sabda

Friday, July 23, 2010

Lagi...gambar di zoo Singapura..

Saya tidak dapat bercerita dengan panjang lebar, tapi... mahu juga masukkan gambar-gambar dibawah hari ini. Sesungguhnya hari ini sangat pendek dirasakan... banyak kerja yang perlu dibereskan... esok pagi akan balik Teluk Intan, kemudian Sungai Tiang Bagan Dato... kemudian.... hurm... bunyi macam menyeronokkan.... InsyaAllah, semuga Allah memberkati perjalanan kami dan percutian yang agak panjang ini... khabar dari en.suami kami akan pulang ke johor semula rabu nanti.

Berbalik pada zoo singapura.. Saya rasa hidupan yang hidup dan tumbuh disitu agak bertuah kerana dipelihara dengan baik. Haiwan-haiwan tidak seperti dipenjara.... macam zoo di johor... gajah, monyet..... saya rasa tak ubah seperti tahanan di penjara pudu.







 nak bayangkan x mampu... harap gambar yang tidak jelas ini dapat menyapaikan sesuatu.. tempat harimau..


 minat bebenau dgn pokok nih!

 buah mentega.. teringat masa my along duduk Sabah dulu.. asal balik.. buah mentega.. buah salak.. buah mentega, buah salak.





 

Pn. Normi sekeluarga..

nampak mcm gamba 80an... saja nak tengok sama ke muka husna dengan saya..

















Indahnya ciptaan Allah yang terpelihara..

Sekian, jumpa lagi.

Thursday, July 22, 2010

Hijau.

Ahad lalu kami sekeluarga ke Singapura ditemani sahabat en.suami sekeluarga. Kami bersiar-siar di zoo kemuadian singgah di masjid dan pusing-pusing sekitar bandar dan flat. Ini merupakan kunjungan pertama saya sekeluarga ke Singapura. Setelah saya fikir-fikir, saya memutuskan untuk membahagikan cerita berkaitan kunjungan saya ke singapura kepada beberapa tajuk.

Pertama, tentulah saya sangat-sangat teruja akan kehijauan yang ada pada pulau tersebut. Benarlah.... seperti yang telah ibu dan ayah ceritakan.... "singapore banyak pokok..." tambah ayah lagi "cuba tengok berita, kalau kaji cuaca tu, singapore sejuk sikit dari malaysia".... aish... iye je orang tua ni punya ulasan... entah le, saya meredah hujan sepanjang berada di singapura, tentulah dingin dan sejuk sedikit. 

Baruuu jee masuk singapore saya dah teruja nak memastikan jauh mana kebenaran kata ibu dan ayah...hehehe.................. 'betullahhhhh.........'

menghala ke zoo..

yang ni msti baru lagi kan... dah besar pokok ni nnt msti cantik tmpat ni.. tang pokok kecil ni dapat menyerlahkan  kehebatan bangunan yang baru siap tu..... nampak jelas...

kenapa highway kita byk pokok sentang je... tu pun jauhh kat tepi pagar..panas.

pokok bunga yang sama jenis cantik kalau dah berderet macam ni..


Kesimpulannya, semua gambar saya yang diambil dari dalam kereta ada kereta Honda tu... sbb saya tak boleh kekanan nanti husna jilat hp saya... ke kiri azem pulak nak tolong.. Tapi, itulah pemandu pelancong kami pada hari tersebut yang berjaya bawa kami ronda hampir keseluruh Singapore... bak kata suami, 'kalu ke KL dah sampai kita ni'... Heh heh heh heh.... Terima kasih kepada En.Ikram, isteri dan anak2 yang sudi bersama kami ke Singapura... Bak kata suami lagi, kalau tak bersama mereka tak round la singapore kita...

Jumpa lagi, Assalamualaikum.

Friday, July 16, 2010

AUSTIN HILLS

Kadang-kadang buntu memilih destinasi untuk bawa anak bersiar-siar, bermandi manda di hujung minggu. Sebenarnya saya tak tahu nak tulis apa untuk post kali ini..

Apa-apapun.... jika anda berada di jb, tak tahu nk kemana untuk aktiviti seperti gambar dibawah... boleh la ke Austin Hills...










Kali pertama bersiar-siar di sini, saya rasa teruja kerana tak sangka ada juga tempat yang mendamaikan berhampiran dengan kawasan perumahan. Masa tu sempat menikmati minum petang di hotel mengadap padang golf. Syok juga lah... Terubat juga sedikit kerinduan dekat Bandar Penawar yang dekat sangat dengan Desaru tu..... haha....

Sekian.

Tuesday, July 13, 2010

Resepi Pizza Yang Mudah

Beberapa bulan lalu saya bagi resepi piza saya pada seseorang.... sayangnya tak menjadi katanya tang tepung tu tak naik...

Saya tak reti nak terangkan bagaimana cara menguli tepung tu.... cuma berharap pihak berkenaan tidak putus asa dan cuba lagi....

Malu sebenarnya nak tayang.... sebab yang saya buat biasa-biasa je.... x sama macam pizza hut punya tu....
Saya guna keping keju yang biasa.... pernah guna keju parut untuk piza... tapi entah knapa tak kena pula dengan selera... jenis keju agaknya.... jenis yang saya beli tu payau je rasanya... nak yang betul-betul sedap mungkin rm20++ kot....


saya pernah guna nenas muda dan nenas masak. kesimpulannya nenas masak lebih baik nenas muda akan merosakkan rasa pizza (masam + pahit)


yang ini guna keju biasa dalam 3-4 keping cam tu la....


bahan-bahan untuk roti:

1 setengah cawan tepung
1 sudu besar yis kering (bancuh dengan air suam)
1 sudu mentega
2 sudu susu pekat
1 sudu gula
sedikit air untuk menguli

uli semua bahan sebati hingga menjadi doh.. rehatkan selama 1/2 jam. Bekas hendaklah ditutup rapat.
setelah setengah jam adunan akan naik. Uli lagi dan bentukkan bulat dan leperkan... ikut suka nak empat segi pon x de hal...

untuk lapisan atas saya gunakan:

4 sudu besar sos spaghetti (tradisi)
hotdog dihiris-hiris
4 keping keju
hirisan bawang dan lada.
(x kisah la apa je yg ada yg blh disuai letak... )

Mudah sahaja kan.... letak bahan-bahan tersebut dibahagian atas dan bakar selama 15 - 20 minit suhu 130d kalu avon saya la...
sekian...