sabda

Monday, March 26, 2012

Memenuhi jadual dengan aktiviti-aktiviti yang lebih berfaedah.

Penulis bersemangat untuk memuatkan isi kandungan dari buku 'Mari Berubat Dengan Tumbuhan Sekeliling Anda' pagi ini..
Terasa pula topik sampingan yang boleh dimuatkan untuk dikongsi dengan semua, muga sama-sama kita dapat  faedahnya. Apakah yang anda lakukan dimasa terluang??
Nak kata free sangat pun tidak sebenarnya, tapi seboleh-bolehnya saya mahu anak-anak diisi dengan aktiviti yang sepatutnya.
Perpustakaan, muzium, zoo, kedai buku... adalah antara lokasi yang sering kami ketengahkan kepada anak-anak. Macam perpustakaan saya kurang berpeluang ketika di  Johor... bagai tak dapat kaki.. huhu..
Okeyh.. disini saya manfaatkan sepenuhnya masa yang saya ada jika tak tersadai dengan cuaca panas... sedikit dari aktiviti di awal petang..

biasanya kami akan ke sana selepas waktu persekolahan Dzul..

ruang untuk kanak-kanak

luas dan selesa, susah nak ajak Dzul balik.. kalau ibu betul-betul letih Dzul meminta ibu
untuk tido distu.. haru..


ada bilik mainan..

setakat ini saya bau meminjam 12 buah buku dan 4 antaranya telah dikembalikan.


Untuk saya, saya lebih suka buku art... :) jahitan, sulaman, masakan dan tumbuhan. Setiap kali kesana saya cuba cari  juga untuk hencek itu... tetapi saya jadi fening mau fengsan.. jadinya lebih baik saya ambik buku untuk saya yang menyegarkan biji mata dan membunga-bungakan hati saye... hahahhh...

Jadual perpustakaan disini di Dungun Terengganu ini saya pasti ianya berbeza dengan negeri-negeri lain.. disini khamis half day, jumaat 'tutup', sabtu dan lainnya buka seperti biasa.. ikutkan cuti minggu disini ialah pada hari jumaat dan sabtu, maka sekalian yang bertugas/bekerja waktu pejabat bolehla berkunjung pada hari sabtu.


Muga kita sama-sama terus bersemangat untuk melakukan 'sesuatu' demi anak-anak, diri sendiri, pasangan, keluarga dan rakan-rakan..

InsyaAllah bersambung dengan isikandungan dari buku yang penulis sebutkan diatas..

Fikir-fikirkan, sekian.

1 comment:

  1. buku yg ko ckp tuh , bkn abg kerol x suka kew ??? haha

    ReplyDelete