sabda

Saturday, December 15, 2012

Susukan anak tanpa campur susu lain/nestum : langkah-langkah menyusukan bayi berterusan.

Alhamdulillah,
setelah berbulan-bulan tidak menulis, makanya sudah 5 bulan saya melepasi proses kelahiran putera ke2 anak ke 3 kami, syukr yang tidak terhingga, Alhamdulillah..

Apa yang sering difikirkan sekarang ialah penulis mahu menyusukan bayi hingga 6 bulan tanpa campur susu lain ataupun nestum apatah lagi bubur. Muga hajat ini terlaksana dengan jayanya.
Kawan-kawan di luar sana yang berhajat menyusukan bayi bulatkan lah hati... jika hati terdetik dengan macam-macam pencemaran lain seperti, merimaskan,  tak suka, tekanan perasaan atau apa-apa yang seumpamanya.. juga rasa ragu-ragu itu juga tergolong dalam penyebab susu boleh berkurangan atau kering.

Beberapa hari lepas penulis menerima tetamu yang menjaga anak jururawat. Kalau kita perasan kad rawatan kanak-kanak sekarang pun dah bagitau makanan tambahan adalah dibenarkan seawal usia 6 bulan. Antara hasil perbualan kami ialah, bayi yang makan awal darinya ramai yang menghadapi masalah usus, jangkitan kuman dan macam-macam lagi, maka ramailah bayi-bayi yang terlantar di hospital kerananya. Antara yang paling sukar dielakkan ialah susu botol, yang terpaksa bagi susu botol atas alasan-alasan tertentu terpaksa la kan.. saya juga pernah merasai situasi ini..
Nak jaga susu botol ni bukan mudah tau... organ dalaman bayi masih muda, jadinya semuanya kena betul-betul bersih supaya selamat dari jangkitan.

*macam tak cukup susu*
satu tahap memang akan terjumpa bayi macam tak cukup susu [permasalahan ibu-ibu yang menyusukan bayi sepenuhnya].
Apa yang saya buat setelah dileter oleh ibu saya.. [hihi..] ibu saya kata badan saya tak mampu menyusukan bayi sepenuhnya.. ibu saya sarankan saya campur dengan susu formula, dan bagi nestum tika itu bayi saya berusia 3 bulan.
*jangan mudah menyerah kalah*
Ini adalah sedikit semangat yang dapat saya sumbangkan, mudah-mudahan sedikit membantu..
Saya fikirkan cara-cara suapaya dapat mempertahankan niat suci saya itu.. ecewah...
Langkah pertama : Saya
  1.  mesti bersarapan. Selepas/sebelum solat subuh minum air masak, sejam kemudian saya minum air panas kopi, teh, dll... kemudian mesti sarapan pagi, biasanya saya akan makan makanan yang mengeyangkan seperti mee, cekodok, roti atau kuih muih.
  2. ada minum lagi sebelum menjelang makan nasi tengah hari. Yang ni dalam jam 10, 11 pagi, atau 12 tengah hari ada juga... dan makan sedikit. Makan apa? biasa saya ulang sarapan saya dalam kuantiti yang sedikit mungkin sebab sarapan pun dah tinggal sikit.. akeke!!
  3. Misti makan nasi. Disebabkan saya tidak bekerja maka waktu makan nasi saya tidak tentu, jam 12, 2 petang, 3, 4 atau 5 petang. Yang ini tidak boleh tidak, kalau tak makan nasi nanti bayi tidak puas atau tidak kenyang bila menyusu. Sambil tunggu waktu makan tu macam-macam juga salingan makan saya seperti biskut, roti dan buah. 
  4. Jika perlu, ulang makan pada waktu malam setidak-tidaknya minum air susu dengan makanan lain seperti roti, mee atau apa-apa yang boleh di ngap.. kalau rajin bikin pisang goreng atau kuih muih, silakan ;)
  5. Antara yang lain dipercayai boleh menambahkan / memperbanyakkan susu adalah seperti : Milo, kurma, susu nestum/oat, Sup sawi dan lobak putih. ini adalah yg biasa saya praktikan dan ianya berkesan.
*apa nak buat  jika masih kurang susu*
sekarang susu saya masih ok setelah mengamalkan perkara-perkara diatas tanpa memberatkan soal diet. [Tapi tidak lah makan berlebih-lebihan okeyh....] nanti kalau berat badan banyak sangat susah juga kann...
tapi... jika susu tak banyak lepas ni macammana? itu adalah persoalan saya sekarang.
Lepas ni kalau tak ok.. saya berhajat untuk bantu diri ini dengan produk Shaklee, boleh cuba set penyusuan, apa salahnya mencuba, kawan-kawan pun ramai yang berjaya dengan produk tu..
Harap-harap dapat capai susu badan sepenuhnya hingga 6 bulan, kemudian barulah fikir nak campur susu formula ke, nestum ke, bubur ka...

InsyaAllah boleh...

sekian dari penulis untuk kali ini.