sabda

Wednesday, November 24, 2010

Ayam bakar berempah

Ayam Bakar

Belom apa-apa terus ja tayang gambar ayam bakar. Begitulah hendaknya dalam delima meng-edit gambar ni... Huwaaa....

Entah kenapa saya sekarang sangat gemar membakar ayam, ikan... kalau blh udang, sotong...ketam... semua saya nak bakar... sayur-sayur sekali. Prosesnya sangat mudah.. bersihkan, perap bahan, bakar. Lebih mudah dengan menggunakan nonstick pan.

Berbalik pada resepi yang ingin saya kongsi..

Bahan-bahan:
  • Ayam ikut suka nak banyak mana. Saya hanya guna 4 ketul ayam seperti gambar diatas. Bersihkan dan toskan, masukkan kedalam mangkuk yang sesuai.
  • satu sudu kecil garam
  • sedikit serbuk kunyit
  • satu sudu jintan dan ketumbar
  • 1cm halia
  • 1cm lengkuas
  • sebatang serai
  • satu sudu rempah kurma
  • 1/4 cawan santan jika suka (saya x letak)
  • sedikit gula jika suka (saya x letak)
cara-cara membuat:

  1. satukan dan kisar dengan sedikit air jintan, ketumbar, halia, lengkuas dan serai (kisar dengan santan jika mau letak santan)
  2. satukan bahan yang dikisar dengan bahan-bahan yang lain (termasuk ayam)
  3. perap 30min - 1 jam
  4. panaskan nonstick pan dengan api perlahan ~ masukkan ayam yang diperap. Curah sebahagian air perapan diatas ayam dan tutup. Balikkan dan curah baki air perapan diatas ayam, tutup lagi. masak sehingga semua bahagian masak dengan sempurna. Saya lebih suka masak dengan menutup bahagian atas kerana seluruh isi ayam hingga ketulang dapat masak dengan sempurna dalam masa 15 hingga 20minit.
Jika anda tidak menggunakan nonstick pan, bolehla bungkus ayam tersebut dengan aluminium foil dan masukkan kedalam avon atau kuali dan tutup.

Selamat mencuba.





Posted by Picasa

Monday, November 01, 2010

Kegilaan Mengubah Bunga

Kawan-kawan dan juga kenalan terdekat yang sedia maklum wujudnya kedai bunga saya tentu sudah sebal dengan kegilaan 'saya dan bunga'.  Sejak saya berpindah dan kedai juga tidak mampu diusahakan, banyak bunga-bunga didalamnya menjadi sepi, serinya dalam suram. Kesiannn.... Kasih saya pada bunga-bunga tersebut tak lari mana, masih ada didalam hati. Banyak juga antaranya yang saya bawa balik kerumah dan digubah.. Dan banyak juga yang sudah ber-tuan menyerikan ruang-ruang yang dikasihi tuan masing-masing.

Perancangan saya adalah untuk memenuhkan kedai dengan barang-barang perhiasan rumah seperti  almari gantung, lampu kecil, pasu, cermin, dan berbagai lagi barang perhiasan rumah termasuk pinggan mangkuk.. Tentunya lari dari tema asal kedai saya iaitu perkahwinan yang memerlukan belaian yang lebih rapi untuk membuat gubahan dan sebagainya. Namun saya masih mahu mengekalkan gubahan bunga didalam kedai tersebut.

Untuk informasi, saya sekarang aktif mengubah bunga dirumah memenuhi permintaan pelanggan setia. Alhamdulillah cukup untuk mewarnai hari-hari saya dirumah. Ada sedikit gambar yang saya boleh muatkan disini untuk tatapan sekalian.... Ada banyak yang sudah terlepas tidak bergambar... dijemput menjamu mata...
RM 25.00
Sold
(jika berminat boleh hubungi saya)

RM24.00 (bunga sahaja) pasu milik pelanggan - sold.
Jika anda punya pasu untuk saya gubahkan : sila hubungi saya~

Owhh... saya sangat sukakan yang ini...
RM 44.00

Yang ini bukan untuk dijual, namun.. jika anda berminat sila hubungi saya
RM 65.00

Hiasan dirumah saya. Jika berminat
RM 40.00

Lagi, hiasan dirumah
RM56.00 (sepasang)
Perhatian: Saya akan sediakan gubahan baru untuk mana-mana gubahan yang bukan untuk dijual sekiranya anda berminat.

Sekian.