Surah Al-Ikhlaas
Surah ke-112 : 4ayat
Dengar bacaan Surah Al-Ikhlaas
Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; (Al-Ikhlaas 112:1)
"Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; (Al-Ikhlaas 112:2)
"Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; (Al-Ikhlaas 112:3)
"Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya". (Al-Ikhlaas 112:4)
Rujukan:
1. http://www.surah.my/1
2. Al-Quran dan terjemahan Rasm Uthmani
(DAR EL- FAJR)
sabda
Wednesday, August 10, 2011
Seekor burung tumpang berehat~
Sedang penulis asik menyusun kain, ambik, ambik.. dan ambik lagi penyangkut baju... tadaaa... uish tergezut. nampak eko dan tubuhnya yang cumel..
apa nama burung ini?
Tat kala ibu masuk rumah terlompat-lompat ambik kamera, Muhammad juga terlompat-lompat dari belakang ikut ibu keluar nak tengok apa ada.. dzul itu kemudiannya terkepak-kepak sambil melompat-lompat kegembiraan. Cik Husna sedang tidur..
Tak mau kacau, silakan bermalam dengan tenang, esok pagi saya guna ampaian yea...
[berangan nak beli rumah burung yang kecil, letak ditaman mini itu~]
Salam ramadhan.
Monday, August 08, 2011
Tafsir Al Quran : Surah Al-Faatihah (bahasa melayu)
Surah Al-Faatihah
Dengar bacaan Surah Al-Faatihah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (Al-Faatihah 1:1)
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam (Al-Faatihah 1:2) Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (Al-Faatihah 1:3)
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat) (Al-Faatihah 1:4) [1]
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (Al-Faatihah 1:5)
Tunjukilah kami jalan yang lurus. (Al-Faatihah 1:6) [2]
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. (Al-Faatihah 1:7) [3]
1. Yaumiddin (hari pembalasan), hari waktu manusia menerima pembalasan amalnya, baik atau buruk. Disebut juga yaumul qiyamah, yaumul hisab dan sebagainya.
2. Jalan yang lurus, yaitu jalan hidup yang benar, yang dapat membuat bahagia di dunia dan di akhirat.
3. mereka yang dimurkai, adalah mereka yang sengaja menentang ajaran Islam. Mereka yang sesat adalah mereka yang sengaja mengambil jalan lain selain jalan Islam.
Rujukan:
1.http://www.surah.my/1
2.Al-Quran dan terjemahan Rasm Uthmani
(DAR EL- FAJR)
note: Jom manfaat Ramadhan... ;)

Aku Reddha.
Aku redha atas setiap ujian berunsur nikmat atau yang sebaliknya... Diatas segala ketentuanNya, dalam kembara menjadi muslimin yang sejati. Semuga dengan ini, hari ini lebih baik dari semalam, esok lebih baik dari hari ini dan begitulah berikutnya hingga ke akhirnya nanti.
Allah maha mengetahui atas setiap apa yang telah ditentukan. Allah maha mengasihani, DIA memberi kepada siapa yang dikehendakiNya. Tidak kira nikmat mahupun ujian.
Semoga dengan ini menjadikan kita lebih baik, InsyaAllah, dan tergolong dikalangan mereka-mereka yang dikasihiNya.
Amen.

Subscribe to:
Posts (Atom)