sabda

Monday, April 25, 2011

Kereta owh kereta!

Nyatanya kerinduan terhadap WAJA amatlah ketara apabila terkenang saat-saat manis saya dan waja tersebut. Membawa azem keklinik setiap bulan merupakan tugas rela saya setiap bulan selepas habis berpantang, begitu juga dengan husna. Teringat macammana azem dalam kereta tersebut.. azem dan husna bila dah ada husna.. trip ke langkawi dengan kereta tersebut sekembalinya en.suami dari jeddah. Owh, waja!
lagi... kekedai bunga saya.. owh, saya sangat suka bergerak dengan sendirinya... Jika keadaan menjadi sukar dek kerana sesuatu hal barulah saya minta bantuan en.suami, atau apabila en.suami sendiri yang mahu memberi khidmatnya... Bagi saya, selagi keadaan saya boleh kawal dia tak perlu membazir waktu 'bertugas', tambahan saya sememangnya suri rumah sepenuh masa, rasa tidak beharga status tersebut jika masih mengharap segala benda pada suami. Namun, keadaan mendorong kami menjual kereta tersebut. Semakin hari harganya semakin turun, jika kami terus menyimpannya suatu hari nanti kami mahu tukar kepada yang lain... Makanya kami jual kereta tersebut tatkala dah habis bayar pun... x dak hutang lagi.. (tak pa, itu cuma kereta yang pasti bertukar ganti jika itu kemahuan tuannya..)


model  terbaikk... huhu
bertuah juga sape yang beli... jarang guna~ bahagian dalam seperti baru.. masih ada bahagian berplastik lagi..

masih cantik lagi...

Kembali kepada pangkal cerita..

YA, semenjak menyahkan waja dari hidup kami, nampak gayanya tak menang tajuk bila berjumpa saudara mara.. sibuk bertanya 'siapa' penggantinya... Bila saya jawab 'tak fikir lagi...' nyatanya memberi gambaran 'pelik' pada wajah-wajah itu. Sekali sekala saya akan jawab 'mungkin JAGUAR'... mengusik atau saja bergurau memberi gambaran sesuatu yang tidak mungkin kerana harganya mencecah juta ringgit... (abih dah betul x de jawapan...) ;D dan pernah mendapat reaksi yang memuaskan hati saya kerana pihak yang sangat memahami sikap saya... (banyak-banyak perkara jarang yang saya simpan dalam hati, saya tak suka memeningkan kepala saya sendiri... melainkan pihak tersebut benar2 melampau.. itupun saya takkuasa fikir dan fikir...) pakusu dan seorang sepupu saya antara mereka-mereka yang memahami saya... mereka pun jawab 'tu nak bunuh diri...', sorang lagi kata... 'tengok-tengok dia bawak balik viva ja...' ayah saya pula menyambung 'nak letak durian 3 biji pun garu kepala' (kebetulan sambil belah durian)... tergelak besar lah mereka masa tu... (muahahahahah!! bagus, reaksi yang ngam dengan kepala saya)

Jaguar XF

Terus terang, tak fikir pun. Mungkinkah bukan urusan saya? atau kerana saya tak pernah menang membuat pilihan?? hahahhah..... Owh, kereta bukanlah satu isu yang besar bagi saya. Mungkin saya tak rasa lagi tak berkereta... begitu ke?? Alhamdulillah sepanjang tempoh berkahwin en.suami dapat kemudahan kereta company... jika bertukar syarikat maka bertukar lah kereta... beberapa kali kereta baru (masih bersampul plastik) syarikat akan bagi. Alhamdulillah. Nyatanya kami hanya memerlukan sebiji kereta buat masa ini. Anak pun belom bersekolah. Si waja dulu berganti bateri 3/4 kali setahun kerana tidak digunakan... bila saya kata ' nak pegi tesco kejap'... sampailah en.suami depan rumah. Makanya memang ta berjalan kereta tu.

Pernah en.suami tanya nak kereta apa.... saya tunjuk dan... "macam tu, cantik sangat tu..." maka... jawapannya pula.. "tu tak bolehla... ingat toke balak ke? itu setengah juta tau.." saya sungguh tidak faham...  (manala saya tahu harga kereta... saya cuma tunjuk) Jika kereta 100k keatas sungguh saya tidak boleh terima... harganya boleh kita miliki sebiji rumah lagi... rugi bagi saya.

Kali ini saya berkenan tengok yang ini pula...
Tapi lebih baik jangan tanya saya nak yang mana.

cadillac escalade

yang ni bape inggit pulak bang? buleh ke? nak anta anak pi skulah ja ha..
(kompem x kan tanya saya lagi..)

Pastinya, kereta apa pun tak kisah, tapi soal keselesaan perlu diambil kira untuk jalan jauh.. Banyak juga kereta yang ok, selesa.. dengan harga yang murah.
sekian.

No comments:

Post a Comment