sabda

Thursday, February 17, 2011

Ke Genting Highlands

Dari Teluk Intan kami ke genting pula. Dah lama tak bercuti macam ni, anak-anak paling seronok. Azem pun dah pandai menilai kecantikan alam ciptaan Allah swt. "cantik ibu... sejuknya..." Macam-macam lagi ayat Dzul Azem. Tak kurang juga anak dara yang sedang belajar bercakap " tiiikkk" (cantik), atit (sakit) abang azem usik laaa tuh! melihat lampu2 hiasan di syiling dalam bangunan Siti Husna akan ketawa suka, kadang-kadang bunyi 'pem... pem...' lembutt ja, lampu kelip-kelip tu disamakan dengan mercun.

Kami bertolak dari Teluk Intan lebih kurang jam 12.00 tengah hari dan sampai di genting jam 2.30 petang. Ini merupakan kunungan ketiga saya ke genting, dan kunjungan kedua bersama keluarga. Kunjungan pertama kami hotel penuh, dan kali ini pak hencek telah book bilik awal-awal.

Okeh, jom nikmati gambar-gambar yang saya ambil sepanjang kami di sana;

snow world, genting.



gambar ni tak terang, tapi meja tu ukiran ais...

sila klik sini untuk maklumat lanjut tempat ini













tengah hari, masih sejukkk..
















Kami hanya bermalam satu malam di genting dan bergerak menuju ke Shah Alam jam 1.00 tengah hari atas urusan pak hencek. Jam 4.30petang dari Shah Alam kami pulang ke JB.

Genting menjadi pilihan percutian kali ini kerana encik kecik tu berkali-kali ajak kami ke tempat yang ada salji... Peninggg wooo.... nak pi mana? luar Malaysia mau riban-riban tambang sorang... mana nak korek pulus?... huhu...

Okeh, tercapai sudah hajad anakanda kami yang tercinta.
Sekian...

2 comments:

  1. x dpt nyebok pn , dpt tgk gmbr2 jd lh ... haha

    ReplyDelete
  2. :) terima kasih sbb sudi mengamati gambar kami. Nak nyebok masa masak-masak akak alu-alukan..
    hehe... InsyaAllah bebila blh jalan sesama lagi...

    ReplyDelete