sabda

Thursday, December 16, 2010

Highway Danga Bay

Mengharungi musim cuti sekolah sangat-sangat dirasai kemeriahannya walaupun belum punya anak yang bersekolah. Sebab apa? sebab musim tersebut seiring dengan walimatul`urus majlis perkahwinan. Nak memenuhi undangan majlis kahwin ni bukan mudah, di tampal dengan jadual en.abang. Hari sabtu keja, ahad pon keja? Aishhh..... Wokeh, mmg seronok cerita fasal majlis kawen, silap-silap tambah pulak bab 'terkenang-kenang' Abis~~~ berjela-jela jadinya.

Saya tidak fasih untuk bercerita tentang highway ni. Highway ni bakal menghubungkan bandaraya JB dan Nusajaya. Bakal memeriahkan bandar dipersisiran pantai yang bangunan-bangunanya boleh dikatakan semuanya tinggi melangit. Kalian boleh klik (lihatlah) link ini untuk melihat dan menimba dengan lebih jelas tentang projek ini. Nampaknya agak lebih/lebih kurang dasyatnya dengan Putrajaya.

Ini merupakan kali ke 2 saya menjengah site en.abg. Kali pertama tika saya minta beliau hantar saya ke kedai buku, beliau bawa saya dan anak-anak terus ke site, dan kekedai buku setelah siap kerjanya di site. Dan kala itu site yang saya kunjungi disebelah Perling, merentas sungai besar dari perling merupakan site pada gambar-gambar di bawah. Azem paling gembira bila dimaklumkan dia di site ayahnya... "yeiiii!! azem keja dengan ayah!!!!".  Saya TIDAK pernah terfikir akan ke site macam ni. Dapat masuk kawasan larangan macam ni sangat mengujakan.  

Berikut sedikit dari gambar yang saya sempat rakamkan merempuh 'the making of Nusajaya', Eh, 'The making of coastal highway'. Perjalanan bermula dari danga bay.



Jambatan kecil tu cemei sangat sebab ada 2 batang tiang putih kalau kalian perasan.Seberang tu banyak banglo tengah buat.










Gambar-gambar dibawah adalah sewaktu patah balik ke danga bay.





Saya kesini dengan berbaju kurung untuk pi kenduri. Apa-apa pun terima kasih buat en.abang. Satu lawatan yang menarik, ;)

Monday, December 13, 2010

Ke pantai Desaru.

Hujung minggu, semalam? kami bersiar-siar di setia tropika dan bershopping di setia indah sahaja.. kemudian bawa anak-anak bersiar-siar dalam kawasan perumahan seperti kebiasaannya. Ahad seminggu yang lalu saya di kampung. Kebiasaannya en.suami akan membawa kami ke sg,rengit menikmati keindahan alam tepi pantai sambil melihat dari jauh kapal-kapal yang lalu disitu.

Hari itu kami ke pantai desaru dipagi hari. Kononnya mahu main air laut dengan anak-anak dan makan-makan ditepi pantai. Akan tetapi.... hohoho~~ terik mentari buat kami hanya beberapa minit disitu!







Gambar musim cuti sekolah '10

Jika ikutkan SEMPAT dan ruang waktu yang lebih santai... alamatnya adalah  no 1001 impian alasan, rumah kosong.  Lebih afdal jika saya muatkan gambar sahaja tanpa bicara yang berjela. Kerana telah banyak gambar yang terbuku sepi... kalau dibukukan sudah berkepok-kepok!

Cuti sekolah hujung tahun sudah dipertengahan jalan. Hujung nov hingga dec saya manfaat cuti sekolah bersama kakanda tercinta. Lebih kurang 2 minggu di Adela bersulam Setia Indah. Dan........ banyak gambar yang saya TERdelete!

Berikut merupakan gambar sewaktu makan-makan di rumah limas Danga Bay. Tiada foto juadah disini, harap maklum.


 syok juga menikmati juadah disini, tapi
pihak rumah limas sepatutnya alas meja tu, idakle tumpah air kami...  :(


 anak-anak saudaraku ada 3 orang setakat ini (hakim dimeja makan)
Muga kalian didalam rahmat Allah swt~

yang ini... huh! tengah suka sangat.. haie... kalu tak nangis je kejanya! 


masa ni, abg ipar di jerantut.

Wednesday, December 08, 2010

Lukisan lama

LUKISAN adalah antara minat saya tak pernah terlupus dari kesukaan saya setakat ini. Minat melukis berputik sejak kecil lagi. Dari melakar garisan dan objek diatas tanah, dinding rumah, perabot rumah ibu sehinggalah diatas kertas lukisan dan kain.

Saya masih ingat lakaran-lakaran kesukaan saya sehingga masa ini. Saya tidak jemu memberi dan membuahkan idea kepada rakan-rakan sekelas suatu masa dahulu. DAN rakan-rakan juga sangat sukakan saya dalam kelas lukisan.... kikikikikik.......
Saya sentiasa bernasib baik dalam permakahan lukisan. ;)



Lukisan diatas adalah antara lukisan kesayangan saya. Lukisan tersebut bertajuk 'keliru' dihasilkan sewaktu saya mengaji di uitm antara tahun 2003 - 2006. Bagi saya, lukisan tersebut memiliki nilai seni yang tersendiri dengan penggunaan satu warna dibias dengan berus yang ketandusan warna dan campuran cecair. Lukisan tersebut nampak girang, menawan dan seperti lembab/basah kehujanan sungguhpun kekeliruan.

Sayang sekali satu album dari lukisan tersebut TIDAK mendapat markah yang tinggi. Sungguh menyakitkan hati kerana lukisan-lukisan lain yang lebih rumit tidak dinilai. Pensyarah hanya lihat sepintas lalu kerana kesuntukan waktu dakwanya! Saya juga kesuntukan waktu untuk menjejaki pensyarah tersebut diakhir semester. !_!
Saya telah meminta 'Pak Beraim' / ayah saya untuk mengabdikan lukisan tersebut dirumahnya.

Sekarang saya punya banyak waktu untuk melukis. En.suami juga telah menyediakan peralatan melukis secukupnya... dan saya berangan untuk melukis diatas porcelain pada masa akan datang. InsyaAllah.