Lama betul tidak menulis... Alhamdulillah, ini merupakan ramadhan ke2 kami di dungun, terengganu. Bermakna hampir dua tahun sudah kami di dungun..
Si kecil saya sudah setahun... Alhamdulillah, masih susu badan... kira susu badan sepnuhnya hingga 10 bulan, lepas tu saya campur nestum, susu formula... tapi jarang-jarang mahunya susu formula tu... satu hari ada la satu aun / 2 aun... [sikit sangat kan??] aduhai... itu pun kemain susah lagi nak masuk mulut dia... nestum , nasi juga saya bagi ^_^ ini semua kerana saya tidak mahu dia kelaparan sementara ibu mahu berpuasa dengan lancar...
Ibu-ibu menyusu sekalian, macam mana puasa ramadhan?? Harap-harap semuanya bersemangat..
Kali ini saya mahu kongsi pengalaman saya kali ini berpuasa menyusukan anak lelaki setahun usianya..
Emran menyusu macam biasa, pagi hingga kepetang, biasanya belah petang lebih kerap, mungkin kerana tak puas susu.. Alhamdulillah saya masih boleh menjalani aktiviti dan tugas harian seperti biasa. Bezanya dari ramadham lain sebelum ini, saya memang jenis tak tidur siang sebenarnya, tapi kali ini saya tidur sebelah tengah hari.. dalam 1/2 jam.. kemudian saya bangun teruskan tugas saya..
Sahur, biasanya saya bangun terus minum air masak satu cawan dan makan kurma, sambil-sambil masak juga saya makan kurma... elakkan makan nasi tika sahur, biasanya makan nasi kita kan lebih cepat letih dan lapar.. MELAINKAN jika kalian menggunakan beras wangi yang macam pulut tu...
Selain nasi, lempeng, cekodok, mee, pulut adalah antara pilihan saya. Atau roti dan telur hancur, buger juga...
Selesai makan, makan kurma lagi, lebih kurang 3-6 biji kurma ketika sahur, dan minum air masak 2 gelas size biasa..
Sebelah pagi ke tengah hari saya cuba bagi emran makan sedikit, lempeng adalah kesukaannya.. ^_^ bagi ibu-ibu yang mahu cuba, sediakan lempeng yang lembut ya [lebih air semasa membancuh].
Selebihnya emran menyusu macam biasa, 3-4 kali sebelah pagi dan 3-4 kali sebelah petang, dan wajib menyusu masa dia nak tido.. hehe.. manja kan...
Suri rumah sepenuh masa, adalah biasa kalau jumpa emran peluk kaki saya semasa menjahit atau tiba-tiba kain bergerak sendiri sebab emran tekan padel :P
Jumpa juga waktu memasak dia akan peluk kaki saya... Saya percaya ibu-ibu diluar sana mengahadapi macam-macam kerenah anak semasa berpuasa... Tak mengapa, saya tidak fikirkan kudrad lagi sempena ramadhan ni, saya cuma buat mengikut kemampuan, jika tidak mampu saya rehat.. Tugasan yang tak boleh rehat macammana?? buat pelan-pelan [perlahan-perlahan] InsyaAllah...
Menjalani tugas harian seperti biasa hantar jemput anak dari sekolah, azem, husna juga memerlukan perhatian seperti biasa, malahan kena lebih pemantauan sebab azem agak nakal... curi-curi minum/makan, husna pula akan jilat makanan bila dia tak tahan.. tapi husna lebih jujur dengan perbuatan dan niat... Masya'Allah.. ^_^
Selain itu masih berurusan niaga seperti biasa, membeli - mengepos barang... Alhamdulillah..
Masak, biasanya saya akan masak nasi dahulu sambil menyediakan bahan-bahan lain, masak lauk dan sayur, sejenis kuih.. Atau, nasi, lauk, mee dan kuih.. hurm, bazar bukan pilihan menu berbuka melainkan jika saya betul-betul tak boleh memasak, setakat ini saya masih memasak..
Berbuka macam biasa, dan biasanya saya tidak ulang makan kerana kekenyangan :P hihi... Minum segelas susu sebelum tidur,saya minum susu dutch lady.. atau oat.. Tidur awal kerana nak bagun awal untuk sahur...
Saya berazam untuk puasa betul-betul selagi belum pitam/pengsan... Insya'Allah...
harap ibu-ibu menyusu sekalian, bersemangat ya... Lillahi'Ta'ala... amen.
sekian, selamat berpuasa...Ramadhan kareem..