Diam-diam sudah 6 bulan kami merantau di bumi Terengganu. Macam-macam peristiwa kami lalui... Peristiwa pertama ialah pada hari pertama pindah rumah.. kepala en.suami dihantuk kipas yang berpusing laju tat kala memasang langsir. mencurah lah darah yang mengalir dikepala... gps membantu saya ditengah malam buta 12.30mlm menuju ke hospital dungun. Jika diimbas kembali saat-saat cemas itu.... hanya Allah yang tahu~
dengan anak-anak yang terbaring diruang menunggu... malah, suami yang begitu juga dikategori sebagai pesakit yang KENA menunggu giliran... jam 1 lebih baru dilayan setelah berkali-kali kekaunter dan menemui doktor.. saya dimarahi.
Klinik??? klinik2 semua sudah tutup jam 10/11 mlm, begitulah yang dimaklumkan oleh sekalian penduduk tetap/ merantau yang ada disitu. Pakar??? HANYA ada SATU sahaja pakar di terengganu yang terletak di kuala terengganu... jika mahu saya perlu memandu ke kuala terengganu lebih kurang 1 jam perjalanan atau ke kuantan 2jam perjalanan. luluh hati tika itu, baru berpindah sudah dikerat2 semangat yang ada... 2 hari kemudian ayah saya dan pak lang saya menyusul melihat keadaan kami disini.. bulan pertama kami dihujani tetamu yang silih berganti... Alhamdulillah, pulih kembali semangat... Jika ada berita-berita kecemasan disini ayah ibu saudara mara juga tak kering bertanya khabar... syukur, hijrah kami kesini kerana rezeki Mu ya Allah... muga kami tidak lalai... tidak lupa...
rentetan peristiwa demi peristiwa...termasuk 2 peristiwa gas bocor.. kes meletup di site petronas.. harap kalian mendengar berita tersebut di akhbar atau berita tv..
terutama en.suami, berat memikirkan hospital mana nak bersalin...
Badan semakin berat...
Berat macammana?? Berat timbang dalam jumlah kg sudah naik... itu sudah pasti.. tiap2 minggu naik... buat kali pertamanya dalam hidup saya mencapai angka 6 dihadapan... sekarang 60kg sudah! usia kandungan masuk 36 minggu.. pengalaman bersalin azem tika usia kandungan 35 minggu dengan berat badan 57kg, masa cik husna 36minggu berat saya 59kg. Kali ini kadang-kadang rasa sudah sampai waktu... bawa-bawa berehat nampaknya masih boleh bertahan... tidak kira la berat naik lagi berapa kg... yang penting bby cukup bersedia untuk keluar dan sihat.. [InsyaAllah kalau ada rezeki...]
9/6/2012 pulau kapas dengan tok pa dan ayah azem husna
Berat yang meningkat dalam ertikata tersiratnya... semakin tidak larat.. kalau kedapur tu kalau boleh nak bikin yang mudah-mudah aja... kalau ter-rajin tu cepat-cepat siapkan... tidak larat berdiri lama... adakala larat tang mahu membeli sahaja, tidak ada selera sangat tika ini sebenarnya...
Berjalan? Owh, sudah dibataskan langkah saya yang selalunya panjang... bising sungguh orang itu... takut terbesalin tengah jalan la, tengah drive la... iskhiskhiskh... boleh rasa kalau nak ter-bersalin biasanya, boleh ambil tindakan segera contohnya tuju ke hospital dengan segera... dekat ja dengan rumah kalau hospital daerah tu... Tapi x bagi langkah panjang, nak buat cam ne... mati semua kutu ha. dapat juga curi2 cuci mata kekedai tertentu... la ni dah tak berani, dengan yang berwajib sahajalah.... semalam ada juga riadah ditepi pantai, dekat belakang rumah sahaja... tapi, saya tidak riadah pun... hanya duduk ditunggul kayu... menikmati durian dan buah laici dari dalam kereta...
Menjahit.
Ya, saya masih menjahit... siap menjahit beg pn.ain tempoh hari saya jahit bag untuk barang saya pula, nak letak minyak dll... buka zip sahaja bau jamu! saya asingkan yang mana penting dan perlu diguna di hospital atau dalam perjalanan.
sekarang, sedang dalam proses akhir menyiapkan baju en.suami, tinggal nak letak kocek... Pertama kali dalam hidup saya menjahit baju melayu lelaki dewasa.... dulu berani jahit baju azem sahaja... InsyaAllah sempat siap abang nak guna awal kan... nk bawak ke tarawikh sempat... InsyaAllah..
Kerja-kerja rumah lain seperti mengemas, membasuh saya masih lakukan seperti biasa... Juga menghantar-menjemput dzul dari sekolah.. Alhamdulillah.
Perancangan, persediaan;
Ada banyak perancangan kan? tapi untuk mengadap proses bersalin ni (InsyaAllah)... kami rancang nak balik johor khamis yang baru sahaja berlalu... tapi bincang-bincang balik kami bercadang untuk balik minggu hadapan... harap-harap semuanya selamat dengan Izin Allah swt... InsyaAllah. Beg sudah saya persiapkan, termasuk beg ke hospital dan beg anak-anak... Nampaknya jika jadi balik johor dzul akan cuti sekolah panjang sikit, ibu sudah bersiap dengan buku-buku sek dzul untuk sesi belajar dengan ibu... InsyaAllah.
bag baju ibu dan anak jahit sendiri..
.set bersalin.
Untuk set bersalin sudah tersedia awal bulan hari tu... saya memang minat nonaroguy, kemudian bila belek sana sini timbul senarai lain seperti set bersalin amway, dan dua lagi dari jenama lain. Bila ditanya en.suami, dia kata nonaroguy sahaja la.. kali ni macam cepat juga rasanya bersedia.. kadang-kadang terselit rasa gusar... entah kenapa... mungkin berjauhan dengan keluarga ibu ayah... saudara-mara... jadinya, macam-macam yang terfikir...
murah berbanding di kedai-kedai... ya, udah tentu beli online...
siap dengan free gift tu.. losyen yusmira, sabun susu beras, pilis,
minyak telon, param air mancur dan sekeping barut bayi.
Pembantu.
Pembantu apa? Orang lain bersalin tak payah susah-susah cari pembantu kan... adik bradik, mak ayah atau mertua... Kadang-kadang perkara ini buat saya sedih, tapi di dasar hati tetap bersyukur dalam sudut pandang bahagian saya pula.
Kes saya, sejak bersalin azem lagi walaupun berpantang dirumah ibu saya, kena juga cari pembantu kerana ibu menaga adik saya yang oku sudah... kesian dia kan... badan sendiri pun tak terjaga... adik beradik tak ramai.. kalau kakak saya tu on ja nak membantu, tapi duduk dirumahnya sian la dia... bekerja lagi... anak-anak lagi.. tak pasal-pasal menyusahkan abang ipar nanti...
Alhamdulillah suami yang sangat prihatin bab-bab begini... selagi tak selesai masalah pembantu kami usahakan juga... Masa bersalin azem agak senang dapat pembantu.. pembantu sementara sebulan rm600, dan bidan mengurut 7 hari rm120 kalau x silap saya... lupa2 sudah...
Masa bersalin cik husna kami sepakat berpantang dirumah sendiri... pembantu yang awalnya kami ambik untuk seminggu sekali dengan urut dan jaga bayi... saya pendekkan untuk 3 hari sahaja.. 3 hari rm250. kenapa?? sebab en.suami sudah membasuh menyidai kain.. anak kadang2 saya mandikan memasak pun mudah aja bila ikan semua dah siap siang... mengemas membersih rumah semua suami buat... Jadinya rasa kurang berbaloi nak bayar mahal untuk tempoh yang singkat. rm600 seminggu... kami x teruskan...
Kali ini mula-mula kami cari-cari juga pembantu disini, tapi setelah ditanya sana sini... bagai masih tak nampak bayang... tukang urut mungkin mudah sikit...
Minta ibu saya carika di johor.. rm15 sehari untuk sebulan... 2-3 orang jadi - tak jadi.
*******pening*******
maka, en.suami tawarkan harga yang lebih untuk pembantu... sebutnya agak banyak... saya kurangkan 1/2 darinya... kemudian ustazah zainab/ ibu saya kurangkan lagi dari harga yang saya sebut... entah kemana offernya... cikgu satu sekolah ibu tolong carikan... dapat lah hamba Allah yang sudi membantu kami yang betul-betul memerlukan ini... rm400 untuk dua minggu.. Manakala bidan mengurut rm120 untuk 3 hari.. Saya kurang kan tempoh 1bulan ke 2minggu kerana saya fikir mungkin ramai yang x sudi sebab tempohnya yang panjang.. tapi nampak gayanya seperti tang harga... kali ini belum lagi ada bunyi tarik diri, sebaliknya bila-bila masa sahaja.. ibu juga sudah tanya banyak kali bila nak balik... jika tambah tempoh waktu berpantang disana, maka bertambah la rm pembantu... segalanya saya serahkan pada en.suami, ikut juga kudratnya untuk mengulang seminggu skali terengganu-johor larat ka?? en. itu saya kenai sangat2... tak lalunya berjauhan dengan anak-anak halwa mata hatinya...
Hospital.
Kami merancang untuk ke hospital penawar, sama tempat masa bersalin cik husna.
TETAPI, segalanya bergantung pada keadaan.. bila dah jalan jauh ni... jika kecemasa kami akan ke hospital berdekatan... jika dalam perjalanan... tidak kira la kuantan ke atau klinik desa entah ceruk mana.. sesiapa yang pernah merentasi terengganu-kuantan-mersing-kota tinggi... tau la apa ja yang ada...hutan.. laut.
Nurse di klinik desa sura dungun.. disini amat prihatin... terima kasih saya ucapkan.. kalian sangat baik dengan saya... mereka sudah memberi beberapa tips sekiranya terbesalin ditengah jalan.. bunyinya agak menyeramkan, tapi saya bersedia~
MINTA MAAF.
Saya mohon maaf kepada semua diatas segala keterlanjuran kata yang tidak bertapis, bahasa-bahasa yang kurang sopan, luahan yang mengikut rasa, info yang kurang tepat dan kurang memuaskan..Mungkin sempat lagi update blog selepas ini, atau cuti panjang.. atau... apa ... kita tak tahu... Wallahulam..
kepada semua, saya mohon maaf zahir dan batin, seiklas rasa seiklas jiwa, muga kalian menemui kebahagiaan dia jalan masing-masing, dalam lindungan Allah swt sentiasa hendaknya, dipermudahkan segala urusan, andai kata pernah berasa dan berjiwa songsang saya maafkan, dan begitu juga saya memohon maaf atas semuanya...
Selamat berjuang dan salam ukhwah dari saya ^_^
No comments:
Post a Comment