sabda

Friday, July 29, 2011

Pokok yang cerewet...

CEREWET? perangai ke apa.. hihi.. macam x sesuai gitu nuduh pokok cerewet...
kita yang kata kan? dah dia x sesuai duk dengan cuaca yang panas...

Saya sukakannya. Saya letak dibawah pokok yang rendang nak bagi dia sejuk. kalau letak depan rumah memang la berbumbung dia.. tapi situ haba.. panas.

yang mana satu? yang tengah-tengah itu. cun bangat...


masa baru beli penuh bunga.. lepas tu banyak kuntum-kuntum yang baru..
tidak berapa lama itu.. dia me-layu..

Apa jadi? saya pun dengan bersemangatnya pindahkan dari pasunya.. dan letak dekat dengan tingkap.. bagi dia redup dan supaya dia tak kena air hujan..kot-kot terlebih air... (kan dah kata tadi haba) ya, haba disitu memang panas. Keadaan dia sekarang kritikal. Kalau ada doktor... dia akan kata 'berserah ja la, tak boleh harap apa-apa lagi' gitu le.

berserah.

layu habis dah.

tapi saya tetap siram h a r i - h a r i.

demi kasih.

Thursday, July 28, 2011

Geli Hati (tengok gambar lama ; tak berapa lama)

Nak kata lama sangat tu tidak la... masa cuti sekolah awal tahun mac 2011. Bila tengok album-album lalu yang kurang kutelek-telek sebelum ini... banyak gambar-gambar yang melucukan.. (rasa ku le..) :)

anak-anak along slalu pelik tengok husna. Klaka! bila husna bersuara, bila husna suka, sedih ke.. x kira la apa.. kalau husna buat sesuatu dierg kadang-kadang terdiam dan tengok husna betul-betul.. aduiii aii!!

Tok pa solat dengan cucu-cucunya... ada sorang tu nak pakai sejadah x mau kongsi, tok pa letak gitu suh kongsi.. dia x dulik pun, janji sejadah dia betul untuk dia berdiri.. tak kisah la ngala mana!

bila kami berkumpul dirumah tok pa ampai kain musti sesak.. aku apa kira.. sidai ja mana-mana asal baju kering... tambah pula cuaca panas rugi kalau x sidai.. hahahhh!!


tok pa naik benggang tengok kain sidai tak ngira lokasi nih... akeke~

yang ini lagi satu hal.. HERO betulllll...

entah kenapa yang ini kalau berkumpul dengan sepupu-sepupunya jadi ganas.. abis semua abang dia nak pelangkung tak ngira masa yang sesuai.. penat abang lari keliling umah tok pa tak mau cari fasal.. abang-abang nak berehat..baring ke apa pun tak tenang... kui..kui..kuii....

dekat kampung, semua tempat boleh jadi tempat bermain... :)

disiplin ok.. nak beli ais krim siap bawa piring...

saya berkuasa... hambuii.. semua nak ikut kata dia... mana punya undang-undang la ni....




Tuesday, July 26, 2011

Banyak cerita hati.

Busan betul mengadap cerita hati kan...
Cerita hati yang entah apa-apa entah..

saya Tidak ikuti blog ini. Cuma terbaca (ini kisah) tetiba naik geram.
soal hati. bukan lagi sakit.. dah kering pun.
tahap x kisah.. dia nak beraksi bagai apa pun.. dah x de jiwa.

HATI bukan kisah ringan.
Jangan biarkan hati kita membusuk..
Hati,  hati kita adakah telah merasai 'hijrah' yang sepatutnya?
Tambah-tambah pula nak menyambut ramadhan..

Kalau nak cerita pasal 'luka' mungkin tak ada gunanya..
Tapi bahaya jika bersarang... tambah-tambah tidak pula tertunai kebenaran..
mungkin atas sebab.. 'tak pa.. sabar..' atau memang sengaja bagi pihak tertentu berpuas hati..
biar dia puas..
buruknya nama. tak pa. Allah WUJUD.
entah dia sedar atau tidak.
entah apa yg dia dah buat. siapa yg memecah belah kan siapa.. SABAR JA LA!
banyak pulak tu rentetan yang dia timbulkan sampai sekarang. cakap x serupa bikin.
pun sabar ja la.
usaha murninya aku hargai.
memang aku nak sangat dia nampak bagus sangat2.. biar dia puas.
Sikap manusia yang berselindung dibalik BAGUS yang ada.. bagus yang nampak, dan bagusnya yang terselindung. Sebab pandai sangat mungkin.

Sabar ada batasnya.

Saya manusia biasa.

Jika dia punya onar kita 'menggila'..
kemudian.. macam2 lagi kesannya.

Ucapan 'terima kasih' seiklasnya.

emosi berbangkit.
lega.

Salam Ramadhan.

Friday, July 22, 2011

Pertemuan semula~

Pn. Kham datang kerumah!!
Sangattt mengujakan. Kami sebilik masa kami menetap di kolej delima dulu (uitm 2003) ~~~~~~~~~ kenangan yang sangat indah. Dan tentunya banyak kenangan bersama yang semangnya jadi cerita lucu bila disingkap semula.. :D
Ikutkan kos yang saya ambil memang tak ada waktu senggang. Almaklum sabtu ahad sibuk dengan projek kumpulan (shooting), malam dengan melangsaikan kajian. Waktu yang berbaki tidak seberapa itu dapat juga pi makan, keluar beli barang dengan rakan sebilik.. Alhamdulillah ikatan itu tidak habis begitu sahaja. Alhamdulillah.

sekian lama tak berjumpa mestilah nampak perubahan.. :)



gambar ni saya ambik masa kham dah balik.. ala kadar, harap tetamu sukakannya :)

macam tau-tau ja tuan rumah suka 'antu' durian, kejap ja dah tinggal sebiji.. :D

kek durian
bebarapa ulas durian yang tinggal saya jadikan bahan kek..

Pertemuan terakhir dengan kham sebelum ini kalau tak silap ialah di Hospital Terengganu, semasa adik saya koma.

Antara kenangan bersama yang selalu singgah di ingatan saya ialah sarapan pagi dengan kham di kolej dan... bermalam di rumah orang tua kham di terengganu!
i lap u!! :D