sabda

Wednesday, December 08, 2010

Lukisan lama

LUKISAN adalah antara minat saya tak pernah terlupus dari kesukaan saya setakat ini. Minat melukis berputik sejak kecil lagi. Dari melakar garisan dan objek diatas tanah, dinding rumah, perabot rumah ibu sehinggalah diatas kertas lukisan dan kain.

Saya masih ingat lakaran-lakaran kesukaan saya sehingga masa ini. Saya tidak jemu memberi dan membuahkan idea kepada rakan-rakan sekelas suatu masa dahulu. DAN rakan-rakan juga sangat sukakan saya dalam kelas lukisan.... kikikikikik.......
Saya sentiasa bernasib baik dalam permakahan lukisan. ;)



Lukisan diatas adalah antara lukisan kesayangan saya. Lukisan tersebut bertajuk 'keliru' dihasilkan sewaktu saya mengaji di uitm antara tahun 2003 - 2006. Bagi saya, lukisan tersebut memiliki nilai seni yang tersendiri dengan penggunaan satu warna dibias dengan berus yang ketandusan warna dan campuran cecair. Lukisan tersebut nampak girang, menawan dan seperti lembab/basah kehujanan sungguhpun kekeliruan.

Sayang sekali satu album dari lukisan tersebut TIDAK mendapat markah yang tinggi. Sungguh menyakitkan hati kerana lukisan-lukisan lain yang lebih rumit tidak dinilai. Pensyarah hanya lihat sepintas lalu kerana kesuntukan waktu dakwanya! Saya juga kesuntukan waktu untuk menjejaki pensyarah tersebut diakhir semester. !_!
Saya telah meminta 'Pak Beraim' / ayah saya untuk mengabdikan lukisan tersebut dirumahnya.

Sekarang saya punya banyak waktu untuk melukis. En.suami juga telah menyediakan peralatan melukis secukupnya... dan saya berangan untuk melukis diatas porcelain pada masa akan datang. InsyaAllah.

2 comments:

  1. ju, semoga impianmu tercapai... bermula dari sekarang dah boleh bli peralatan utk melukis tu. Gut Luck!

    ReplyDelete
  2. terlalu banyak impian x boleh juga kan... x tahu mana satu yang nak dijayakan... impian yg ni aku yakin untuk pasaran yg lebih baik walaupun kecil-kecilan... tapi belum study lagi. InsyaAllah satu masa nanti.. Terima kasih imal menyumbang hembusan semangat, Terima Kasih ;)

    ReplyDelete