sabda

Sunday, January 23, 2011

Cerita kosong

Dari hati yang tawar cerita kosong tidak harus dikongsi. Memandangkan blog ini hanya singgahan beberapa orang rakan... buleh saja jika mahu bebel-bebel kosong bukan makanan hati dan jiwa pastinya. Sama-sama kita beringat, kita semua hanya menumpang dibumi Allah ini.... malu, beringat-ingat, berpesan-pesan sesama kita... mudah-mudahan......

Ada seseorang berbunyi... entah kenapa saya rasa seperti sengaja mahu menyindir saya...
Apa bunyinya? entah. Maksud yang sampai ialah : jika tidak biasakan mengikat rambut anak, nanti bila dia dah besar rambut mengurai macam tu ja... anak dah tak mahu ikat rambut... anak macam tak terurus.

Peliknya, yang dah dewasa pun belum tentu mahu ikat rambut dengan baik bila bertudung.... rambut mengurai ja melepasi paras tudung. Pelik betui ini olang.

Mudah-mudahan Siti Husna dapat menutup aurat dengan sebaik-baiknya dewasa kelak... ibu hanya mengasuh dan berdoa, ibu mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak ibu. Muga Allah swt. meredhai, merestui., melindungi...
Amen.

No comments:

Post a Comment