sabda

Monday, January 31, 2011

Berbasikal dalam hujan.

Alkisahnya... patutlah tok pa azem beriya-ria minta azem balik adela... suh tengok tokpa berbasikal rupenya... tok pa kata.... "Antarabangsa nih... lebih 500 orang.. mat salleh semua ada..." siap dengan gelak-gelak dia... suka sangat la tok pa tu kalau menda-menda macam nih.. Ibu geleng-geleng kepala.... saya kata "tak pa, semangat bersukan tu bagus.." ibu sengeh.... hahah





Sayangnya lupa pulak nak ambik gamba tok pa azem tu.... Almaklum  hujan mencurah-curah lebatnya...
En.suami pulak terkilan tak sertai sama.... ceh, apa tak fikir awal-awal.... beskal banyak rumah tuuu!!!... lugi...lugi..... tak pa... lain kali aa.....

Dimaklumkan juga homestay juga penuh dan tak cukup.... yang jauh-jauh menginap sampai ke sg.rengit jauhnya... aishhhh... cepatlah kiranya dapat tukar kedai kami tu jadi homestay.... Aminnnnn......

Hujan tak berenti.

Syukur. Hujan membasahi bumi. Ingat di Johor ja, bila tengok fb status kawan-kawan lain tak kira kat mana pun di Malaysia ni hujan... Rakan di Indonesia juga HUJAN!.

Sabtu lalu kami balik ke Adela. Hujan mencurah-curah tak berenti langsung! begitulah hendaknya duduk tak berapa jauh dengan pantai... hujan tak berenti langsung! en.abang naik pelik... stuasi begini biasa bagi saya... seminggu tak berenti 3-4 hari tak berenti langsung hujan adalah biasa setiap kali hujung dan awal tahun. Sejuknya? huh bukan kemain lai.... ada orang tu ghupenya macam nak berselimut 24jam... hahahahHH!!! kui kuikuiiiii.... tambah pula dengan atap bocor rumah tok pa.... haishhhh lagi la sejukkkkk.... kikikikikiKKK....

Video ni saya rakam ketika kami dalam perjalanan pulang ke jb.

sekitar Air Tawar 2

Hujan sepanjang jalan, azem awal lagi dah tidur... Husna tak lama lepas rakam video ni terus tido.... sampai SI dalam jam 10mlm... tidur yang lena~

Friday, January 28, 2011

DODOL DURIAN

Kengkawan fb semua sedia maklum kisah saya membuat dodol ni bukanlah kisah baru. Berbulan sudah berlalu.
Di sini saya nak kongsi kisah dan pengalaman saya membuat dodol.
Kerana teringin sangat nak buat dodol..bukan teringin nak makan yea... kalau teringin nak makan beli ja kat larkin ke...ada banyak... Oleh kerana hajat itu saya google resepi dodol. Kekdahnya tidak pula saya baca cara-cara membuat dodol, saya cuma tengok bahan2nya sahaja.

Dengan memanfaatkan bahan-bahan yang ada dalam rumah (tidak ikut resepi yang ada) maka saya himpunkan:

2biji santan (kelapa parut)
2 kotak santan (200ml sekotak)
satu botol kecil lempok (isi durian yang telah dimasak hingga pekat)
sekampit tepung pulut
satu kilo gula merah
1/3 cawan minyak masak

Berikut adalah kisah saya membuat dodol, bolehlah ditiru jika sukakannya... haha... sungguh bercanggah dengan cara-cara membuat dodol yang sebenar.

Pertama, saya tuang tepung dalam periuk, saya masukkan santan dari sebiji kelapa dan 2 kotak santan (santan kotak). Kemudian kacau rata, letak pula gula merah dan lempok.  Kacau rata... setelah rata saya tambah minyak masak supaya senang saya nak mengacaunya bila dah berat nanti...hahah... Kemudian, barulah saya letak atas api. Dengan api perlahan saya kacau hingga 45 minit.

Apabila bahan-bahan tadi semakin berat saya padam api. Angkat periuk ke atas lantai dan kacau rata.
Okeh, babak pertama berhenti disitu. Apabila dodol yang belum jadi tadi sejuk, saya tutup periuk berkenaan.

Selang sehari selepas itu..(menunggu masa lapang dan bekalan santan)
Saya tambah sebiji kelapa (santan) kedalam periuk. Kacau rata dan pindahkan kesemua bancuhan kedalam kuali yang agak besar tapi masih boleh diletak atas dapur gas. Masak dengan api perlahan sehingga pekat. Bila kuali mula berkerak saya pindahkan dodol ke dalam periuk. Okeh, berenti disitu untuk babak kedua. Kira-kira sejam untuk babak kedua ini.

Esok pagi (masuk hari ke4)
Ya, en.suami tengok mcm tak kompiden ja dengan aku ni ha....
Tak pa.... saya teruskan eksperimen saya....
Mengacau dodol dalam periuk bagi saya lebih mudah dan senang dikawal. kali ini saya mengacau selama 2 jam. Bila periuk berkerak saya pindah kekuali semula. Hasilnya adalah seperti gambar dibawah.



Banyak juga, saya dapat bagi sepupu saya banyak juga, bagi kak lin (jiran depan rumah) simpan sebahagian, dan bagi rumah ibu... jamu pak cik, mak cik... serta sahabat en.suami dapat bahagian sikit.
Pak lang saya kata sedap, wife sahabat suami kata ok.. buleh jual katanya... haha...
Ayah saya suh kacau lagi kat rumah dia... ceh...

Hasilnya saya berpuas hati. Yang penting jadi.

Lalu.... saya tanya ayah saya, buat dodol mcm mana?
Ayah saya kata masak santan dulu sampai didih baru letak tepung! buh gula merah dengan gula pasir!
(muahahaa.... den x buat rupa tu.... kikiki.... geli bebenau rasa hati.... saya tak letak gula pasir bang sebutir sbb saya rasa dah manis)

Ibu juga ketawakan saya kerana ngacau dodol berhari-hari lamanya.... dan saya yang suka menjawab ni menjawab.... 4jam ja bu.... kikikiki.....

Bagi saya, hidup kita ni sementara, sungguh rugi jika kita tidak mencuba sesuatu yang menarik...
Sungguh santai mengacau dodol. Selamat mencuba....

Tuesday, January 25, 2011

Mee Rebus Sungai Rengit

Rindu pula nak bikin mee rebus. Bila belek-belek album jumpa gambar nih...


Warung nih dah lama tau... sejak saya tadika lagi hingga ke hari ini masih beroperasi. Tak tau mana warungnya? okey, kalau dari arah kota tinggi.. sampai simpang tiga sg.rengit tu belok kanan, peh tu tengok belah kiri ada warung mee rebus, dekat sangat dengan simpang tiga tu...

Terfikir, apa agaknya pengalaman yang menarik sepanjang berpuluh tahun orang ni berniaga mee rebus?... hebat.