sabda

Showing posts with label pokok. Show all posts
Showing posts with label pokok. Show all posts

Wednesday, October 26, 2011

Pokok Pelam Dalam Pasu [Dari halaman yang terhad]

Kali ini penulis nak berkongsi gambar dan pengalaman penulis sebagai tuan pokok pelam yang penulis tanam di dalam pasu. Sape kata x de tanah x boleh berpokok pelam... boleh tau, dimana ada kesungguhan, kemahuan, disitu ada jalan InsyaAllah... Ada beza ka pelam atau mangga??

Kisahnya bermula dengan keinginan nak berpokok yang berbuah untuk dimakan bila musimnya.. Antara dalam senarai ketika itu ialah pokok pisang, pokok rambutan dan pokok pelam. Ketiga-tiga pokok dalam senarai merupakan pokok-pokok yang boleh berbuah semasa pokoknya tidak terlalu besar. Pokok pisang pun dah ada yang mini kan... dah banyak kali saya jumpa pokok pisang paras pinggang saya ja ha... buahnya besau dan lebat... mana nak dapat benih tu aaa????...

Saya beli anak pokok pelam ini dengan harga rm14.00 dengan ketinggian 1.5 kaki. Sekarang pokok ini dengan ketinggian 3 kaki.

gambar 30/09/2011

selepas bercambah baru dia terus berbunga... saya sangat teruja dan tentulah gumbira...

kemudian dipenuhi dengan putik-putik baru.. ketika gambar diambil lebih 50% putik telah gugur kerana hujan yang sangat lebat dan angin kuat..

gambar 13/10/2011

gambar 18/10/2011

cuaca berubah, sangat panas.. panas yang menyebabkan kesemua pokok-pokok saya macam dibakar, pokok-pokok lain daun layu, kecut kuning dan ada yang terus kering. Manakala buah pelam terus kecut dan gugur kesemuanya..





Okeh. Penulis redha dengan nasib buah pelam tersebut memandangkan pokok tersebut masih kecil dan baru dalam 6 - 10 bulan penulis membelanya. [ tak ingat berapa bulan.. tapi belum setahun].
Ada rezeki besar dia nanti merasa la buah dia...

Untuk kalian yang mahu menanam pokok pelam dalam pasu.. cari benih pokok 'kawen' dia akan cepat berbuah dan untung-untung pokoknya takde la besar sangat sesuai dengan rumah yang tidak punya laman yang luas. Saya gunakan baja tahi ayam untuk semua pokok-pokok saya kecuali orkid.

sekian.

Friday, July 29, 2011

Pokok yang cerewet...

CEREWET? perangai ke apa.. hihi.. macam x sesuai gitu nuduh pokok cerewet...
kita yang kata kan? dah dia x sesuai duk dengan cuaca yang panas...

Saya sukakannya. Saya letak dibawah pokok yang rendang nak bagi dia sejuk. kalau letak depan rumah memang la berbumbung dia.. tapi situ haba.. panas.

yang mana satu? yang tengah-tengah itu. cun bangat...


masa baru beli penuh bunga.. lepas tu banyak kuntum-kuntum yang baru..
tidak berapa lama itu.. dia me-layu..

Apa jadi? saya pun dengan bersemangatnya pindahkan dari pasunya.. dan letak dekat dengan tingkap.. bagi dia redup dan supaya dia tak kena air hujan..kot-kot terlebih air... (kan dah kata tadi haba) ya, haba disitu memang panas. Keadaan dia sekarang kritikal. Kalau ada doktor... dia akan kata 'berserah ja la, tak boleh harap apa-apa lagi' gitu le.

berserah.

layu habis dah.

tapi saya tetap siram h a r i - h a r i.

demi kasih.

Wednesday, July 13, 2011

Tragedi orkid bunga hijau dan cara-cara mengasingkan / memindahkan sepasu orkid yang sarat.

Kisah ini saya kongsikan tanpa cerita yang panjang. Kejadian ini sangat menyayat hati saya kerana orkid hijau itu sedang berbunga lebat dan sedang rancak mengeluarkan tunasnya. Harap, ada penggantinya.

bukan pasu ja pecah.

batang pokok hancur blh rasa bila disentuh.

menitik air mata~

Saya telah pindahkan orkid tersebut kedalam pasu yang lain. Walau hari demi hari ia semakin layu. Tak mengapa, saya sudi menatapnya walaupun ia layu.

Tumpang tanya, pokok apa dibawah tu ya? orkid ke anggerik? tak pernah mengeluarjkan bunga lagi.. Pun tidak mengapa, saya sabar menunggu...
Pokok yang gemuk ni sarat dengan akar, agak sukar nak keluarkan dari pasu. Sepatutnya saya perlu rendam bahagian pasu pokok ini semalaman supaya senang untuk dilongkahkan.


Mula-mula agak senang longkahkan akar dari pasu disertakan dengan air. Tetapi, dek kerana akar yang bersebut, daun pun dah keluar dari celah-celah lubang pasu (belah tepi) tak dapat la nak tarik daun tu..nak potong sayang! cara yang mudah ialah, pecahkan pasu.


pecahkan pasu.

pasu yang ada tu kita pecahkan lagi ketuk pakai tukul tu ha.

bahagi kepada dua bahagian dan masukkan kedalam pasu yang lain. Sertakan dengan serpihan pasu yang pecah tadi dan arang. Siram paling tidak sehari sekali. kalau tinggalkan 3-4 hari balik kampung... x de hal...

arang dari kebun pak usu. ;)

sekian, cintailah alam sekitar!

Saturday, May 28, 2011

Orkid.

Penulis sangat teruja untuk berkongsi gambar orkid miliknya yang tidak seberapa itu. Akan tetapi kerana ketiadaan kamera maka penulis tidak dapat menepek gambar terbaru orkid-orkid yang sedang berbunga dengan lebatnya.... @_@

Berikut sedikit gambar yang sempat penulis rakamkan  lebih kurang 3 minggu sudah :

Saya bangga dengan orkid yang ini, setiap kali tengok orkid ni, saya tersenyum...
dia x pernah berenti berbunga, x pernah.... MasyaAllah~

Tengokkk... itu tunas bunganya lagi... sekarang sedang kembang...
dan ada lagi tunas bunga yang lain, Alhamdulillah..

ini bukan orkid, saja nak tumpang seri di sini ;)

ini satu lagi, abis bunga, bunga lagi... lagi... dan lagi...

yang ini pula dah lama tak berbunga... baru ni muncul smula bunga dia,
terpegun saya melihatnya... rindu! 


x jelas. tapi ini putik bunga yg warna hijau tu, sekarang tengah kembang dan ada putik lain...
sekali dia berbunga.... bertangkai-tangkai... lebat giler... @_@

ini pula orkid hutan, pertama kali berbunga sebab saya baru tanam anak dia beberapa bulan lalu..
Alhamdulillah, berbunga!!

tumpang glamour...

dibawah pokok ini lah tempat orkid-orkid tersebut bernaung...
syukur, pokok ni semakin gemuk..

Tetiba rasa risau sebab nak tinggalkan rumah beberapa hari untuk balik adela. Tapi x pa, hencek tu rajin juga siram pokok dipetang hari, Alhamdulillah. :)
Tapi.... pokok dah lama x sembur racun serangga... baja taik kambing yang bagus itu pun dah lama habis... hadui.... kulit bawang pun dah lama x letak bawah orkid... haiyooo....
Nampaknya pepagi nanti harus kudahulukan menguruskan pokok sebelum ke rumah kak normi... kemudian nak balik adela... Owh, jangan lupa rosell kak norm!! Okey... rasa macam nak turun sekarang juga! sabar...sabar... tunggu pagi...

tunggu pagiiii......

Tuesday, April 26, 2011

Terung dari laman.

Ha, syok kan? orang terung dari ladang, kita terung dari laman jadi la kan....

Ini merupakan kali pertama saya menanam terung. Mulanya saya tanam dalam pasu, lama dalam pasu tumbesarannya lambat. Bila dah pindahkan ke tanah... cepat ja dia membesar, berbunga dan berbuah.

:D almaklum, tanah sikit macam2 nak letak situ... berhimpit-himpit dengan
pokok kari, daun kesum, ulam raja, bendi dan rosell.

gambar: 26 mac 2011

segar! sedia untuk melengkapi bahan dalca.

Amat berbeza dengan terung yang dibeli dekat pasar/kedai. Terung yang baru dipetik keras luar dan dalam, tekan tak lekok.
Saya petik terung ni buat kuah dalca menemani nasi minyak (kadang-kadang macam rajin~)
Biasanya terung masak apa? saya? antara menu terung: terung goreng cili, terung goreng bilis, terung bakar dgn lada putih, terung + kuah kari, terung + kuah lodeh/ kuah lontong, terung masak lemak dan... terung masak asam. Rasanya itu sahaja yang saya tahu...

dari itu, jom tanam sayur!! segar, jimat, organik! :)

Sunday, March 27, 2011

Bunga dan cara-cara menanam benih bendi

Alhamdulillah diberi kelapangan waktu berkarya sekejap di sini. Bila jengah-jengah sekejap disini saya senyum sendiri, bagus juga letak link ayat suci diatas : )
Okey, mai kita jengah bunga apa yang ada di halaman saya.







Saya sedang merancang untuk mengatur semula pokok-pokok di halaman saya yang x seberapa itu.. Mungkinkah bunga-bunga ini harus dihantar kekampung untuk halaman yang lebih kemas?? dengan dua atau tiga jenis pokok sahaja? Walaupun dua atau tiga jenis pokok sahaja, tetapi jika tersusun misti cantik kan?!...
Akan tetapi saya sangat sayang pada pokok-pokok carca marba yang ada.... dalam masa yang sama mahu halaman lebih teratur. InsyaAllah akan saya tepek gambar baru untuk rakan-rakan beri komen membina hingga laman saya lebih teratur. :)

mai kita tanam pokok pulakkkk... tanam benih pokok cara saya.

korek tanah dan masukkan tanah hitam/gambut


letakkan benih pokok

tutup benih dengan tanah hitam

timbus lagi dengan tanah sedia ada

Bolehlah sertakan baja tahi kambing semasa menimbus tanah atau letak baja tahi kambing atas timbunan tanah. Dan jangan lupa siram tanaman tersebut. (boleh pacak kayu sekali kalau mahu buat penanda)

Akan datang gambar pokok dah besar pula, InsyaAllah.

Wednesday, February 09, 2011

Daun bawang.

Assalamualaikum sekalian,
Sejak tengok blog nisak tadi, kepala saya jadi sesak macam nak jem!! haha... teruja dengan kerajinan sahabat, macam-macam kita boleh kongsi untuk memajukan diri sendiri dan keluarga kita. Tak rugi kita berkongsi kan... Mudah-mudahan Allah berkati kita semua.. Amen.

Cerita pasal daun bawang, saya suka tanam daun bawang sejak zaman bujang lagi, begitu juga dengan daun sup. Menanam daun bawang sangatlah mudah.  Saya hanya tumpangkan pada pasu-pasu yang sedia ada dengan pokok bunga yang lain. Biasanya pasu yang besar menjadi pilihan bertemankan daun pokok puding... :O)

Tak kira bawang kecil atau bawang besar, kalian hanya perlu tanam separuh darinya. Berikut adalah hasil dari tanaman bawang besar.

 daun yang sihat dan gemok.


Apa yang sangat mengujakan ialah, saya tak pernah tanam daun bawang yang bertahan selama berbulan-bulan. Kalau kita simpan daun bawang dalam peti sejuk berbalut surat khabar pun.... seminggu ok la... peh tu busuk dah. Gambar diatas adalah hasil tanaman saya yang bertahan berbulan-bulan lamanya sejak tahun lepas lagi. Lebih kurang 2 bulan lebih bertahan, saya hanya potong beberapa helai untuk diguna sahaja... dan pokok tersebut tidak dapat diselamatkan lagi bila cik Husna saya dah cabut kesemuanya... *_*

En.suami bila beli tulang ka... tak kisah beli daun bawang, daun sup... bila saya tanya daun sup tak beli ka?? beliau pun jawab.... tak tanam ke?????
~_~  huh.

Wednesday, January 05, 2011

cerita pokok

Dah lama sepi dari cerita pokok kannn... berikut bukanlah gambar-ganbar terbaru.... cuma 'agak' baru... heh heh hehhh... buleh gitu??

 pokok roselle saya :)

 jadi le kannnn... super mini punya taman

yang tidak jemu berbunga... blh saya katakan tak pernah putus bunga :D 

luar pagar..

cinta baru : periuk kerengga


SI. rumahku syurgaku~
bulehke saya abdikan pokok rambutan di sini???????!