Assalamualaikum.
Terasa sibuk. Baru siap mengait bunga pada sejadah berkain kapas yang ditempah oleh puan hjh.norasyikin. Alhamdulillah. [bebila nanti saya tayang-tayang yea... :)].
Minggu lepas tak puas bersama kakak tercinta di rumah bonda, berjalan-jalan... Salah satu dari agenda yang memenuhi pertemuan itu ialah kenduri kecil tahlil.
Memasak bukan cerita luar biasa. Sudah beberapa kali saya memasak untuk jemaah yasin di rumah ibu sejak saya di bangku sekolah lagi. Namun, dirumah bonda dan rumah sendiri sahaja saya mampu lakukan setakat ini, tidak yakin untuk 'tunjuk terer' di tempat lain.. Malah, saya sangat takut untuk memasak jika disebelah pihak suami... Seriau k.... tak yakin rasanya.... bagi saya bila berada disana... saya tidak pandai apa-apa... tolong-tolong buang kulit bawang, tumbuk-tumbuk... itupun takut salah... hahah... huhu... Kali pertama saya memasak dirumah mertua setelah 4 tahun berkahwin, atas perintah suami... heh heh... selepas peristiwa [memasak dengan tidak yakin itu] barulah bermulanya episod memasak yang berikutnya di sana... heh heh... hantam sajalah labu...kalau dah seriau tu ekkk...
Okeh, apa yang ingin saya ceritakan disini memang ada kaitan dengan kisah masak-memasak..
Kali ini bonda minta saya fikirkan menu yang sesuai, sudah berapa kali pertemuan dan berkali-kali juga pangilan telefon dari bonda mengigatkan saya tentang majlis kecil yang mahu dilaksanakan itu, jangan tidak saya musti fikirkan menunya!.. waduh-waduhhh... bukan menu sahaja, saya buleh baca dah ayat bonda tuuu... nak aku masak la tu~~~~ *_* hah hah...
Kali ini saya cuba ketengahkan resepi yang berbeza, iaitu ikan bakar, udang masak kari berkentang, sayur campur (air tangan along), sambal belacan (air tangan jiran), cencalok dan buah anggur sebagai sampingan. Aaaaa.... senang ja kan... Jangan masak banyak-banyak jenis, carca marba nanti... (padahal tak laratt... hah hah...)
cerita zaman dulu-dulu:
Sedang saya sibuk menyediakan bahan-bahan... ibu membuka cerita... sambil-sambil melepaskan lelahnya setelah membersihkan kawasan luar rumah...
cerita ibu, Ada seorang ustazah (rakan seperjuangan ibu) bercerita kisah bapa saudaranya, kisah lama; seorang bapa saudaranya berjalan kaki dalam dari johor bahru ke batu pahat kerana mahu menghadiri majlis tahlil arwah di rumah saudaranya.. (ha, jauh tak kawan-kawan???) ... heh heh... orang dulu-dulu mana ada kenderaan, ini bukan dulu sikit... kisah lama ni tau.... Meredah hutan tu perkara biasa.. mereka tau la jalannya, siap dengan jalan pintas lagi mereka boleh tuju... Saya mencelah "berapa hari jalan nak sampai tu?" ibu ketawa. Ibu kata "ingat orang dulu macam orang sekarang ke? orang dulu kuat.. entah apa lagi yang ada pada badan dia..nak buka ladang tu dieorang tebang pokok sorang-sorang ja..." Ha, hebatnya orang dulu-dulu...
sambung cerita ibu; Sedang bapa saudara ustazah tu berjalan menuju kerumah saudaranya di batu pahat, hari pun menjelang magrib. Beliau singgah di sebuah surau untuk menunaikan solat magrib. Siap solat. orang surau menjamunya dengan berbagai juadah. "silalah makan, ini semua anak saya yang kirim" kata salah seorang ahli surau. Seperti ada yang tidak kena dengan hidangannya, ayam yang yang dihidang kurang dagingnya hanya nampak tulang. Sambil menjamu selera sambil berbual-bual dengan ahli surau tersebut. Ahli surau tu tanya kemana nak pergi.... rumah siapa.... Secara kebetulan Ahli surau sangat mengenali tuan rumah yang hendak ditujunya. Ahli surau berpesan meminta beliau sampaikan salamnya pada tuan rumah beserta dengan ucapan terima kasih.
Selesai makan, beliau rasa kenyang dan mahu meneruskan perjalanannya. (kawan-kawan, ini baru betul perjalanan okeyhh). Setelah beberapa langkah beliau menoleh kebelakang.. apa yang beliau nampak ialah hanya satu kawasan perkuburan, tiada surau disitu... tapi perut dah kenyang entah apa yang dimakannya tadi.
Setibanya di batu pahat, beliau dihidangkan lauk yang sama jenisnya dengan surau yang disinggahnya tadi.. Ada ayam dan lain-lain, menu yang sama. Tapi sempurna hidangannya. contohnya, ayam tu berdaging tidakle tulang ja.. Beliau pun menyampaikan pesanan ahli surau kepada tuan rumah, baru beliau sedar nama ahli surau tersebut adalah ayah kepada tuan rumah yang ditujunya, dan ayah tuan rumah telahpun meninggal dunia.
Betullah, kata ahli surau, makanan yang dihidangnya adalah kiriman dari anaknya.
(Maksudnya ialah anak dia sedang buat tahlil arwah untuknya).
Boleh faham tak cerita yang saya sampaikan??
Ini kisah benar, cerita betul yang dilalui oleh bapa saudara kepada ustazah sahabat bonda saya. [hish, pening nak buat ayat] akeke..
yang tersirat ialah : Jika kita mahu menyediakan juadah untuk majlis-majlis tertentu, mahu menjamu orang makan.... terutamanya tahlil, Nawaitu kita tu... niat... Jangan ada pula terselit rasa mahu bermegah-megah dengan juadah kita yang kononnya kita rasa bangga dengan keistimewaan juadah tersebut. Bahaya tu tau.... ingat tu kawan-kawan... kita-kita ni la pelapis kepada orang tua kita, suatu masa nanti kita sendiri akan mengadakan majlis tahlil... mana kita sedar giliran kita bertua-tuaan*** Ngee~~~ Ingat nawaitu kita menyediakan juadah tu semata-mata untuk menjamu jemaah seiklas hati, rendah diri, berdoa banyak-banyak semuga semuanya diberkati Allah swt.
Mungkin ibu takut jika terselit rasa bangga dihati saya yang memasak diketika itu atau ibu mahu mengingatkan saya, saja menurunkan pesanan untuk anaknya. Saya cuma rasa bersyukur dapat membantu ibu ketika itu, dan saya gembira kerana along ada sama ketika itu. Kerana biasanya, bila saya tak dapat balik masa ibu buat yasin dirumah.. ibu hanya beli yang dah siap bungkus.. setiap seorang jemaah dapat satu bungkusan... (sedih x...) ibu tak larat nak masak-memasak... dia sorang... jaga anak sakit lagi.... kesian ibu kan???????........................
Sekian sahaja untuk kisah kali ini, jika ada keizinan untuk saya menulis lagi, InsyaAllah cerita dari orang tua-tua akan saya muatkan lagi disini.
sabda
Thursday, June 09, 2011
Saturday, May 28, 2011
Orkid.
Penulis sangat teruja untuk berkongsi gambar orkid miliknya yang tidak seberapa itu. Akan tetapi kerana ketiadaan kamera maka penulis tidak dapat menepek gambar terbaru orkid-orkid yang sedang berbunga dengan lebatnya.... @_@
Berikut sedikit gambar yang sempat penulis rakamkan lebih kurang 3 minggu sudah :
Tetiba rasa risau sebab nak tinggalkan rumah beberapa hari untuk balik adela. Tapi x pa, hencek tu rajin juga siram pokok dipetang hari, Alhamdulillah. :)
Tapi.... pokok dah lama x sembur racun serangga... baja taik kambing yang bagus itu pun dah lama habis... hadui.... kulit bawang pun dah lama x letak bawah orkid... haiyooo....
Nampaknya pepagi nanti harus kudahulukan menguruskan pokok sebelum ke rumah kak normi... kemudian nak balik adela... Owh, jangan lupa rosell kak norm!! Okey... rasa macam nak turun sekarang juga! sabar...sabar... tunggu pagi...
tunggu pagiiii......
Berikut sedikit gambar yang sempat penulis rakamkan lebih kurang 3 minggu sudah :
Saya bangga dengan orkid yang ini, setiap kali tengok orkid ni, saya tersenyum...
dia x pernah berenti berbunga, x pernah.... MasyaAllah~
Tengokkk... itu tunas bunganya lagi... sekarang sedang kembang...
dan ada lagi tunas bunga yang lain, Alhamdulillah..
ini bukan orkid, saja nak tumpang seri di sini ;)
ini satu lagi, abis bunga, bunga lagi... lagi... dan lagi...
yang ini pula dah lama tak berbunga... baru ni muncul smula bunga dia,
terpegun saya melihatnya... rindu!
x jelas. tapi ini putik bunga yg warna hijau tu, sekarang tengah kembang dan ada putik lain...
sekali dia berbunga.... bertangkai-tangkai... lebat giler... @_@
ini pula orkid hutan, pertama kali berbunga sebab saya baru tanam anak dia beberapa bulan lalu..
Alhamdulillah, berbunga!!
tumpang glamour...
dibawah pokok ini lah tempat orkid-orkid tersebut bernaung...
syukur, pokok ni semakin gemuk..
Tetiba rasa risau sebab nak tinggalkan rumah beberapa hari untuk balik adela. Tapi x pa, hencek tu rajin juga siram pokok dipetang hari, Alhamdulillah. :)
Tapi.... pokok dah lama x sembur racun serangga... baja taik kambing yang bagus itu pun dah lama habis... hadui.... kulit bawang pun dah lama x letak bawah orkid... haiyooo....
Nampaknya pepagi nanti harus kudahulukan menguruskan pokok sebelum ke rumah kak normi... kemudian nak balik adela... Owh, jangan lupa rosell kak norm!! Okey... rasa macam nak turun sekarang juga! sabar...sabar... tunggu pagi...
tunggu pagiiii......
Tuesday, May 24, 2011
Bukit Merah
Assalamualaikum.
Saya tak keberatan untuk menyatakan post ini untuk silent reader saya, dan juga sesiapa juga yang sengaja membacanya :). Terima kasih buka diary saya. :D 2 ke 3 'silent reader' yang meminta post 'bukit merah'... okeyh... ini lah dia sedikit perihal 'Bukit Merah'.
Jika kalian ke utara merentasi highway plus tuuu... pasti akan tersampang dengan 'bukit merah', kerana lokasinya betul-betul sebelah highway... tidak berapa jauh setelah melepasi simpang keluarTaiping. Kalau korang mengigau sekalipun... InsyaAllah tak sesat... baca signboard betul-betul... jangan lupa baca tulisan bawah dia.. [bla...bla.. bla.. 500m] contohnya. Dan baca arah betul-betul... fahamkan sekali yang tersirat, sebab kadang-kadang signboard ni tak jelaskan dengan tepat, serta merta anda perlu bernujum dengan tepat. Jangan risau, jika anda pandai membaca, tak de masalah besar disini~
Sebelum ni saya hanya lihat signboard 'bukit merah' dari highway ja... saya tidak dapat bayangkan apa yang ada pada bukit merah disebalik hotel yang menjadi perhiasan lebuh raya itu. Puas saya meneka.. apa yang ada disebalik itu??
Di sinilah tempat kami menginap ketika merantau semalaman pada masa itu. Alhamdulillah percutian itu sungguh sempurna bagi saya, syukur. Di sertai oleh kedua mertua saya dan juga ipar saya sekeluarga. Alhamdulillah.

Suria apartment Bukit Merah Taiping image.
Di sinilah tempat kami menginap ketika merantau semalaman pada masa itu. Alhamdulillah percutian itu sungguh sempurna bagi saya, syukur. Di sertai oleh kedua mertua saya dan juga ipar saya sekeluarga. Alhamdulillah.
meminta Dzul merakamkan gambar ibu~
ha, elok pun kedudukannya, tapi kabur la sayang~
kolam mandi terletak dihadapan hotel mengadap bukit.
dalam gambar tu ada hencek, azem, husna, pak usu mereka dan sepupu azem husna - alya akhtar.
ini dia keistimewaan bukit merah, pemandangan yang sangat cantik
Menikmati nikmat yang diberi: melihat kebesaran Allah mencipta alam ini.
tasik berlatar banjaran.
MasyaAllah.
sesungguhnya gambar saya disini sangat tidak mampu menjelaskan keindahan suasana disitu.
Ianya sangat tenang dan cantik.
Pesanan dari saya ialah, jika kalian kesitu, dapatkan bilik yang mengadap tasik itu... jangan mengadap lebuhraya.. ;) Dannnn... jangan tido ja, rugi jadi manusia. [kuang ajo ko julia~ ampun yea..]
Itu pemandangan disubuh hari.. yang siang:
Cuma semalam di bulit merah. dimalam hari kami berjalan ke Taiping makan-makan, shopping... kemudian kembali ke bukit merah. Siap bersarapan kami ke batu gajah makan tengah hari, kemudian kerumah bonda di Teluk Intan.. Petang itu, kami kembali kepada kehidupan normal [ayat pak hencek] balik johorrr... :)
Sekian, untuk kali ini..
Wednesday, May 18, 2011
Show House lagi - Bukan cerita dongeng dan episod jalan-jalan.
Pernah tak mereka-reka cerita 'impian' seperti bayangan, rasa macam tak mungkin direalitikan, cuma impian??.
Saya pernah beritahu en.suami... "indahnya kalau kita ada rumah di pinggir gunung, ada anak sungai.. boleh mandi sungai, tangkap ikan, udara segar".. Itu cuma impian saya... teringat kisah nabi saw... Rasulullah dibesarkan dikawasan pergunungan, disitu udaranya lebih segar dan tumbuhan hidup subur, haiwan2 membiak dengan baik..
Jika kita dapat membesarkan anak-anak kita dalam situasi begitu alangkah indahnya..
Jika menyusuri kawasan gunung ganang, ada kampung/taman perumahan.... nampak sekolah, kedai, penduduk di situ... masa tu la rasa... 'syokkknyaaaa... kan??' hurm, ada paham ka?? :D
Begitulah sedikit sebanyak gambaran yang saya nak bagi... BUKAN kisah nak berlawan-lawan.. orang ni lagi hebat, rumah besar... orang ni lagi hebat... rumah lagi mahal dari orang ini... BUKAN!!!
tolong ambik perhatian, dan tolong pahamkan betul-betul maksud tersirat isi hati ini...
ini soal : keselesaan - pengaliran dan pengedaran UDARA yang lebih baik untuk anak-anak.
ada kemungkinan kami akan berpindah kerumah yang lebih murah hanya untuk anak-anak menikmati persekitaran yang lebih baik... jadinya ini bukan soal BERLAWAN-LAWAN.
Salah satu episod dari cerita balik kampung ialah kami ke show house dekat dengan Batu Gajah. Menjengah ke kawasan rumah yang dibeli oleh adik ipar saya. Sayangnya saya terlupa nak ambik gambar rumah contoh yang dibelinya, double storey cluster.
Okeh, yang ini cerita realiti, kawasan perumahan ini sangat cantik, bersebelahan dengan tasik, mengadap bukit-bukit dan gunung-ganang juga tidak jauh dari situ.. Rekaan, saya teringat rumah kami di setia indah masa melihat rekaan rumah disini.. ada elemen ala-ala gitu.. Modern design. Indah, damai, selesa, aman, tenang... itulah gambaran yang saya rasa semasa berada disitu.

Bonda dan anakndanya..
3 beranak : lokasi dalam show house: 2storey cluster house
2 storey link house
Saya sukakan rumah itu... lot tepi ada udara tepi, depan dan belakang!! syokkkKnyaa....
balcony (belah tepi...syantik banget...)
siap dari pemaju..
ayahnda dan anaknda bongsunya..
Saya cukup mengerti jika en.suami memilih Perak untuk berumah selepas ini.. Apa jua pilihannya saya hormati dan hargai. Risau kepada orang tua disini sudah pasti, Jika sampai waktu itu... saya tak tahu. saya tak boleh fikir pasal waktu itu, yang penting saya laluinya jika masanya tiba suatu hari nanti.
Pada satu sudut, sebagai isteri, bila sebut soal rumah... saya mengimpikan rumah yang begitu... begini... [macam2 ada]... akeke [bikin pening]... :D
Maka, ada lagi satu sudut impian ialah : mengetepikan yang begitu begini: jika berumah kecil, mahupun kos paling rendah sekalipun tentulah seronok pentingnya, bahagia. Saya pernah minta rumah flat kos rendah dengan en.suami untuk kami tinggal bersama... Jika kita pandai menggayakannya TENTU cantik punya lahhhHH!!! makanya en.suami sangat pelik.. Tambah pula jika rumah sewa... bagi saya ruginya bayar yang mahal sebab kita cuma menyewa...
Saya pasti, kalian juga punya dua belah impian kan?? satu yang positif, satu lagi yang lebih positif. Terdiri dari yang mengarut, yang berpatutan, yang lebih baik, atau impian itu bukan dua, tapi jadi berbelah-belah... hahahahah!!
Itu menjadikan kita manusia yang lebih sempurna, MasyaAllah.
sekian.
Subscribe to:
Posts (Atom)