sabda

Tuesday, May 24, 2011

Bukit Merah

Assalamualaikum.

Saya tak keberatan untuk menyatakan post ini untuk silent reader saya, dan juga sesiapa juga yang sengaja membacanya :). Terima kasih buka diary saya. :D 2 ke 3 'silent reader' yang meminta post 'bukit merah'... okeyh... ini lah dia sedikit perihal 'Bukit Merah'.

Jika kalian ke utara merentasi highway plus tuuu... pasti akan tersampang dengan 'bukit merah', kerana lokasinya betul-betul sebelah highway... tidak berapa jauh setelah melepasi  simpang keluarTaiping. Kalau korang mengigau sekalipun... InsyaAllah tak sesat... baca signboard betul-betul... jangan lupa baca tulisan bawah dia.. [bla...bla.. bla.. 500m] contohnya.  Dan baca arah betul-betul... fahamkan sekali yang tersirat, sebab kadang-kadang signboard ni tak jelaskan dengan tepat, serta merta anda  perlu bernujum dengan tepat. Jangan risau, jika anda pandai membaca, tak de masalah besar disini~

Sebelum ni saya hanya lihat signboard 'bukit merah' dari highway ja... saya tidak dapat bayangkan apa yang ada pada bukit merah disebalik hotel yang menjadi perhiasan lebuh raya itu. Puas saya meneka.. apa yang ada disebalik itu??

Suria apartment Bukit Merah Taiping image.

Di sinilah tempat kami menginap ketika merantau semalaman pada masa itu.  Alhamdulillah percutian itu sungguh sempurna bagi saya, syukur. Di sertai oleh kedua mertua saya dan juga ipar saya sekeluarga. Alhamdulillah.

meminta Dzul merakamkan gambar ibu~

ha, elok pun  kedudukannya, tapi kabur la sayang~

kolam mandi terletak dihadapan  hotel mengadap bukit.
dalam gambar tu ada hencek, azem, husna, pak usu mereka dan sepupu azem husna - alya akhtar.




ini dia keistimewaan bukit merah, pemandangan yang sangat cantik
Menikmati nikmat yang diberi: melihat kebesaran Allah mencipta alam ini.
tasik berlatar banjaran.

MasyaAllah.
sesungguhnya gambar saya disini sangat tidak mampu menjelaskan keindahan suasana disitu.
Ianya sangat tenang dan cantik.


Pesanan dari saya ialah, jika kalian kesitu, dapatkan bilik yang mengadap tasik itu... jangan mengadap lebuhraya.. ;) Dannnn... jangan tido ja, rugi jadi manusia. [kuang ajo ko julia~ ampun yea..]

Itu pemandangan disubuh hari.. yang siang:







Cuma semalam di bulit merah. dimalam hari kami berjalan ke Taiping makan-makan, shopping... kemudian kembali ke bukit merah. Siap bersarapan kami ke batu gajah makan tengah hari, kemudian kerumah bonda di Teluk Intan.. Petang itu, kami kembali kepada kehidupan normal [ayat pak hencek] balik johorrr... :)

Sekian, untuk kali ini..

No comments:

Post a Comment