sabda

Friday, December 31, 2010

Salam HIJRAH

Salam HIJRAH kita masih muda dihati saya, tiba hijrah masihi... Hati terasa sayu. Apa yang akan dihijrahkan? Apa yang akan bertaut? Apa yang bakal bertunas? Apa pula yang terus mekar bagai teraju puncanya air.

18 dec genab 6 tahun tragidi adik saya. (masih belum bersedia untuk berbicara lanjut mengenainya). Hanya yang hampir dengan saya, dan ada ketika itu pasti memahami.

24 dec ulang tahun perkahwinan/pernikahan. Alhamdulillah, 2010 telah menghijrahkan suai kenal saya dengan suami tercinta. Semuga kemekaran ini bukan sahaja bunga-bunga ditaman... makanya InsyaAllah kita akan menambah kebun bunga kita.. ;) Alhamdulillah. Syukur yang tidak terhingga ke hadrat Illahi. Alhamdulillah.

Peristiwa yang paling penting 2010 ialah.. pemergian almarhumah atok perempuan saya, bonda kepada ibu saya. Al-fatihah.

Nyatanya saya sangat bersyukur dengan apa yang telah lalu.. suka mahupun duka.. tanpa semua itu saya sendiri tidak tahu dimana saya. Dan siapalah kita tanpa masa yang telah lalu. Syukur. Muga mata yang terbuka sentiasa ingat dan TAAT padaNya.

Buat semua yang dihormati, TAAT dan SETIA itu berbeza hendaknya. Renung-renungkan.

Salam Hijrah, salam kasih sayang, salam ukhwah.

2 comments:

  1. sama-samalah kita ingat mengingati...salam hijrah

    ReplyDelete
  2. nisak, betul... siapa lagi yang mahu berpesan-pesan seiklas hati sesama kita...... kita bukannya sempurna..

    ReplyDelete