sabda

Monday, April 16, 2012

15 April ulang tahun untuk puteri tercinta Lantas mengimbas pengalaman bersalin Cik Husna.

Cik Husna sudah 3 tahun.. cik husna lahir pada 15 april 2009, jam 1.11pagi di hospital penawar pasir gudang.

Kenangan.
Pengalaman melahirkan cik husna tidak dapat saya lupakan, tentunya pengalaman yang tidak sama dengan abangnya..juga pengalaman yang tidak mungkin saya lupakan.

13 april 2009 saya dah rasa sakit 'buka jalan', terus ke klinik bandar penawar [masa tu kami berumah di bandar penawar], nurse kata kena naik ambulan takut terbesalin tengah jalan.. masa tu ikutkan suami nak bawa saya dengan kereta sahaja.. tapi nurse tak bagi... muhammad sudah dijemput oleh tok pa dia bawa ke adela. Ikutkan due bersalin 11/05/09, lambat lagi kan. Tengah-tengah malam buta tak pasai-pasai aku naik ambulan ke hospital kota.. namun setakat 2cm dia terhenti. Tidak ada perubahan hingga pagi 15 april.. tak sakit, tak rasa apa-apa... tapi nurse dan doktor tak bagi balik kena betapa dekat hospital sampai bersalin.. berapa lama tak tahu.. Kepala dah tak boleh tenang... teringat muhammad yang tak pernah jauh dengan ibunya.. terfikir hari-hari muhammad tanpa perhatian ibu... terfikir akan muhammad yang langsung tidak pandai duduk diam-diam hingga tak boleh tido siang macam kanak-kanak lain... mampukah orang lain memerhatikan muhammad sepenuhnya... Muhammad buat segala kerja tak kenal erti bahaya.. adui..
kenangan gambar di rumah bandar penawar ; Muhammad cuci harta kesayangannya
dalam bilik air..

sambil-sambil cuci keta dia solat bugil-bugil..

Saya minta en.suami pertimbangkan status saya di hospital berkenaan. En.suami mengambil keputusan keluar dari hospital tersebut hanya perlu 'sign' sanggup bertanggungjawab diatas segala kemungkinan, ketika itu menjelang magrib 15 april 2009, jalan dah buka 4cm, mananya petang itu jalan buka lagi 2cm, dari 2cm ke 4cm.
Kami terus ke hospital penawar setelah urusan di hospital kota selesai. Sampai hospital penawar jam 9mlm, terus ja nurse masuk air. Saya tak ambil ubat tahan sakit tika itu, hanya uabt mengantuk, seingat saya, saya tertidur dan ada msg en.suami yang berada dibawah bertemu dangan abang dan adiknya jam 11mlm, memberitahu bahawa saya dah mula rasa sakit-sakit.. saat-saat macam tu selesa bila suami berada disisi dengan ayat-ayat suci al-Quran. kemudian saya tertidur lagi hingga dikejutkan oleh doktor... "bangun-bangun.. nak bersalin dahni~" Tika itu, saya sendiri terkejut.. nak bersalin??  bagun-bangun terus disuruh teran.. owh.. tidak bersedia!

 Tentunya saya tidak boleh lupakan saat itu. Ada sorang nurse yang datang-datang ja dengan muka segar bugarnya... tersenyum melihat proses teran-meneran masa tersebut (hahah!! ada dalam 2 kali teran...) nurse tu kata kat saya dengan penuh keterujaan, dengan muka yang sangat ceria... "sikit lagi..sikit lagi..." aish, bagai datang satu kuasa dan kekuatan buat saya bila ada yg bagi semangat iklas begitu... hehe.. dalam dua ke tiga kali teran husna keluar dengan tangisan...

Paling menggembirakan apabila doktor memaklumkan tiada luka, tiada koyak dan tiada gunting!. Owh.... saya dapat bonus!!! Alhamdulillah! Husna lahir 2.47kg. Nurse  yang tadi memberi semangat pada saya datang dekat dengan saya... "akak bersalin mudah sangat.. relex ja muka.. macam tak sakit" (Mustila rasa sakit, cuma mungkin dah ada jalan untuk anak ke dua bersalin normal. Dan mungkin benar kata orang, setiap orang rasa sakit masa bersalin tu tak sama, sesungguhnya Allah maha mengetahui..)

Sesungguhnya Allah maha mengasihani dan mengetahui. Saya bersyukur bersalin tanpa jahitan tika itu, saya tidak berasa sakit dalam berpantang, saya mampu bangun duduk dengan selesa berbeza dengan bersalin yang berjahit.. tambah lagi dibekalkan dengan ubat-ubatan yang disediakan en.suami, pilihan suami dari bersalin Muhammad lagi.. syukur... kerana saya berpantang sendiri.. Saya kena masak sendiri, jaga anak, sidai kain, basuh pinggan bila suami bekerja jauh. Namun tidak sedikit pun ada rasa membebankan kerana keiklasan menghadapi situasi itu. Saya akur dengan kepayahan ibu menjaga adik saya yang bergantung hidup sepenuhnya dengan kudrat ibu. Sungguh terharu bila ingat balik pengorbanan suami tika itu. Mungkin dia tidak memahami sepenuhnya berpantang orang bersalin, tapi saya nampak.. apa yang dia tahu dia telah lakukan sebaiknya. Ayah saya juga selalu datang untuk ambil cucu bujangnya, dia tahu kudrat cucunya Muhammad yang akalnya bertambah panjang setiap hari, setiap jam, minit... Owh anak! Alhamdulillah, benar.. Allah itu maha Adil lagi maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang.
kenangan 2009 ; Muhammad kurang cukup tugas, baik dia buat sesuatu baginya
~ Husna rasa teraniaya tak dapat berkipas dengan betul..


Tahun ini bulan Julai.
Mengandung kali ini saya berharap dapat bersalin normal lagi. Bagi rakan-rakan yang bersalin normal tentunya tahu nikmat bersalin normal, faraj lebih ketat [akeke..]  badan lebih sihat selepas bersalin. Ada rakan yang takut bersalin normal kerana 1st baby operate, saya faham kerana saya yg besalin normal takut jika kena operate.. tentulah bagi yang sebaliknya. Namun tidak dapat dinafikan, yang semulajadiitu lebih baik bukan?.. Doktor-doktor bersepakat.. [mana-mana pergi doktor kata perkara yang sama] berkemungkinan / risiko baby keluar awal ADA, kerana sejarah kedua abang kakaknya. Mungkin juga faktor keturunan, saya sendiri dilahirkan ketika berusia 7 bln kandungan seberat 1.8kg. Muhammad dilahirkan ketika 35 minggu dan adiknya 36minggu. Kali ini doktor meminta saya bersedia 27minggu keatas, jika ada rasa sakit awal kena cucuk bagi paru-paru bayi dalam kandungan tu kuat. Kalau boleh biarlah 36minggu keatas, tambah kali ini saya lebih berhati-hati dan banyak berehat berbanding dengan mengandung azem husna, harap-harap kandungan selamat hingga cukup matang.

Owh, panjang pulak cerita kan?... hehe..

Berikutan hari lahir cik husna saya teringat sangat saat-saat mengandung, bersalinkannya, tu yang melarat-larat terfikir pula untuk kali ini. Sesungguhnya kita tetap tidak tahu apa akan jadi nanti doa-doa yang terbaik untuk semuanya, InsyaAllah.

15 april 2012
ibu bikin hidangan lengkap untuk sarapan pagi.. husna sukakannya ;)

kek ayah beli

ayah balik keja sekejap untuk potong kek husna..


abang azem nak tiup juga.. sian abang azem tengah demam..

Aaaalolo...... tangannn.... ;)

sebelah malam ibu bikin roti nan, ada kari dal kan best!.penangan gamba roti nan kak norm
ibu nak juga.. malangnya sini susah nak cari roti nan x macam di jb.. nak makan
punya pasal...

Sekian,

No comments:

Post a Comment