sabda

Tuesday, April 26, 2011

Terung dari laman.

Ha, syok kan? orang terung dari ladang, kita terung dari laman jadi la kan....

Ini merupakan kali pertama saya menanam terung. Mulanya saya tanam dalam pasu, lama dalam pasu tumbesarannya lambat. Bila dah pindahkan ke tanah... cepat ja dia membesar, berbunga dan berbuah.

:D almaklum, tanah sikit macam2 nak letak situ... berhimpit-himpit dengan
pokok kari, daun kesum, ulam raja, bendi dan rosell.

gambar: 26 mac 2011

segar! sedia untuk melengkapi bahan dalca.

Amat berbeza dengan terung yang dibeli dekat pasar/kedai. Terung yang baru dipetik keras luar dan dalam, tekan tak lekok.
Saya petik terung ni buat kuah dalca menemani nasi minyak (kadang-kadang macam rajin~)
Biasanya terung masak apa? saya? antara menu terung: terung goreng cili, terung goreng bilis, terung bakar dgn lada putih, terung + kuah kari, terung + kuah lodeh/ kuah lontong, terung masak lemak dan... terung masak asam. Rasanya itu sahaja yang saya tahu...

dari itu, jom tanam sayur!! segar, jimat, organik! :)

2 comments:

  1. sukenyaaaaaa....bestnya klu aku pun ada kebun sayur..leh isi masa yg sgt terbazir ni

    ReplyDelete
  2. yap, aku ni bukan pandai sangat, main taram ja ikut logik sendiri.. HAHHAHHAH!! tu yg suka sangat bila dia berhasil!

    ReplyDelete