sabda

Wednesday, May 18, 2011

Cerita Ringkas 'balik kampung'

Assalamualaikum.

Syukur. Dapat menulis lagi.
Kawan-kawan yang bertanya mana cerita balik kampung... Saya sungguh teruja untuk berkongsi cerita balik kampung sebenarnya. Cuma, kesuntukan masa untuk menulis dengan tenang. Sesungguhnya saya telah cuba untuk meluangkan masa, tapi tidak juga berkesempatan dengan kerja-kerja rumah dan aktiviti luar..  padat. :)

Mungkin, ini bukan cerita, cuma sedikit... tentang 'balik kampung' kali ini.. dari selatan ke Perak Darul Ridwan.. Perjalanan kami bermula pada hari sabtu jam 11.00 pagi ke Setia Tropika makan tengah hari, kemudian terus naik highway keluar di Shah Alam, melalui Puncak Perdana - Kuala Selangor (sini dah nampak sawah padi) terus ke sg.tiang. Sg tiang dekat mana? owh, mungkin ini boleh membantu kalian klik sini. Lebih kurang 6 jam dari johor.

membeli durian di selekoh

kalu korang nak tau, Hero saya ni.. dari johor sampai ke rumah oyang di sg.tiang tak tido sepanjang jalan~ begitu le hendaknya setiap kali pulang ke sana.. ibu dah bp kali tido bangun tau~~~~

heroin saya~~ ketot. bulat. ibu dia x ketot sangat, bulat-bulat ya le... heh heh~~

pokok bunga kantan yang daunnya mencecah bumbung rumah (sisi kiri rumah opah)

Satu hal yang menarik dekat rumah opah ni, bunga kantan. Sisi kiri, kanan... ada bunga kantan. Cantik tau.. Ada banyak lagi tumbuhan yang menarik, tapi bunga kantan ni memberi impak yang berbeza.. hah hah!! [mulalah nak mengarut ni] eh, betul apa!! hati2, kadang2 ada ular daun, atau ular spesis lain meminati kawasan ini... lembab dan sejuk. Kalau korang nak tau... batang pokok kantan ni la yang digunakan untuk buat tiang pelita menjelang hari raya... batang pokok ni tahan tau... menarik kan bunyinya??!!!.. :)

bunga kantan yang dah kembang..




 Ahad, ke rumah mertua pula di teluk Intan. Masih menikmati pemandangan yang sangat cantik disana~

Bagan Datoh; Gambar tak jelas, cukup untuk memberi gambaran : kawasan kelapa (cantik sangat)


Sawah padi, MasyaAllah... pemandangan yang sangat cantikk....

Yang ini di Teluk Intan (isnin) berjalan dengan mertua ke Batu Gajah.
Masa ni bapa mertua saya yang memandu, boleh tahan laju laju tau, lebih kurang anak dia ja... hahahahHH!! i like!!
satu hal yang kelakar ;
tengah best laju2 tetiba ikut sebiji kereta yang entah berapa km/jam... lebih kurang macam ayam berlari gitu.... bapa mertua saya kata "mana boleh tahan macamni" (lebih kurang begitu la sbb saya x ingat sangat..)
masa tu kami dah gelak...
sejurus itu serentak kedua mertua saya (ayah dan emak) "apekeHalnye yonggG..." sebab pemandu tersebut perempuan. Kami gelak lagi.
Bagi saya memberi maksud kelucuan yang lebih kerana..... saya orang johor. Sangat tertarik dengan setiap bibit lograt orang sana. Yong - apa maksud yong??? yang saya tahu ia ganti nama untuk kakak sulung (betulke?). Aishhhhh julia ni...lama bercinta dengan orang perak tak bual lagi ke pasal ganti nama tersebut??? hahahaHH... [aishhh... saya tengah bercinta lagi ni... banyak bebeno tak tahu lagi. yang bononya baru la ni la nak berbual tentang banyak perkara! owh indahnya edisi ini, Alhamdulillah~ ;)]

Kisah balik kampung tidak tamat disini.. secara ringkasnya berikut kisah makan angin pula..

Hidup ini hanya sementara. Entah dimana noktah kita hanya Allah swt yang tahu. Jalani hidup ini, laksanakan tugasan kita sebaiknya, muga Allah merahmati. Amen.

Monday, May 02, 2011

Ibu sayang kamu~

Dikesempatan ini, bagai nak cerita macam-macam tentang anak-anak..
Semalam, April sudah berlalu... bukan untuk kami 4 beranak.. yang kesemuanya lahir dalam bulan tersebut.
Hari ini, siang tadi... puas saya bawa anak-anak membeli belah dari pasar raya ke pasar ikan (pasar busuk kata azem)..
lepas magrib husna pengsan dulu tanpa susu, kemudia azem.. keletihan...
encek? demam.... jadinya agenda saya anak beranak sungguh enjoy tanpa peraturan-peraturan yang membosankan... hahahHHHHH!!! berjalan, makan, membeli... ikut ibu pula... yahuuuuu!!!!
Pastinya jejak pml saya beraloi.. kalau tidak... jangan harap ya.... [sungguh tak sabar nak tepek gambar pml untuk peminat~] Semoga semuanya berjalan lancar, InsyaAllah.
Ganjaran, saya dah beli ketam banyak-banyak untuk encek itu senyum~ :D

Alhamdulillah,
kembali pada tajuk. Anak-anak yang baik... InsyaAllah, Alhamdulillah..
Tat kala saya membelek pml.. kedua-duanya tak bising pun.. sabar tunggu ibu.. tat kala ke pasar ikan.. kedua-duanya enjoy... azem pegang adik, adik pegang ibu... saling jaga-menjaga antara keduanya. Mereka saling menyayangi walaupun salah satunya selalu menangis rasa teraniaya mungkin.

Husna.

Husna sangat mengambil berat segala perihal abangnya.
Jika azem mandi, dia segera kebilik membuka laci baju azem, siap bawa keluar baju abang dia... kadang-kadang cepat-cepat bawa tuala depan pintu bilik mandi.
Bila azem buang air... seluar campak entah mana... berlari husna ambil seluar azem dan tunggu azem depan pintu... terkekeh-kekeh ketawa tengok kemaluan azem... haish.

Bila husna nak biskut, menangis-nangis minta sekeping lagi untuk azem... padahal azem x mau.
Bila nak makan, berlari ambik pinggan untuk azem, cawan azem... azem x buat macam tu pun, azem buat macam ibu "husna, ambik pinggan husna..." huhu...

Bila nak keluar rumah, husna akan pastikan azem dah keluar pintu... jika belum... "jim...jim...jim!!!" jerit bukan main supaya abang azem ikut dia... Kadang-kadang bergenang air mata takut abang azem kena tinggal.



dia boleh panjat naik atas sinki semata-mata nak basuh tangan kononnya [main buih sabun!]
udah le sinki tu uzur~ husna ibu...

manja dengan ayah..
 Bila sebut pasal ayah, kalau ayah nak keluar bekerja, kemain lagi dia melambai, ada kala sampai ke pagar... kalau ayah balik... berlari sambut ayah dengan jeritnya lagi... kalau ayah pergi kedai dengan abang azem sahaja... tahan dia menangis... 30 minit?? 1 jam?... x de hal. huhu... dari menangis kuat-kuat sampai tinggal esak-esak ja.. :)

ibu sayang kamu~

teman, kawan, adik abang azem..

dengan ibu misti la manja.... :)

Husna sedang belajar menyebut sesuatu dengan betul.. (masih dalam bahasa sendiri) ada juga patah perkataan yang dapat disebut dengan baik...

Pastinya doa kami yang terbaik untuk anak-anak... semoga menjadi anak yang soleha sayang...



sekian untuk kali ini,
Assalamualaikum.

Tuesday, April 26, 2011

Terung dari laman.

Ha, syok kan? orang terung dari ladang, kita terung dari laman jadi la kan....

Ini merupakan kali pertama saya menanam terung. Mulanya saya tanam dalam pasu, lama dalam pasu tumbesarannya lambat. Bila dah pindahkan ke tanah... cepat ja dia membesar, berbunga dan berbuah.

:D almaklum, tanah sikit macam2 nak letak situ... berhimpit-himpit dengan
pokok kari, daun kesum, ulam raja, bendi dan rosell.

gambar: 26 mac 2011

segar! sedia untuk melengkapi bahan dalca.

Amat berbeza dengan terung yang dibeli dekat pasar/kedai. Terung yang baru dipetik keras luar dan dalam, tekan tak lekok.
Saya petik terung ni buat kuah dalca menemani nasi minyak (kadang-kadang macam rajin~)
Biasanya terung masak apa? saya? antara menu terung: terung goreng cili, terung goreng bilis, terung bakar dgn lada putih, terung + kuah kari, terung + kuah lodeh/ kuah lontong, terung masak lemak dan... terung masak asam. Rasanya itu sahaja yang saya tahu...

dari itu, jom tanam sayur!! segar, jimat, organik! :)

Monday, April 25, 2011

Kereta owh kereta!

Nyatanya kerinduan terhadap WAJA amatlah ketara apabila terkenang saat-saat manis saya dan waja tersebut. Membawa azem keklinik setiap bulan merupakan tugas rela saya setiap bulan selepas habis berpantang, begitu juga dengan husna. Teringat macammana azem dalam kereta tersebut.. azem dan husna bila dah ada husna.. trip ke langkawi dengan kereta tersebut sekembalinya en.suami dari jeddah. Owh, waja!
lagi... kekedai bunga saya.. owh, saya sangat suka bergerak dengan sendirinya... Jika keadaan menjadi sukar dek kerana sesuatu hal barulah saya minta bantuan en.suami, atau apabila en.suami sendiri yang mahu memberi khidmatnya... Bagi saya, selagi keadaan saya boleh kawal dia tak perlu membazir waktu 'bertugas', tambahan saya sememangnya suri rumah sepenuh masa, rasa tidak beharga status tersebut jika masih mengharap segala benda pada suami. Namun, keadaan mendorong kami menjual kereta tersebut. Semakin hari harganya semakin turun, jika kami terus menyimpannya suatu hari nanti kami mahu tukar kepada yang lain... Makanya kami jual kereta tersebut tatkala dah habis bayar pun... x dak hutang lagi.. (tak pa, itu cuma kereta yang pasti bertukar ganti jika itu kemahuan tuannya..)


model  terbaikk... huhu
bertuah juga sape yang beli... jarang guna~ bahagian dalam seperti baru.. masih ada bahagian berplastik lagi..

masih cantik lagi...

Kembali kepada pangkal cerita..

YA, semenjak menyahkan waja dari hidup kami, nampak gayanya tak menang tajuk bila berjumpa saudara mara.. sibuk bertanya 'siapa' penggantinya... Bila saya jawab 'tak fikir lagi...' nyatanya memberi gambaran 'pelik' pada wajah-wajah itu. Sekali sekala saya akan jawab 'mungkin JAGUAR'... mengusik atau saja bergurau memberi gambaran sesuatu yang tidak mungkin kerana harganya mencecah juta ringgit... (abih dah betul x de jawapan...) ;D dan pernah mendapat reaksi yang memuaskan hati saya kerana pihak yang sangat memahami sikap saya... (banyak-banyak perkara jarang yang saya simpan dalam hati, saya tak suka memeningkan kepala saya sendiri... melainkan pihak tersebut benar2 melampau.. itupun saya takkuasa fikir dan fikir...) pakusu dan seorang sepupu saya antara mereka-mereka yang memahami saya... mereka pun jawab 'tu nak bunuh diri...', sorang lagi kata... 'tengok-tengok dia bawak balik viva ja...' ayah saya pula menyambung 'nak letak durian 3 biji pun garu kepala' (kebetulan sambil belah durian)... tergelak besar lah mereka masa tu... (muahahahahah!! bagus, reaksi yang ngam dengan kepala saya)

Jaguar XF

Terus terang, tak fikir pun. Mungkinkah bukan urusan saya? atau kerana saya tak pernah menang membuat pilihan?? hahahhah..... Owh, kereta bukanlah satu isu yang besar bagi saya. Mungkin saya tak rasa lagi tak berkereta... begitu ke?? Alhamdulillah sepanjang tempoh berkahwin en.suami dapat kemudahan kereta company... jika bertukar syarikat maka bertukar lah kereta... beberapa kali kereta baru (masih bersampul plastik) syarikat akan bagi. Alhamdulillah. Nyatanya kami hanya memerlukan sebiji kereta buat masa ini. Anak pun belom bersekolah. Si waja dulu berganti bateri 3/4 kali setahun kerana tidak digunakan... bila saya kata ' nak pegi tesco kejap'... sampailah en.suami depan rumah. Makanya memang ta berjalan kereta tu.

Pernah en.suami tanya nak kereta apa.... saya tunjuk dan... "macam tu, cantik sangat tu..." maka... jawapannya pula.. "tu tak bolehla... ingat toke balak ke? itu setengah juta tau.." saya sungguh tidak faham...  (manala saya tahu harga kereta... saya cuma tunjuk) Jika kereta 100k keatas sungguh saya tidak boleh terima... harganya boleh kita miliki sebiji rumah lagi... rugi bagi saya.

Kali ini saya berkenan tengok yang ini pula...
Tapi lebih baik jangan tanya saya nak yang mana.

cadillac escalade

yang ni bape inggit pulak bang? buleh ke? nak anta anak pi skulah ja ha..
(kompem x kan tanya saya lagi..)

Pastinya, kereta apa pun tak kisah, tapi soal keselesaan perlu diambil kira untuk jalan jauh.. Banyak juga kereta yang ok, selesa.. dengan harga yang murah.
sekian.