sabda

Wednesday, July 13, 2011

Tragedi orkid bunga hijau dan cara-cara mengasingkan / memindahkan sepasu orkid yang sarat.

Kisah ini saya kongsikan tanpa cerita yang panjang. Kejadian ini sangat menyayat hati saya kerana orkid hijau itu sedang berbunga lebat dan sedang rancak mengeluarkan tunasnya. Harap, ada penggantinya.

bukan pasu ja pecah.

batang pokok hancur blh rasa bila disentuh.

menitik air mata~

Saya telah pindahkan orkid tersebut kedalam pasu yang lain. Walau hari demi hari ia semakin layu. Tak mengapa, saya sudi menatapnya walaupun ia layu.

Tumpang tanya, pokok apa dibawah tu ya? orkid ke anggerik? tak pernah mengeluarjkan bunga lagi.. Pun tidak mengapa, saya sabar menunggu...
Pokok yang gemuk ni sarat dengan akar, agak sukar nak keluarkan dari pasu. Sepatutnya saya perlu rendam bahagian pasu pokok ini semalaman supaya senang untuk dilongkahkan.


Mula-mula agak senang longkahkan akar dari pasu disertakan dengan air. Tetapi, dek kerana akar yang bersebut, daun pun dah keluar dari celah-celah lubang pasu (belah tepi) tak dapat la nak tarik daun tu..nak potong sayang! cara yang mudah ialah, pecahkan pasu.


pecahkan pasu.

pasu yang ada tu kita pecahkan lagi ketuk pakai tukul tu ha.

bahagi kepada dua bahagian dan masukkan kedalam pasu yang lain. Sertakan dengan serpihan pasu yang pecah tadi dan arang. Siram paling tidak sehari sekali. kalau tinggalkan 3-4 hari balik kampung... x de hal...

arang dari kebun pak usu. ;)

sekian, cintailah alam sekitar!

2 comments:

  1. sayangnya orkid yg pecah tu..
    wah.. awak guna arang ori ekk

    ReplyDelete
  2. sofya, saynggg sangat.. walaupun orkid murah.. arang saya ambik dari kebun pak usu saya.. arang free akeke!!

    ReplyDelete