sabda

Thursday, July 14, 2011

BERSANGKA BAIK lebih bagus untuk hati anda.

Tiba-tiba saya rasa mahu jelaskan sesuatu untuk kawan-kawan. Benarlah kita manusia biasa. Kerana itulah kadang-kadang kita terlepas kata, kadang-kadang kita terlupa cermin diri sendiri kesilapan kita, hanya nampak kesilapan orang lain, ditambah pula dengan buruk sangka. Tak baik untuk hati sebenarnya.

Saya malas nak cerita meleweh. Yang penting ialah, kalian harus faham. Saya ni orang yang sedar diri. Tidaklah nak menunjuk membangga diri. Diluar sana ramai lagi org yang lebih hebat adanya. Jadinya rakan-rakan yang dikasihi tak perlulah rasa iri hati yang kemudiannya sesuka hati nak membayangkan saya ni nak megah ke apa. Semua tu TAK DE disini mahupun d fb. Yang ada cuma MINAT dan kongsi ilmu untuk kalian membuahkan fikiran / memanjangkan idea korang untuk satu-satu aktiviti. Itulah yang saya cuba ketengahkan.

Ramai ja diluar sana yang tayang kereta, tayang rumah, luar dalam rumah tayang... TIDAK pula saya berbuat begitu.. dan tidak pula saya rasa apa-apa.. jauh sekali nak perli-perli..  Tapi saya sedih dengan rakan yg salah sangka ni. Jika ada kawan lain yg bertanya (bukan dari mulut saya pun..) dah nak iri hati... apa le semua ni. SERABUT betul. TAk suka tau~ TAK DE dalam kepala saya semua ni.

Itu yang saya nak kata.. kalau kita tengok orang ada rumah ke apa... lantak dia le. Itu atas usaha dia, penat lelah dia untuk memberi keselesaan pada diri dia dan keluarga dia. Entah dulu penat dia belajar, penat dia bekerja keras dengan kebijaksanaan dia. Allah bagi ganjaran yang sepatutnya untuk dia. Dan yang ada tak seberapa ada/ terlebih ada tu wajib berada di landas yang betul (tahu akan bahagian orang lain selain kewajiban sebagai umat Islam).

Yang kita ni TOK SAH lah nak iri hati... x baik tau. Allah maha pemberi, lagi maha mengetahui. DIA lebih mengetahui atas setiap apa yang diberikannya. Bukankah kita juga sepatutnya menuju kejayaan? Paling tidak bersyukur. JANGAN sibuk mempertikaikan apa yang orang lain ada, dah tu nuduh pulak tu... contohnya: "bangga sangat la tu.." padahal angpunya badan tak rasa begitu sekuman pun. Wallahualam.

Namun begitu, macam-macam juga saya letak di blog saya ni ha.. UDAH saya kata kat atas nun.... "SEPERTI DIARY PENULIS", disini bukan untuk analisis memburuk itu ini. Kita kongsi yang baik-baik ja k... setuju?.. kalau setuju, boleh layan diary saya. Sekian...

No comments:

Post a Comment