sabda

Wednesday, May 18, 2011

Cerita Ringkas 'balik kampung'

Assalamualaikum.

Syukur. Dapat menulis lagi.
Kawan-kawan yang bertanya mana cerita balik kampung... Saya sungguh teruja untuk berkongsi cerita balik kampung sebenarnya. Cuma, kesuntukan masa untuk menulis dengan tenang. Sesungguhnya saya telah cuba untuk meluangkan masa, tapi tidak juga berkesempatan dengan kerja-kerja rumah dan aktiviti luar..  padat. :)

Mungkin, ini bukan cerita, cuma sedikit... tentang 'balik kampung' kali ini.. dari selatan ke Perak Darul Ridwan.. Perjalanan kami bermula pada hari sabtu jam 11.00 pagi ke Setia Tropika makan tengah hari, kemudian terus naik highway keluar di Shah Alam, melalui Puncak Perdana - Kuala Selangor (sini dah nampak sawah padi) terus ke sg.tiang. Sg tiang dekat mana? owh, mungkin ini boleh membantu kalian klik sini. Lebih kurang 6 jam dari johor.

membeli durian di selekoh

kalu korang nak tau, Hero saya ni.. dari johor sampai ke rumah oyang di sg.tiang tak tido sepanjang jalan~ begitu le hendaknya setiap kali pulang ke sana.. ibu dah bp kali tido bangun tau~~~~

heroin saya~~ ketot. bulat. ibu dia x ketot sangat, bulat-bulat ya le... heh heh~~

pokok bunga kantan yang daunnya mencecah bumbung rumah (sisi kiri rumah opah)

Satu hal yang menarik dekat rumah opah ni, bunga kantan. Sisi kiri, kanan... ada bunga kantan. Cantik tau.. Ada banyak lagi tumbuhan yang menarik, tapi bunga kantan ni memberi impak yang berbeza.. hah hah!! [mulalah nak mengarut ni] eh, betul apa!! hati2, kadang2 ada ular daun, atau ular spesis lain meminati kawasan ini... lembab dan sejuk. Kalau korang nak tau... batang pokok kantan ni la yang digunakan untuk buat tiang pelita menjelang hari raya... batang pokok ni tahan tau... menarik kan bunyinya??!!!.. :)

bunga kantan yang dah kembang..




 Ahad, ke rumah mertua pula di teluk Intan. Masih menikmati pemandangan yang sangat cantik disana~

Bagan Datoh; Gambar tak jelas, cukup untuk memberi gambaran : kawasan kelapa (cantik sangat)


Sawah padi, MasyaAllah... pemandangan yang sangat cantikk....

Yang ini di Teluk Intan (isnin) berjalan dengan mertua ke Batu Gajah.
Masa ni bapa mertua saya yang memandu, boleh tahan laju laju tau, lebih kurang anak dia ja... hahahahHH!! i like!!
satu hal yang kelakar ;
tengah best laju2 tetiba ikut sebiji kereta yang entah berapa km/jam... lebih kurang macam ayam berlari gitu.... bapa mertua saya kata "mana boleh tahan macamni" (lebih kurang begitu la sbb saya x ingat sangat..)
masa tu kami dah gelak...
sejurus itu serentak kedua mertua saya (ayah dan emak) "apekeHalnye yonggG..." sebab pemandu tersebut perempuan. Kami gelak lagi.
Bagi saya memberi maksud kelucuan yang lebih kerana..... saya orang johor. Sangat tertarik dengan setiap bibit lograt orang sana. Yong - apa maksud yong??? yang saya tahu ia ganti nama untuk kakak sulung (betulke?). Aishhhhh julia ni...lama bercinta dengan orang perak tak bual lagi ke pasal ganti nama tersebut??? hahahaHH... [aishhh... saya tengah bercinta lagi ni... banyak bebeno tak tahu lagi. yang bononya baru la ni la nak berbual tentang banyak perkara! owh indahnya edisi ini, Alhamdulillah~ ;)]

Kisah balik kampung tidak tamat disini.. secara ringkasnya berikut kisah makan angin pula..

Hidup ini hanya sementara. Entah dimana noktah kita hanya Allah swt yang tahu. Jalani hidup ini, laksanakan tugasan kita sebaiknya, muga Allah merahmati. Amen.

2 comments:

  1. akak suka loghat perak..kawin dgn cucu org perak..bagan serai..tp diorg loghat utara..akak suka yg loghat 'kome' bagai tu le..hehe

    ReplyDelete
  2. kak zi, sedapkan bunyinya? :D lograt dierg tu x de la pekat nyata mcm 'kedah' 'kelantan' atau 'terengganu' dan 'pahang' pahang pd sesetengah tmpatnya lograt masuk pantai timur..

    tp ada lagu dia tersendiri dengan kalimah2 tertentu... itu la... mcm dema, ayo, yop, dll..

    cucu org perak tu berlograt x kak zi??? heh heh!!

    ReplyDelete