:30:21am     PDC JB                        out for delivery
10. 7 april 2011            10:35:13 am    PDC JB                        delivered

Apa yang saya faham pada awalnya ialah barang tersebut sudah sampai ke Sarikei post office. Mungkinkah barang tersebut berpatah balik ke JB??? Ada tulis DELIVERED pada 26 mac bermakna penerima sepatutnya sudah terima barang tersebut.

Untuk menjawab persoalan ini, saya google alamat pejabat pos sarikei. Saya masuk ke sini dan saya call no yang ada 083-411212. En. Ajis Sapari yang menjawab panggilan menyatakan beliau di pejabat pos Kabong Sarawak, bukan sarikei... huhu.  En. Ajis sangat bersopan santun dan beliau akui parcel tersebut telah dihantar ke Sarikei. Katanya beliau ada terima parcel tersebut di kabong, dan beliau telah menghantarnya ke sarikei. Owh, begitu perjalanan parcel saya.. Sudah tu...  En.Ajis bagi pula no telefon pejabat pos sarikei 084-656122.

Okeyh... ini cerita musti bagi selesai.... saya terus call no yang en.ajis bagi tu... Yap, pejabat pos sarikei... kali ini En. Faris pula menjawab panggilan. Bila di semak.... Barang tersebut telah selamat sampai ke rumah penerima pada 26 mac 2011. Owh, benarlah seperti dalam jadual diatas. En. Faris ni siap bagi nama penerima lagi... huhuhu.... harus~ dimanakah kesilapan disini sehingga pelanggan saya kata masih belum terima lagi barang tersebut??

Apa kisah parcel itu ya?? atau penerima saja bagi saya wisau... huhu... nakal ya... owh... risau.... saya akan update kisah parcel ini pada komen dibawah setelah saya dapat jawapan terbaru dari customer saya.. InsyaAllah.. buat panduan peniaga-peniaga online seperti saya.. :)