sabda

Thursday, April 12, 2012

Ke Kuala Terengganu Hujung MInggu lalu.

Assalamualaikum saudara/saudari muslimin. Masuk bulan ke4 kami di terengganu, banyak cerita yang disimpan.. Kali ini saya gagahi untuk muatkan disini istimewa buat yang sayangkan kami dan ikuti perkembangan kami terutama sahabat-sahabat selalunya menjadi teman kunjung kerumah dimasa lapang jika di johor... dah jauh ni... saya kirimkan khabar disini InsyaAllah.. tak dapat jumpa, masih boleh bayangkan life kami disini.

Hujung minggu disini adalah hari jumaat dan sabtu, maka.. esok bermulalah cuti hujung minggu untuk minggu ini. Khabarnya en.bucuk kembali sibuk dengan tugasnya, mungkin tiada cuti untuk beberapa minggu bermula hujung bulan hingga ke bulan 5.

Disini sedikit daripada aktiviti kami hujung minggu lalu..



kami ke butik batik di kuala terengganu, tengah sale disana.. harap pak hencek sudi bawa saya kesana sekali lagi.. ;)

pak.hencek belek.. langsir pun songket... haishhh... kalu terlebih pulus bolehla ghumah kita gitu jugak kan... @_@





ibu dah berangan nak miliki sehelai songket buat kain baju kurung :) [berangan sahaja ok..]

gambar yang bawah ni sama macam batik yang pernah saya jual atas kiriman seorang teman, seorang rakan dan kakak saya.. harga disini rm145..



kemudian... anak-anak mewarna batik pula... azem paling seronok.. husna warna juga:)


gambar penyu...



ayah juga...

uish.. lepas ni blh la ayah bikin untuk ibu... ahaks!

dah siap...

nak tengok rupa lukisan bila dah dikeringkan?? mai datang rumah azem husna ya.... ;)


kemudian, pi makan...

kami tak makan nasi kerabu.. akeke...



cantik kan bas nih??

bas berukir kayu... lawaw... dia bawa penumpang tau...bukan hiasan...

sekian, untuk kali ini, bagi yang sudi...kenalan, rakan, saudara yang dikasihi... jemputlah kerumah kami di ghanu... ;) ada banyak lagi aktiviti yang menarik telah kami redah disini, InsyaAllah dimuatkan dilain hari..

No comments:

Post a Comment