sabda

Monday, January 24, 2011

Roselle

Pernah minum roselle? Saya minum roselle sebelum ini tujuh tahun yang lalu... tawar dan cair sebagai minuman kesihatan sesudu sehari. Mahal tau. Baru-baru ini saya dapat bunga roselle percuma dari kak lin, jiran depan rumah. :), Menariknya saya diberi anak pokok dan benih sekali... owh.... kak lin, i lap u!!! bukan sesudu ja saya dapat minum sehari... sehari segelas dua saya dapat minum!.








pokok-pokok rosell lbh besar dan tinggi dari dalam gambar diatas.
2 darinya telah diambik olh mkcik, satu darinya telah kojol. Tinggal satu ja d rumah.
Harap, benih-benih yang lain menjadi.


Khasiat jus roselle

1. Anti Penuan
2. Pencegah penyakit Cardiocvaskular
3. Anti-cancer.
4. Demam panas/selesema.
5. Resdung (alergi) dan Asma.
6. Stress atau Sukar tidur (Insomnia).


NO satu dan dua tu....... penting!
Lalu... kemaruk lah saya......

Sunday, January 23, 2011

Cerita kosong

Dari hati yang tawar cerita kosong tidak harus dikongsi. Memandangkan blog ini hanya singgahan beberapa orang rakan... buleh saja jika mahu bebel-bebel kosong bukan makanan hati dan jiwa pastinya. Sama-sama kita beringat, kita semua hanya menumpang dibumi Allah ini.... malu, beringat-ingat, berpesan-pesan sesama kita... mudah-mudahan......

Ada seseorang berbunyi... entah kenapa saya rasa seperti sengaja mahu menyindir saya...
Apa bunyinya? entah. Maksud yang sampai ialah : jika tidak biasakan mengikat rambut anak, nanti bila dia dah besar rambut mengurai macam tu ja... anak dah tak mahu ikat rambut... anak macam tak terurus.

Peliknya, yang dah dewasa pun belum tentu mahu ikat rambut dengan baik bila bertudung.... rambut mengurai ja melepasi paras tudung. Pelik betui ini olang.

Mudah-mudahan Siti Husna dapat menutup aurat dengan sebaik-baiknya dewasa kelak... ibu hanya mengasuh dan berdoa, ibu mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak ibu. Muga Allah swt. meredhai, merestui., melindungi...
Amen.

Friday, January 14, 2011

Roti perancis

Sudah lama sepi dari resepi, padahal berkepok-kepok dah gambar resepi. Roti ni saya buat masa 27 nov 2010 lagi... baru la ni nak bukukan disini... Ada orang tu minta resepi kek coklat... nanti dulu yea... sabau, x dak gamba tak besh kan....

Resepi ni mudah sahaja... pakwe saya suka sangat-sangat...
1. buat sos dia dulu... mudah sahaja, hanya perlukan sos spaghetti yang warna putih tu... pilih la, cendawan ka, ayam ka...

Okeh, tumis bawang putih dan bawang besar yang dihiris halus. (bawang besar dipotong dadu).
Masukkan isi ayam yang potong dadu, masukkan sos, ditambah garam sedikit dan tambahkan sayuran jika suka seperti kobis, cendawan, lobak merah, bayam ka.... suka hati le....
Dan.... tambahkan dua keping keju (jika bukan sos keju)

Setelah cerita itu siap, kita bakar roti pula....

Roti perancis tu potong macam dalam gambar diatas... sapukan dengan bawang putih yang telah ditumbuk halus... sapu nipis-nipis ja... kemudian sapu pula dengan mentega, barulah dibakar. Kalu tak de tempat bakar, guna ja kuali leper... tidak pun biar lagi brutal... guna ja tutup periuk ayan..

Selamat mencuba..

Wednesday, January 05, 2011

cerita pokok

Dah lama sepi dari cerita pokok kannn... berikut bukanlah gambar-ganbar terbaru.... cuma 'agak' baru... heh heh hehhh... buleh gitu??

 pokok roselle saya :)

 jadi le kannnn... super mini punya taman

yang tidak jemu berbunga... blh saya katakan tak pernah putus bunga :D 

luar pagar..

cinta baru : periuk kerengga


SI. rumahku syurgaku~
bulehke saya abdikan pokok rambutan di sini???????!