sabda

Wednesday, February 09, 2011

Daun bawang.

Assalamualaikum sekalian,
Sejak tengok blog nisak tadi, kepala saya jadi sesak macam nak jem!! haha... teruja dengan kerajinan sahabat, macam-macam kita boleh kongsi untuk memajukan diri sendiri dan keluarga kita. Tak rugi kita berkongsi kan... Mudah-mudahan Allah berkati kita semua.. Amen.

Cerita pasal daun bawang, saya suka tanam daun bawang sejak zaman bujang lagi, begitu juga dengan daun sup. Menanam daun bawang sangatlah mudah.  Saya hanya tumpangkan pada pasu-pasu yang sedia ada dengan pokok bunga yang lain. Biasanya pasu yang besar menjadi pilihan bertemankan daun pokok puding... :O)

Tak kira bawang kecil atau bawang besar, kalian hanya perlu tanam separuh darinya. Berikut adalah hasil dari tanaman bawang besar.

 daun yang sihat dan gemok.


Apa yang sangat mengujakan ialah, saya tak pernah tanam daun bawang yang bertahan selama berbulan-bulan. Kalau kita simpan daun bawang dalam peti sejuk berbalut surat khabar pun.... seminggu ok la... peh tu busuk dah. Gambar diatas adalah hasil tanaman saya yang bertahan berbulan-bulan lamanya sejak tahun lepas lagi. Lebih kurang 2 bulan lebih bertahan, saya hanya potong beberapa helai untuk diguna sahaja... dan pokok tersebut tidak dapat diselamatkan lagi bila cik Husna saya dah cabut kesemuanya... *_*

En.suami bila beli tulang ka... tak kisah beli daun bawang, daun sup... bila saya tanya daun sup tak beli ka?? beliau pun jawab.... tak tanam ke?????
~_~  huh.

2 comments:

  1. masa bawang tgh mahal ju..hubn aku suh tanam pokok bwg.sbb aku dok merungut belanja brg dapur naik bln lps...hampeh.nak tanam pun tak cukup tanah..

    ReplyDelete
  2. sak, aku terfikir gak apa kata kita tanam bawang! untuk dapatkan [bawang]... tp mana benihnya? gimana tanamnya? suhunya?? nnt kita totorial InsyaAllah bila dapat caranya blh kita kongsi.. eih, mana tau ko dapat dulu??... kongsi ya!!..

    ReplyDelete