sabda

Thursday, May 24, 2012

Pentingnya Berpantang. [jumpa laman yang best~]

Nak berpantang berapa lama? 44 hari? 60 hari? 100 hari?? Saya jumpa macam-macam angka [bilangan hari] ibu berpantang.. ada yang berbeza, mejoritinya 44hari.
Bagi saya, bila bertambahnya usia dan bilangan anak seharusnya proses berpantang diambil lebih berat. Itulah kesedaran yang timbul setelah beranak 2 nak masuk tiga.. ^_^ Kali ini saya harap saya dapat berpantang dengan betul, saya masih tidak pasti sekiranya perlu berpantang sendiri sekalipun, saya harap dapat berpantang dengan baik terutama dari segi penjagaan dan perubatan. Timbul pula persoalan, nak berpantang berapa hari ya???

Teruja bila jumpa blok 'Kak Engku Bidan Bersalin' seorang jururawat terlatih dan bidan berdaftar berpengalaman lebih dari 15 tahun, manakala ibunya juga seorang bidan di Besut Terengganu.

Apa yang menarik ialah kak engku memberi jawapan pentingnya penjagaan semasa bersalin dan tempoh berpantang yang sebaik-baiknya ialah 101hari. Kak engku turut memberitahu perbezaan bersalin normal dan pembedahan. Luka yang dialami adalah berbeza namun tempoh berpantang yang terbaik untuk kedua-duanya ialah 101 hari.

Boleh baca sendiri Pentingnya Penjagaan Diri Semasa Berpantang

Silalah ke blog kak engku [klik link diatas], ianya blog seorang bidan! ^_^  banyak isu dari anak dara hingga ke bersalin, berpantang hinggalah penjagaan bayi ada didalamnya. Selain itu set bersalin juga ada dijual.. Sungguh saya sangat-sangat teruja, tambah pula saya memang sedang mencari2 rempah untuk mandian dalam berpantang.. sila klik produk yang dijualnya, ada macam-macam rempah uuuuu..... pilih ja la... kita beli 2 jenis nak?... huhu... set nona roguy pun murah.... wawawa...
Urusan dihujung jari, menguntungkan bagi saya dikawasan pendalaman ketika ini, dan suami yang sibuk. ^_^

No comments:

Post a Comment