Kasut yang macammana kalian sediakan untuk anak-anak? Macammana kalian memilih kasut?? berdasarkan warna? rekabentuk? harga?? atau apa??
Saya? Biasanya waktu memilih kasut anak-anak saya akan tengok tempat.. saya tidak masuk ke kedai crocs, scholl, kickers,clark dan sewaktu dengannya untuk membeli kasut anak. Jika kalian berkemampuan, punya peruntukan untuk permata hati apa salahnya kan.
Bagi kami, kami tidak memperuntukkan kasut yang mahal untuk anak-anak, dari anak yang pertama kasut hanya semahal rm60 kebawah. Tempat membeli kasut samaada kedai-kedai kasut biasa, atau bata atau ruang jualan kasut kanak-kanak di jusco.
Tak tahu lah kalau tetiba en.abang mahu pulak membeli yang 1k kebawah untuk anak-anak? hurm.. (mcm x mungkin) hahahahHHH!!!
kasut macam ni menjadi pilihan saya sewaktu anak baru belajar berjalan, waktu ini anak perlukan kasut yang bertapak nipis dan lembut supaya mudah untuk anak melangkah. Harga rm20 kebawah.
Teringat masa Azem baru belajar berjalan, bantai kasut rm10 sahaja, tapak getah atas kain nipis.
kasut yang ini pula menggantikan kasut diatas yang sudah sempit dipakai dek husna.. harga rm49.90. Masih memilih tapak yang lembut dan selesa walaupun murah.
ini kasut azem, errkkk... kasut ka ni??
Warna masih penting bagi saya, haruslah yang sesuai denga si pemakai. Rekabentuk? juga masih penting... murah pun... tengok juga bentuk dia macammana, senang disarung/ dipakai? selesa? begitulah hendaknya perihal saya memilih kasut anak. : )
bila melihat kanak-kanak lain bergaya dengan kasut berjenama beharga 200 keatas, hati saya terdetik.. 'wow, mahe tu... beruntung si anak.. dah byk simpanan tu... x pa..' . :)
Terpulang pada kita sebagai ibu bapa mahu mendidik anak macammana, tepuk dada tanya selera. Wallahu'alam biswb..
pada sya,yg pnting ank2 selesa.semua nk yg terbaik utk ank2..tp kena beringat,takut ank2 terbawa2 smp dewasa.jika satu ketika kite hilang kemampuan,ank2 mesti merajuk atau memberontak.sebab dh selalu sgt dihidangkan dgn brg2 mewah atau mahal.x semestinya kite belikan yg murah tu,kite x syg ank2 kita..kena berpada2 lah..
ReplyDeletemahal ke murah terpulang pada individu..certain people describe mahal tu berlainan..ada yang kata kasut budak rm50 dh mahal..tapi ada yang murah..so tepuk poket sendiri la..ju kalo akak bukan kasut je..semua benda akak beli ikut kemampuan..yang penting jangan bermewah2 sangat
ReplyDeleteTerimakasih kerana sudi berkongsi pendapat disini. Yap, betul.. beli barang murah bukan tanda tak sayang... iskhiskhiskhhh... :)
ReplyDeleteummi umar: betul kak zi, rasanya kalau ikut ibu ayah saya pun rm50 tu mahal tue....
bila anak2 dikelilingi mereka2 yg mewah tu yg jadi murah rm50 tu. Tapi saya bangga sebab berjaya mendidik anak2 bersederhana... dari segi pakaian tak dinafikan ada juga yang saya rasa agak mahal, tapi secara rawaknya sederhana sahaja... tidak bergaya. Masih pakai baju yang bertahi lalat untuk berjalan-jalan ;)
Saya sangat setuju tang 'jangan bermewah2 sangat' tu. Sangat setuju! untuk kebaikan anak sebenarnya elok begitu. :D