sabda

Thursday, June 09, 2011

Cerita zaman dulu-dulu : hidangan untuk tetamu.

Assalamualaikum.
Terasa sibuk. Baru siap mengait bunga pada sejadah berkain kapas yang ditempah oleh puan hjh.norasyikin. Alhamdulillah. [bebila nanti saya tayang-tayang yea... :)].

Minggu lepas tak puas bersama kakak tercinta di rumah bonda, berjalan-jalan... Salah satu dari agenda yang memenuhi pertemuan itu ialah kenduri kecil tahlil.

Memasak bukan cerita luar biasa. Sudah beberapa kali saya memasak untuk jemaah yasin di rumah ibu sejak saya di bangku sekolah lagi. Namun, dirumah bonda dan rumah sendiri sahaja saya mampu lakukan setakat ini, tidak yakin untuk 'tunjuk terer' di tempat lain.. Malah, saya sangat takut untuk memasak jika disebelah pihak suami... Seriau k.... tak yakin rasanya.... bagi saya bila berada disana... saya tidak pandai apa-apa... tolong-tolong buang kulit bawang, tumbuk-tumbuk... itupun takut salah... hahah... huhu... Kali pertama saya memasak dirumah mertua setelah 4 tahun berkahwin, atas perintah suami... heh heh... selepas peristiwa [memasak dengan tidak yakin itu] barulah bermulanya episod memasak yang berikutnya di sana... heh heh... hantam sajalah labu...kalau dah seriau tu ekkk...

Okeh, apa yang ingin saya ceritakan disini memang ada kaitan dengan kisah masak-memasak..
Kali ini bonda minta saya fikirkan menu yang sesuai, sudah berapa kali pertemuan dan berkali-kali juga pangilan telefon dari bonda mengigatkan saya tentang majlis kecil yang  mahu dilaksanakan itu, jangan tidak saya musti fikirkan menunya!.. waduh-waduhhh... bukan menu sahaja, saya buleh baca dah ayat bonda tuuu... nak aku masak la tu~~~~ *_* hah hah...

Kali ini saya cuba ketengahkan resepi yang berbeza, iaitu ikan bakar, udang masak kari berkentang, sayur campur (air tangan along), sambal belacan (air tangan jiran), cencalok dan buah anggur sebagai sampingan. Aaaaa.... senang ja kan... Jangan masak banyak-banyak jenis, carca marba nanti... (padahal tak laratt... hah hah...)

cerita zaman dulu-dulu:

Sedang saya sibuk menyediakan bahan-bahan... ibu membuka cerita... sambil-sambil melepaskan lelahnya setelah membersihkan kawasan luar rumah...

cerita ibu, Ada seorang ustazah (rakan seperjuangan ibu) bercerita kisah bapa saudaranya, kisah lama; seorang bapa saudaranya berjalan kaki dalam dari johor bahru ke batu pahat kerana mahu menghadiri majlis tahlil arwah di rumah saudaranya.. (ha, jauh tak kawan-kawan???) ... heh heh... orang dulu-dulu mana ada kenderaan, ini bukan dulu sikit... kisah lama ni tau.... Meredah hutan tu perkara biasa.. mereka tau la jalannya, siap dengan jalan pintas lagi mereka boleh tuju... Saya mencelah "berapa hari jalan nak sampai tu?" ibu ketawa. Ibu kata "ingat orang dulu macam orang sekarang ke? orang dulu kuat.. entah apa lagi yang ada pada badan dia..nak buka ladang tu dieorang tebang pokok sorang-sorang ja..." Ha, hebatnya orang dulu-dulu...

sambung cerita ibu; Sedang bapa saudara ustazah tu berjalan menuju kerumah saudaranya di batu pahat, hari pun menjelang magrib. Beliau singgah di sebuah surau untuk menunaikan solat magrib. Siap solat. orang surau menjamunya dengan berbagai juadah. "silalah makan, ini semua anak saya yang kirim" kata salah seorang ahli surau. Seperti ada yang tidak kena dengan hidangannya, ayam yang yang dihidang kurang dagingnya hanya nampak tulang. Sambil menjamu selera sambil berbual-bual dengan ahli surau tersebut. Ahli surau tu tanya kemana nak pergi.... rumah siapa.... Secara kebetulan Ahli surau sangat mengenali tuan rumah yang hendak ditujunya. Ahli surau berpesan meminta beliau sampaikan salamnya pada tuan rumah beserta dengan ucapan terima kasih.

Selesai makan, beliau rasa kenyang dan mahu meneruskan perjalanannya. (kawan-kawan, ini baru betul perjalanan okeyhh).  Setelah beberapa langkah beliau menoleh kebelakang.. apa yang beliau nampak ialah hanya satu kawasan perkuburan, tiada surau disitu... tapi perut dah kenyang entah apa yang dimakannya tadi.

Setibanya di batu pahat, beliau dihidangkan lauk yang sama jenisnya dengan surau yang disinggahnya tadi.. Ada ayam dan lain-lain, menu yang sama. Tapi sempurna hidangannya. contohnya, ayam tu berdaging tidakle tulang ja.. Beliau pun menyampaikan pesanan ahli surau kepada tuan rumah, baru beliau sedar nama ahli surau tersebut adalah ayah kepada tuan rumah yang ditujunya, dan ayah tuan rumah telahpun meninggal dunia.
Betullah, kata ahli surau, makanan yang dihidangnya adalah kiriman dari anaknya.
(Maksudnya ialah anak dia sedang buat tahlil arwah untuknya).

Boleh faham tak cerita yang saya sampaikan??

Ini kisah benar, cerita betul yang dilalui oleh bapa saudara kepada ustazah sahabat bonda saya. [hish, pening nak buat ayat] akeke..

yang tersirat ialah : Jika kita mahu menyediakan juadah untuk majlis-majlis tertentu, mahu menjamu orang makan.... terutamanya tahlil, Nawaitu kita tu... niat... Jangan ada pula terselit rasa mahu bermegah-megah dengan juadah kita yang kononnya kita rasa bangga dengan keistimewaan juadah tersebut. Bahaya tu tau.... ingat tu kawan-kawan... kita-kita ni la pelapis kepada orang tua kita, suatu masa nanti kita sendiri akan mengadakan majlis tahlil... mana kita sedar giliran kita bertua-tuaan*** Ngee~~~ Ingat nawaitu kita menyediakan juadah tu semata-mata untuk menjamu jemaah seiklas hati, rendah diri, berdoa banyak-banyak semuga semuanya diberkati Allah swt.

Mungkin ibu takut jika terselit rasa bangga dihati saya yang memasak diketika itu atau ibu mahu mengingatkan saya, saja menurunkan pesanan untuk anaknya. Saya cuma rasa bersyukur dapat membantu ibu ketika itu, dan saya gembira kerana along ada sama ketika itu. Kerana biasanya, bila saya tak dapat balik masa ibu buat yasin dirumah.. ibu hanya beli yang dah siap bungkus.. setiap seorang jemaah dapat satu bungkusan... (sedih x...) ibu tak larat nak masak-memasak... dia sorang... jaga anak sakit lagi.... kesian ibu kan???????........................

Sekian sahaja untuk kisah kali ini, jika ada keizinan untuk saya menulis lagi, InsyaAllah cerita dari orang tua-tua  akan saya muatkan lagi disini.

3 comments:

  1. tq ju..cerita yang sangat menyedarkan..dan menginsafkan diri ku ini..mana la tau kdg2 tatkala membuat kebaikan terselit persaan bermegah..

    ReplyDelete
  2. ni kisah akak:
    2 minggu lepas rumah mak mertua kat sening buat kenduri..siang utk pompuan n malam untuk lelaki.
    akak cadangkan kat suami utk beli jajan2 utk diberi kepada jiran2..mulanya kami bersetuju..
    esoknya suami kata nak bagi yaasin..akak lak kata ramai yg dh bg yaasin..
    esoknya akak kata ok..dalam hati nanti nak tulis la daripada siapa..print n fotostat n tampal kat yaasin tu..dlm ati cam ada perasaan cm nak tunjuk2 lak..
    esoknya lagi suami akak kata kita derma duit je la ke surau..
    akak cm bengang kat suami akak
    tapi esoknya akak bersyukur sebab suami akak batalkan
    alhamdulillah sumai akak dapat cegah perasaan menunjuk2 di hati isterinya
    akhirnya majlis berlangsung tanpa sebarang ole2 untuk tetamu..biar la org tak dapat apa2 selepas majlis asalkan aku tak dapat apa2 dosa juga untuk bekalan akhirat ku..nauzubillah dan alhamdulillah

    ReplyDelete
  3. salam kak zi, ini tauladan untuk kita kan kak.. lepas ni kak zi juga kongsi2 la cerita dari orang tua-tua... kita abadikan...

    Betul la kak zi, derma dekat surau lagi bagus, boleh betulkan atap bocor ke apa... bagi macam2 dekat jemaah pun..... dierg dah sedia berada semuanya...

    ReplyDelete