sabda

Wednesday, June 15, 2011

Orient Star Lumut ; pangkor laut resort [episod 2: jalan-jalan - june]

nikmati gambar tanpa edit;












santai seisi keluarga pihak pak hencek..






















berkemas, berangkat.

Episod jalan-jalan - June [hadir majlis perkahwinan]

Kali ini penulis tidak berminat untuk merapu panjang-panjang... kerana keterujaan untuk tayang-tayang gambar dengan chenta baru menghempap jalan cerita yang panjang.

Perjalanan kami bermula pada hari jumaat 10/06/11 ke teluk intan ke rumah bonda dan keesokkannya hadir majlis perkahwinan anak kepada sepupu suami. Nak tau, saya segan nak tanya suami itu ini, dan kad jemputan takde pada tangan kami untuk dijadikan bahan rujukan. Kita enjoy....










dua beradik bergelar 'bapa'

dua beradik juga - kawan lompat-lompat, menangis dan ketawa

Zara comei!

kenangan di tepi dewan :)




dulu, dalam kelas photography x balajar betul-betul... tido yea julia (suara en.fuad tu yg slow sangat, tido pun dia senyummm ja) Sekarang sibuk nak cari kelas itu.

Thursday, June 09, 2011

Cerita zaman dulu-dulu : hidangan untuk tetamu.

Assalamualaikum.
Terasa sibuk. Baru siap mengait bunga pada sejadah berkain kapas yang ditempah oleh puan hjh.norasyikin. Alhamdulillah. [bebila nanti saya tayang-tayang yea... :)].

Minggu lepas tak puas bersama kakak tercinta di rumah bonda, berjalan-jalan... Salah satu dari agenda yang memenuhi pertemuan itu ialah kenduri kecil tahlil.

Memasak bukan cerita luar biasa. Sudah beberapa kali saya memasak untuk jemaah yasin di rumah ibu sejak saya di bangku sekolah lagi. Namun, dirumah bonda dan rumah sendiri sahaja saya mampu lakukan setakat ini, tidak yakin untuk 'tunjuk terer' di tempat lain.. Malah, saya sangat takut untuk memasak jika disebelah pihak suami... Seriau k.... tak yakin rasanya.... bagi saya bila berada disana... saya tidak pandai apa-apa... tolong-tolong buang kulit bawang, tumbuk-tumbuk... itupun takut salah... hahah... huhu... Kali pertama saya memasak dirumah mertua setelah 4 tahun berkahwin, atas perintah suami... heh heh... selepas peristiwa [memasak dengan tidak yakin itu] barulah bermulanya episod memasak yang berikutnya di sana... heh heh... hantam sajalah labu...kalau dah seriau tu ekkk...

Okeh, apa yang ingin saya ceritakan disini memang ada kaitan dengan kisah masak-memasak..
Kali ini bonda minta saya fikirkan menu yang sesuai, sudah berapa kali pertemuan dan berkali-kali juga pangilan telefon dari bonda mengigatkan saya tentang majlis kecil yang  mahu dilaksanakan itu, jangan tidak saya musti fikirkan menunya!.. waduh-waduhhh... bukan menu sahaja, saya buleh baca dah ayat bonda tuuu... nak aku masak la tu~~~~ *_* hah hah...

Kali ini saya cuba ketengahkan resepi yang berbeza, iaitu ikan bakar, udang masak kari berkentang, sayur campur (air tangan along), sambal belacan (air tangan jiran), cencalok dan buah anggur sebagai sampingan. Aaaaa.... senang ja kan... Jangan masak banyak-banyak jenis, carca marba nanti... (padahal tak laratt... hah hah...)

cerita zaman dulu-dulu:

Sedang saya sibuk menyediakan bahan-bahan... ibu membuka cerita... sambil-sambil melepaskan lelahnya setelah membersihkan kawasan luar rumah...

cerita ibu, Ada seorang ustazah (rakan seperjuangan ibu) bercerita kisah bapa saudaranya, kisah lama; seorang bapa saudaranya berjalan kaki dalam dari johor bahru ke batu pahat kerana mahu menghadiri majlis tahlil arwah di rumah saudaranya.. (ha, jauh tak kawan-kawan???) ... heh heh... orang dulu-dulu mana ada kenderaan, ini bukan dulu sikit... kisah lama ni tau.... Meredah hutan tu perkara biasa.. mereka tau la jalannya, siap dengan jalan pintas lagi mereka boleh tuju... Saya mencelah "berapa hari jalan nak sampai tu?" ibu ketawa. Ibu kata "ingat orang dulu macam orang sekarang ke? orang dulu kuat.. entah apa lagi yang ada pada badan dia..nak buka ladang tu dieorang tebang pokok sorang-sorang ja..." Ha, hebatnya orang dulu-dulu...

sambung cerita ibu; Sedang bapa saudara ustazah tu berjalan menuju kerumah saudaranya di batu pahat, hari pun menjelang magrib. Beliau singgah di sebuah surau untuk menunaikan solat magrib. Siap solat. orang surau menjamunya dengan berbagai juadah. "silalah makan, ini semua anak saya yang kirim" kata salah seorang ahli surau. Seperti ada yang tidak kena dengan hidangannya, ayam yang yang dihidang kurang dagingnya hanya nampak tulang. Sambil menjamu selera sambil berbual-bual dengan ahli surau tersebut. Ahli surau tu tanya kemana nak pergi.... rumah siapa.... Secara kebetulan Ahli surau sangat mengenali tuan rumah yang hendak ditujunya. Ahli surau berpesan meminta beliau sampaikan salamnya pada tuan rumah beserta dengan ucapan terima kasih.

Selesai makan, beliau rasa kenyang dan mahu meneruskan perjalanannya. (kawan-kawan, ini baru betul perjalanan okeyhh).  Setelah beberapa langkah beliau menoleh kebelakang.. apa yang beliau nampak ialah hanya satu kawasan perkuburan, tiada surau disitu... tapi perut dah kenyang entah apa yang dimakannya tadi.

Setibanya di batu pahat, beliau dihidangkan lauk yang sama jenisnya dengan surau yang disinggahnya tadi.. Ada ayam dan lain-lain, menu yang sama. Tapi sempurna hidangannya. contohnya, ayam tu berdaging tidakle tulang ja.. Beliau pun menyampaikan pesanan ahli surau kepada tuan rumah, baru beliau sedar nama ahli surau tersebut adalah ayah kepada tuan rumah yang ditujunya, dan ayah tuan rumah telahpun meninggal dunia.
Betullah, kata ahli surau, makanan yang dihidangnya adalah kiriman dari anaknya.
(Maksudnya ialah anak dia sedang buat tahlil arwah untuknya).

Boleh faham tak cerita yang saya sampaikan??

Ini kisah benar, cerita betul yang dilalui oleh bapa saudara kepada ustazah sahabat bonda saya. [hish, pening nak buat ayat] akeke..

yang tersirat ialah : Jika kita mahu menyediakan juadah untuk majlis-majlis tertentu, mahu menjamu orang makan.... terutamanya tahlil, Nawaitu kita tu... niat... Jangan ada pula terselit rasa mahu bermegah-megah dengan juadah kita yang kononnya kita rasa bangga dengan keistimewaan juadah tersebut. Bahaya tu tau.... ingat tu kawan-kawan... kita-kita ni la pelapis kepada orang tua kita, suatu masa nanti kita sendiri akan mengadakan majlis tahlil... mana kita sedar giliran kita bertua-tuaan*** Ngee~~~ Ingat nawaitu kita menyediakan juadah tu semata-mata untuk menjamu jemaah seiklas hati, rendah diri, berdoa banyak-banyak semuga semuanya diberkati Allah swt.

Mungkin ibu takut jika terselit rasa bangga dihati saya yang memasak diketika itu atau ibu mahu mengingatkan saya, saja menurunkan pesanan untuk anaknya. Saya cuma rasa bersyukur dapat membantu ibu ketika itu, dan saya gembira kerana along ada sama ketika itu. Kerana biasanya, bila saya tak dapat balik masa ibu buat yasin dirumah.. ibu hanya beli yang dah siap bungkus.. setiap seorang jemaah dapat satu bungkusan... (sedih x...) ibu tak larat nak masak-memasak... dia sorang... jaga anak sakit lagi.... kesian ibu kan???????........................

Sekian sahaja untuk kisah kali ini, jika ada keizinan untuk saya menulis lagi, InsyaAllah cerita dari orang tua-tua  akan saya muatkan lagi disini.

Saturday, May 28, 2011

Orkid.

Penulis sangat teruja untuk berkongsi gambar orkid miliknya yang tidak seberapa itu. Akan tetapi kerana ketiadaan kamera maka penulis tidak dapat menepek gambar terbaru orkid-orkid yang sedang berbunga dengan lebatnya.... @_@

Berikut sedikit gambar yang sempat penulis rakamkan  lebih kurang 3 minggu sudah :

Saya bangga dengan orkid yang ini, setiap kali tengok orkid ni, saya tersenyum...
dia x pernah berenti berbunga, x pernah.... MasyaAllah~

Tengokkk... itu tunas bunganya lagi... sekarang sedang kembang...
dan ada lagi tunas bunga yang lain, Alhamdulillah..

ini bukan orkid, saja nak tumpang seri di sini ;)

ini satu lagi, abis bunga, bunga lagi... lagi... dan lagi...

yang ini pula dah lama tak berbunga... baru ni muncul smula bunga dia,
terpegun saya melihatnya... rindu! 


x jelas. tapi ini putik bunga yg warna hijau tu, sekarang tengah kembang dan ada putik lain...
sekali dia berbunga.... bertangkai-tangkai... lebat giler... @_@

ini pula orkid hutan, pertama kali berbunga sebab saya baru tanam anak dia beberapa bulan lalu..
Alhamdulillah, berbunga!!

tumpang glamour...

dibawah pokok ini lah tempat orkid-orkid tersebut bernaung...
syukur, pokok ni semakin gemuk..

Tetiba rasa risau sebab nak tinggalkan rumah beberapa hari untuk balik adela. Tapi x pa, hencek tu rajin juga siram pokok dipetang hari, Alhamdulillah. :)
Tapi.... pokok dah lama x sembur racun serangga... baja taik kambing yang bagus itu pun dah lama habis... hadui.... kulit bawang pun dah lama x letak bawah orkid... haiyooo....
Nampaknya pepagi nanti harus kudahulukan menguruskan pokok sebelum ke rumah kak normi... kemudian nak balik adela... Owh, jangan lupa rosell kak norm!! Okey... rasa macam nak turun sekarang juga! sabar...sabar... tunggu pagi...

tunggu pagiiii......