Surah Al-Faatihah
Dengar bacaan Surah Al-Faatihah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (Al-Faatihah 1:1)
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam (Al-Faatihah 1:2) Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (Al-Faatihah 1:3)
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat) (Al-Faatihah 1:4) [1]
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (Al-Faatihah 1:5)
Tunjukilah kami jalan yang lurus. (Al-Faatihah 1:6) [2]
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. (Al-Faatihah 1:7) [3]
1. Yaumiddin (hari pembalasan), hari waktu manusia menerima pembalasan amalnya, baik atau buruk. Disebut juga yaumul qiyamah, yaumul hisab dan sebagainya.
2. Jalan yang lurus, yaitu jalan hidup yang benar, yang dapat membuat bahagia di dunia dan di akhirat.
3. mereka yang dimurkai, adalah mereka yang sengaja menentang ajaran Islam. Mereka yang sesat adalah mereka yang sengaja mengambil jalan lain selain jalan Islam.
Rujukan:
1.http://www.surah.my/1
2.Al-Quran dan terjemahan Rasm Uthmani
(DAR EL- FAJR)
note: Jom manfaat Ramadhan... ;)
tak hafal2 maksudnya..
ReplyDeleteada lagu dia kak zi, kanak2 nyanyi... ada kua kat tv dan radio kadang2...
ReplyDeleteJu mula-mula aku insaf bila baca tafsir Al-fatihah ni kemudian surah al-kahfi ayat 10 yg terakhir..Allah maha besar ju.dia maha berkuasa. Al-quran mukjizat yang paling agung melembutkan hati-hati yang keras..Allahhuakhbar
ReplyDeleteAlhamdulillah..
ReplyDeleteAlkahfi, muga terhindar dari fitnah dajjal.
10 yang awal da akhir..
mudah2an.. terima kasih nisak... Allahuakbar!
Allhuakbar...
ReplyDeleteJu aku dh buat blog baru.kalu sudi dtg menjenguk http://ibubapacemerlangblogspot.blogspot.com
Tak boleh la takde blog.rasa kosong tak boleh nk berfikir.
Nisa, belapa manyak blogspot da... chumel juga bunyinya url itu.. :) Alhamdulillah, perjuangan diteruskan... ;)
ReplyDelete