Tiba-tiba saya rasa mahu jelaskan sesuatu untuk kawan-kawan. Benarlah kita manusia biasa. Kerana itulah kadang-kadang kita terlepas kata, kadang-kadang kita terlupa cermin diri sendiri kesilapan kita, hanya nampak kesilapan orang lain, ditambah pula dengan buruk sangka. Tak baik untuk hati sebenarnya.
Saya malas nak cerita meleweh. Yang penting ialah, kalian harus faham. Saya ni orang yang sedar diri. Tidaklah nak menunjuk membangga diri. Diluar sana ramai lagi org yang lebih hebat adanya. Jadinya rakan-rakan yang dikasihi tak perlulah rasa iri hati yang kemudiannya sesuka hati nak membayangkan saya ni nak megah ke apa. Semua tu TAK DE disini mahupun d fb. Yang ada cuma MINAT dan kongsi ilmu untuk kalian membuahkan fikiran / memanjangkan idea korang untuk satu-satu aktiviti. Itulah yang saya cuba ketengahkan.
Ramai ja diluar sana yang tayang kereta, tayang rumah, luar dalam rumah tayang... TIDAK pula saya berbuat begitu.. dan tidak pula saya rasa apa-apa.. jauh sekali nak perli-perli.. Tapi saya sedih dengan rakan yg salah sangka ni. Jika ada kawan lain yg bertanya (bukan dari mulut saya pun..) dah nak iri hati... apa le semua ni. SERABUT betul. TAk suka tau~ TAK DE dalam kepala saya semua ni.
Itu yang saya nak kata.. kalau kita tengok orang ada rumah ke apa... lantak dia le. Itu atas usaha dia, penat lelah dia untuk memberi keselesaan pada diri dia dan keluarga dia. Entah dulu penat dia belajar, penat dia bekerja keras dengan kebijaksanaan dia. Allah bagi ganjaran yang sepatutnya untuk dia. Dan yang ada tak seberapa ada/ terlebih ada tu wajib berada di landas yang betul (tahu akan bahagian orang lain selain kewajiban sebagai umat Islam).
Yang kita ni TOK SAH lah nak iri hati... x baik tau. Allah maha pemberi, lagi maha mengetahui. DIA lebih mengetahui atas setiap apa yang diberikannya. Bukankah kita juga sepatutnya menuju kejayaan? Paling tidak bersyukur. JANGAN sibuk mempertikaikan apa yang orang lain ada, dah tu nuduh pulak tu... contohnya: "bangga sangat la tu.." padahal angpunya badan tak rasa begitu sekuman pun. Wallahualam.
Namun begitu, macam-macam juga saya letak di blog saya ni ha.. UDAH saya kata kat atas nun.... "SEPERTI DIARY PENULIS", disini bukan untuk analisis memburuk itu ini. Kita kongsi yang baik-baik ja k... setuju?.. kalau setuju, boleh layan diary saya. Sekian...
sabda
Thursday, July 14, 2011
Wednesday, July 13, 2011
Tragedi orkid bunga hijau dan cara-cara mengasingkan / memindahkan sepasu orkid yang sarat.
Kisah ini saya kongsikan tanpa cerita yang panjang. Kejadian ini sangat menyayat hati saya kerana orkid hijau itu sedang berbunga lebat dan sedang rancak mengeluarkan tunasnya. Harap, ada penggantinya.
bukan pasu ja pecah.
batang pokok hancur blh rasa bila disentuh.
menitik air mata~
Saya telah pindahkan orkid tersebut kedalam pasu yang lain. Walau hari demi hari ia semakin layu. Tak mengapa, saya sudi menatapnya walaupun ia layu.
Tumpang tanya, pokok apa dibawah tu ya? orkid ke anggerik? tak pernah mengeluarjkan bunga lagi.. Pun tidak mengapa, saya sabar menunggu...
Pokok yang gemuk ni sarat dengan akar, agak sukar nak keluarkan dari pasu. Sepatutnya saya perlu rendam bahagian pasu pokok ini semalaman supaya senang untuk dilongkahkan.
Mula-mula agak senang longkahkan akar dari pasu disertakan dengan air. Tetapi, dek kerana akar yang bersebut, daun pun dah keluar dari celah-celah lubang pasu (belah tepi) tak dapat la nak tarik daun tu..nak potong sayang! cara yang mudah ialah, pecahkan pasu.
pecahkan pasu.
pasu yang ada tu kita pecahkan lagi ketuk pakai tukul tu ha.
bahagi kepada dua bahagian dan masukkan kedalam pasu yang lain. Sertakan dengan serpihan pasu yang pecah tadi dan arang. Siram paling tidak sehari sekali. kalau tinggalkan 3-4 hari balik kampung... x de hal...
arang dari kebun pak usu. ;)
sekian, cintailah alam sekitar!
Monday, July 04, 2011
Kacang Hijau ~Taugeh.
24/06/11 (malam)
sebenarnya saya rendam kacang hijau (lebih kurang 2 gengam tangan saya) dimalam hari untuk buat kuih kasturi hidangan sarapan pagi.. Tiba belah pagi saya dah sediakan sarapan lain... tengok kacang hijau masih belum ada kelapa nak lengkapi resepi kasturi... kacang dah berendam semalaman. saya pun tapis kacang letak atas avon.
Buat kerja rumah macam biasa, terlupakan kacang.... hahah...
bila petang tengok semuanya dah nak bertunas... fikir balik... macam ni buat taugeh lagi bagus.. heh heh...
apa lagi... google cara2 buat taugeh.
apa yang saya baca... kena alas dan tutup kacang tu dengan kain lembab... tengok kain tuala kecil yang ada, rasa sayang pulak... akeke~
saya rasa x de halnya kalau alas dan tutup guna surat khabar basah..
26/06/11 masa ni kira kacang ni dah terperap 2 malam..
(semalaman berendam air, satu malam lagi dengan surat khabar basah)
masa ni dah dapat buang akar taugeh jadi bahan bihun sarapan pagi.
masih banyak yang ketot.. ;)
pembantu setia, lepas buang akar taugeh terus masuk mulut... x de taugeh yang masuk mangkuk. tak ada dari tangan mereka. :)
perap lagi
masuk hari keempat dia jadi macam ni...
panjang-panjang kurus... akeke... akar dia berserabut... mungkin kerana saya x simpan di tempat yang berselindung... simpan dalam avon dekat dapur ni dia dapat cahaya yang cukup... membesar bagai nak jadi anak pokok pulak... akeke... tapi masih rasa taugeh sejati... siap buang akar saya jadikan inti popia.. alhamdulillah.
Kawan-kawan yang lain boleh cuba menternak taugeh dengan lebih baik lagi.. selamat mencuba.
Friday, July 01, 2011
Last episod Cameron [6: petik anggur, kebun teh, masuk hutan ke puncak gunung]
TERIMA KASIH en.hi... membawa kami kemana sahaja dengan selamat, tak pernah meragam..
dari bersampul plastik hingga beribu km sudah perjalanan kami, melindungi kami dari hujan dan panas, siang, malam atau larut pagi, tertido, tido dan berjaga... bandar, kampung, hutan, kebun, lembah dan gunung sekalipun.. mahupun saya atau suami yang memandu..
kami berpuas hati dan berterima kasih. Pasti kami rindukan hencek nanti.. terima kasih.
[perjalanan yang panjang dalam segenap episod ini adalah yang terakhir bersama en.hi, mungkin.]
Sekian untuk episod ini. Semuga apa yang dikongsi hanya untuk suka-suka, kawan-kawan yang nak kesana boleh merancang aktiviti sebaiknya disana, dan yang dah pernah pergi, belom pergi, hanya untuk berkongsi.
Subscribe to:
Posts (Atom)